Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Julai 2018

Lelaki 41 Tahun Yang Kahwin Budak 11 Tahun Melarikan Diri Dari Pegawai Wan Azizah.

Lelaki berusia 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan yang berkahwin dengan gadis berusia 11 tahun dipercayai melarikan diri apabila mahu ditemui pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini lapor Berita Harian.

Kisah lelaki itu menjadi sensasi apabila isteri keduanya yang dikenali sebagai Siti Nor Azila Zulkiflie berkongsikan gambar perkahwinan suaminya di Thailand dengan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai warganegara Thailand yang hanya berusia 11 tahun.



"Selamat Pengantin baru suamiku. Suami 41. Maduku 11 tahun," katanya dalam satu kenyataan di Facebook sebelum ia dipadamkan kerana menjadi sensasi di laman sosial sejak jumaat.

Siti Azila dan isteri pertama lelaki berkenaan turut dilaporkan mahu memohon cerai kerana tidak sanggup menerima madu seusia 11 tahun. Laporan itu turut menyebut Siti Azila mengadu hal nafkah yang tidak cukup dan isteri-isteri perlu mencari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Selain isu perkahwinan, cerita ini turut kontroversi disebabkan pengakuan isteri ketiga yang dikenali sebagai Ayu. Menurut Ayu, beliau enggan bercerai dengan suami 41 tahunnya kerana sayangkan lelaki itu malahan mereka berdua dilaporkan telah bercinta seawal usia 9 tahun. - 1 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...