Selasa, 3 Julai 2018

Zahid Akui Guna Wang Yayasan Jelaskan Hutang Kad Kredit Tetapi Dah Bayar Balik..

Tiada sebarang penyelewengan dana dilakukan membabitkan Yayasan Akal budi yang diterajuinya, jelas Datuk Seri Ahmad Zahid selepas keluar dari pejabat SPRM petang tadi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya adalah kesilapan dilakukan pegawainya yang membuat pembayaran kad kredit menggunakan dana yayasan itu.



Menurutnya, sepatutnya pembayaran kad kredit itu menggunakan cek daripada akaun peribadinya bukan menggunakan duit yayasan itu.


Malahan kesilapan itu juga telah dibetulkan pada tahun 2016 apabila beliau menyedari mengenainya.

"Bayaran yang dibuat tidak mengikut piagam itu termasuk pembayaran kad kredit telah dibayar semula pada tahun 2016.

Ertinya walaupun traksaksi itu dilakukan atas kesilapan pegawai yang sepatutnya membuat pembayaran dengan menggunakan cek peribadi saya tetapi telah dibuat pembayaran oleh beliau menggunakan wang yayasan. 

Walaupun niat beliau tidak melakukan penyelewengan tetapi tata cara itu tidak betul. Oleh yang demikian saya telah menggunakan wang simpanan yang saya ada semua sekali," katanya ketika ditemui media sejurus selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu dana yayasan itu, di sini hari ini.

Saya sudah menjelaskannya kepada pasukan penyiasat SPRM hari ini, malah saya sudah membayar balik sepenuhnya kepada akaun yayasan itu pada 2016.

"Saya juga sudah menyerahkan salinan cek bayaran balik ke akaun yayasan itu kepada SPRM sebagai bukti,"
katanya lagi.


"Bagi saya apa yang penting, saya telah telus dengan SPRM saya telah melakukan kerjasama yang terbaik dan SPRM telah mengambil kenyataan saya dengan cukup profesional.

"..dan tidak ada penyelewengan dari segi wang yang dari yayasan kerana yayasan itu dikendalikan keluarga saya untuk hal hal yang berkaitan dengan amal jariah termasuk banyak masjid telah didirikan, maahad, tahfiz, pusat hafazan quran, rumah anak yatim dan surau-surau, serta beberapa aktiviti yang kebajikan termasuk menjagak kebajikan asnaf, dan orang fakir miskin,"
ujarnya lagi.


Terdahulu media arus perdana melaporkan SPRM menyiasat pemimpin kanan UMNO kerana dipercayai menyalahgunakan wang sebuah yayasan, di mana beliau menjadi pengerusi.

Siasatan yang dilakukan sejak awal tahun ini mendakwa Ahmad Zahid disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar hutang kad kredit miliknya dan isterinya. - 3 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...