Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Julai 2018

Isu Tarif Elektrik, Ahli Parlimen Ada 222, Yang Kejar Aku Buat Apa Kata Rafizi Pada Pengkritik.

Rafizi Ramli dipersoalkan netizens kenapa berdiam diri dari mengulas isu kenaikan tarif elektrik seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada sabtu.


Mengulas kritikan itu, Rafizi Ramli akhirnya tampil menjawab perkara tersebut di akaun Twitternya petang tadi.


Gambar - Google / Rafizi Ramli

"Mengenai kenaikan tarif elektrik kepada sektor komersil, InSha-Allah saya semak dari segi faktanya - berapa pass through rebate, berapa kenaikan gas arang batu dan lain-lain. Akan saya bawa kepada pimpinan PH dan saya suarakan. Tetapi saya bukan pembangkang. Sebaiknya pembangkang yang bentangkan analisis," katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi juga berkata adalah lebih baik jika pembangkang yang membentangkan analisis itu kepada orang awam bagi tujuan kritikan kerana jika dirinya yang membentangkan kepada orang awam akan dituduh mahu merosakkan kerajaan Pakatan Harapan dan diserang oleh penyokong tegar Pakatan Harapan.


"Kepada yang tanya kenapa lebih baik pembangkang buat analisa & bawa isu, sebabnya kalau saya, proses lebih panjang. Nak hantar kepada menteri, tunggu mesyuarat dan lain-lain. Kalau saya terus sebut diluar, banyak macaimaya PH hentam kata saya tak sedar PH dah jadi kerajaan. Nanti katanya saya nak guling PH ha ha ha," jelasnya.
 

Apabila dipersoalkan adakah Rafizi tidak mahu menegur geng sendiri, jawab Rafizi beliau boleh melakukan teguran itu tetapi adalah lebih baik jika rakyat mengejar yang lebih berauthoriti dan mempunyai kuasa memandangkan beliau tidak menjawat apa-apa jawatan dalam agensi kerajaan bahkan bukan lagi sebagai Ahli Parlimen.

"Ya betul. Ramai yang tak faham. Saya boleh lah sekali sekala suarakan. Tapi ada 222 Ahli Parlimen, 500+ ADUNs, menteri kabinet dekat 30 orang, EXCO beratus orang di seluruh negara. Mereka ini makan gaji dengan rakyat, merekalah yang rakyat patut kejar kalau ada apa-apa. Yang kejar aku buat apa.

Bukan soal tak boleh tegur geng sendiri. Memang saya tegur semua. Soalnya kes makan gaji buta jadi pasu bunga. Wakil rakyat dekat 800 orang tapi bila nak bersuara, cari orang lain,"
jelasnya lagi.


Untuk rekod, kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada semalam dijadikan modal oleh penyokong BN dan PAS untuk mengkritik kepimpinan Pakatan Harapan. Rafizi diheret dalam polemik ini disebabkan kenyataannya mengenai kenaikan tarif elektrik sewaktu PKR masih sebagai pembangkang sekitar tahun 2012.  - 1 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...