Khamis, 5 Julai 2018

Menjawab Tuduhan Kenapa Dokumen Pendakwaan Belum Diserahkan Kepada Najib Razak.

Oleh : Fitri Asmuni

Dalam kes jenayah, tidak pelik pun dokumen pendakwaan tidak diserahkan kepada pihak OKT atau peguam Pembelaan semasa hari pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh.

 
Seksyen 51A CPC memang mengarahkan agar dokumen pendakwaan diserahkan kepada OKT sebelum hari Perbicaraan tetapi tidak menyatakan bahawa ia mesti diserahkan semasa hari Pertuduhan. 

Ertinya, penyerahan dokumen tersebut mestilah diserahkan pada waktu yang munasabah sebelum bermulanya hari Perbicaraan agar OKT mempunyai masa yang cukup untuk membela diri. 

Akan tetapi, seksyen 51A(3) CPC menyebut bahawa dokumen pendakwaan tidak akan dianggap sebagai “inadmissible in evidence” hanya semata-mata ia tidak diserahkan sebelum hari Perbicaraan, kecuali jika benar-benar ia memberi prejudis kpd OKT. Dalam erti kata lain, seksyen 51A CPC hanyalah bersifat “directory” dan bukannya “mandatory”.

Ada banyak sebab mengapa kadang-kadang OKT dituduh dulu sebelum dokumen pendakwaan dilengkapkan. Antaranya mungkin atas sebab keselamatan, kes berkepentingan awam dan sebagainya. 


Sebab lain pula ialah, ada diantara dokumen-dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain seperti laporan kimia, laporan perubatan, forensik dan sebagainya. Dokumen-dokumen ini kadang-kadang memang mengambil masa untuk disediakan oleh pihak terbabit.

Jadi adalah tidak benar untuk mempertikaikan Pertuduhan kononnya tidak kuat la, lemah la semata-mata kerana dokumen pendakwaan tersebut tidak dapat diserahkan semasa hari pertuduhan.

Amalan seperti ini tidak pelik pun dikalangan peguam yang biasa buat kes jenayah, tetapi sengaja ia dipolitikkan untuk kepentingan politik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...