Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Oktober 2018

Mansuhkan Tol Bukannya Satu Mimpi - Faris Jamalludin.

FARIS JAMALLUDIN FJ | Ada tok menteri tu kata memansuhkan tol adalah satu mimpi. Rakyat ramai marah dan tok menteri tarik balik kenyataan yang kedengaran angkuh dan takbur itu. Kata tok menteri dia tak berniat. Entahle. Kata dia keadaan kewangan tak bagus. Pelik jugak sebelum ni depa kata negara nak bankrap tapi boleh pulak tutup 10 tol dan siap buat highway tak dak tol lagi. Haaa lagu manaaaa tu?

Yelah sebelum depa memerintah dah ada pemerintah lain yang memansuhkan tol, dan buat projek lebuhraya tanpa tol dan walaupun orang nampak tak signifikan tapi masih memberi kebaikan pada rakyat jelata.

Sebenarnya pemansuhan tol bagi lebuh raya dan pembinaan lebuh raya tanpa tol ni pernah jadi realiti dalam negara kita yang indah dan permai ini.

Dizaman PM-PM yang diterajui Tun Razak, JKR bersama-sama Angkatan Tentera menggembleng tenaga membina Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Perak dan Kelantan. Ini projek mega era 70an yang mana ekonomi Malaysia masa tu pun baru nak naik. Ya tuan-tuan, lebuh raya yang menghubungkan Gerik dan Gua Musang, merentasi Tasik Banding ini dibina tanpa ada tol dan sampai sekarang pengguna JRTB ini masih tidak dikenakan tol.

Mungkin generasi KAMI (sekadar meminjam terma yang ditetapkan oleh Nome Nozwir) tak berapa tahu sangat pasal JRTB ni sebab ia cerita zaman komunis. Tapi itulah, ramai jugak yang tak tahu bagaimana PAS selepas mereka memenangi pilihanraya umum di Terengganu pada tahun 1999 mengotakan janji memansuhkan tol Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Literally "hari ni kahwin esok dapat anak". Selepas 9 tahun, Jambatan Sultan Mahmud yang dibina ketika era PM4 pada tahun 1990 mengutip RM0.50 bagi setiap kenderaan akhirnya dimansuhkan bila PAS menang pada tahun 1999 dan kekal tak dak tol sampailah sekarang.

In fact kan, dalam kekalutan pentadbiran PM6 yang orang kata hutang negara billiun trilliun tu pun sempat tutup 8 tol seluruh negara dan tak letakkan tol pada Lebuh Raya Pan Borneo serta jambatan2 di Sarawak.

Aneh. Patutnya pemerintah sekarang kenalah lagi berganda2 jadi champion rakyat, lawan rekod parti PAS yang janji hari ni menang esok tutup 1 tol jambatan pada tahun 1999 dan overtake parti BN yang dah ada rekod memansuhkan sehingga 10 tol lebuhraya dan jambatan seluruh negara termasuk bina satu lebuh raya Pan Borneo tanpa tol langsung sejak tahun 2010. PH takdok lagi rekod mansuhkan tol. Haaaa cer cube cer cube.

Nak kata ekonomi tak bagus, kan kita dah terselamat dari hutang triliun ringgit bila peralihan tampuk kuasa berlaku pada PRU14 hari tu dan pulak laporan suku pertama RMK11 di parlimen tempoh hari menyebut hutang nasional pada aras 700 billiun kurang lebih je. Takkan la mansuh tol Jambatan Penang dan tol Simpang Renggam sebagai permulaan pun tak mampu ye dak? The nation economy is on the right track kan. Should be doable lah. Lagipun keutamaan kan untuk rakyat.

Hmmm.. entahlah.

Tapi itulah, belum apa-apa tok menteri cakap hanya mimpi rakyat. Damn son. Gila tak juara rakyat. Mahamenteri lagilah kata impossible to do so.

Takpalah, marilah kita berhuhu.

Masih rasa memansuhkan tol jambatan dan lebuhraya sebagai mimpi? Mungkin untuk pemerintah yang mentadbir negara ala multinational corporate company memanglah depa akan kata mustahil, susah, dan bla bla bla lagi. Ade je alasan depa.

Jadi marilah kita tidur sambil tempek sticker RFID kat dahi sempena memansuhkan tol itu hanya dalam mimpi sekelian rakyat jelata. Tapi sementara tu kita bacalah kisah tol yang dah dimansuh sebelum dimana ia bukan mimpi.

SIC SEMPER TYRANNIS

http://www.astroawani.com/…/mansuh-tol-terpulang-kepada-rak…

http://www.sinarharian.com.my/…/lebuh-raya-pan-borneo-di-sa…

http://dppkd.tripod.com/berita/tol.htm

https://www.utusanborneo.com.my/…/kerja-roboh-kaunter-tol-l…

https://m.malaysiakini.com/news/164312

https://careta.my/…/kutipan-tol-di-empat-plaza-tol-dimansuh…

https://www.bharian.com.my/…/tiada-tol-di-lebuhraya-perseku…

https://www.bharian.com.my/…/tol-batu-tiga-sungai-rasau-ber…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...