Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Jun 2018

Tommy Thomas Tak Layak Jadi Peguam Negara, Pernah Wakili Lim Guan Eng Dalam Kes Rasuah Banglo Kata Netizens..

Di media sosial, halaman Facebook : Jumpa Kat Mahkamah mendakwa Tommy Thomas, calon Peguam Negara didakwa ada kaitan dengan siasatan kes Lim Guan Eng berhubung pendakwaan pembelian banglo dibawah harga pasaran.
 

Bagaimanapun menurut sumber kami, Tommy Thomas sebenarnya tidak terlibat mewakili Lim Guan Eng dalam kes tersebut sebaliknya terlibat dalam kes berkaitan pilihanraya PBT di Pulau Pinang yang mendapat tentangan hebat dari kerajaan pusat suatu masa dahulu.
 

Namun berdasarkan semakan online, Tommy Thomas pernah dinamakan oleh beberapa media tempatan mewakili Lim Guan Eng dalam percubaan mengenepikan dakwaan pembelian banglo bawah harga pasaran sekitar tahun 2016.
 

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lim Guan Eng dan Tommy Thomas berhubung dakwaan tersebut dan berikut adalah penulisan daripada pentadbir halaman Jumpa Kat Mahkamah;

Sebuah portal berita melaporkan semalam bahawa kerajaan telah mencadangkan Encik Tommy Thomas, seorang peguam berpengalaman untuk menjadi Peguam Negara.



Jika laporan ini benar, maka kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas sebab-sebab berikut:-

1. Encik Tommy Thomas merupakan bekas peguam yang mewakili YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan dalam kes isu banglo yang disiasat oleh SPRM. Apabila pihak AGC memfailkan permohonan menghina mahkamah ke atas YB Lim, Tommy Thomas telah bertindak bagi pihaknya. Baca:-

https://www.malaymail.com/…/guan-eng-to-set-aside-committal…

2. Kes perbicaraan YB Lim masih belum selesai dan masih berjalan. Pihak pembelaan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu representasi untuk menggugurkan pertuduhan ke atas YB Lim akan dikemukakan kepada pihak AGC dalam masa terdekat. Baca:-

https://www.malaymail.com/…/guan-eng-to-apply-for-ag-to-dro…

3. Jika Encik Tommy Thomas dilantik menjadi Peguam Negara, dan menerima permohonan representasi daripada YB Lim Guan Eng, ia akan terjumlah kepada ‘embarrassment’ dan konflik kepentingan kepada Encik Thomas kerana beliau perlu menimbangkan untuk menarik balik kes terhadap bekas anakguamnya di dalam kes yang mana beliau sendiri pernah terlibat menjadi peguam bertindak bagi pihak YB Lim.

4. Jika Encik Tommy Thomas menolak representasi tersebut dan meneruskan tindakan mendakwa YB Lim, ia juga akan menimbulkan konflik kerana beliau perlu mendakwa bekas anakguamnya sendiri. Either way, beliau akan berada dalam keadaan tidak selesa dan ini boleh mencemar dan mempengaruhi tindakannya sebagai seorang AG kelak.

5. Hubungan peguam-anakguam di antara Encik Tommy Thomas dan YB Lim juga tidak terbatas kepada kes banglo SPRM sahaja malah beliau juga merupakan peguam kepada kerajaan negeri Pulau Pinang apabila dilantik oleh YB Lim pada tahun 2013. Baca:-

https://limguaneng.com/…/announcing-tommy-thomas-as-the-pe…/

6. Terlalu banyak konflik kepentingan akan wujud jika Encik Tommy Thomas dilantik menjadi AG. Kedudukan dan penglibatan Encik Tommy dalam kes-kes yang pernah diwakilinya sebelum ini khususnya kes banglo SPRM dan hubungannya dengan YB Lim sebagai anakguam beliau dikhuatiri akan menjejaskan dan meletakkan pejabat Peguam Negara dalam keadaan tidak menyenangkan dan boleh membawa persepsi negatif kepada masyarakat.

7. Kami tidak mempersoalkan tentang kelayakan dan pengalaman yang dimiliki oleh Encik Tommy Thomas namun peranan dan penglibatan Encik Tommy dan memandangkan situasi kes YB Lim yang masih belum selesai serta mengambil kira hubungkait kes ini dengan pejabat Peguam Negara, adalah lebih elok pelantikan Encik Tommy Thomas ditangguhkan sehingga isu ini diselesaikan dahulu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...