Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 17 Jun 2011

Iklan Dalam Media Sosial: Kementerian Hanya Belanja RM250,000 Bukan RM1.8 Juta


Kementerian Pelancongan hanya membelanjakan RM250,000 daripada keseluruhan peruntukan RM1.8 juta dalam kempen pelancongannya dalam media sosial bagi kempen pelancongan permulaan melalui medium itu, kata menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
"Kita memulakan kempen itu dengan RM250,000 dan akan ditingkatkan apabila kita bersiap sedia. Jadi ia lebih daripada hanya Facebook.
"RM1.8 juta belum habis lagi. Saya telah mulakan untuk kempen pertama, saya ada enam kempen dan baru satu yang bermula, kita belum habis lagi" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Ng berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Angggota Parlimen Rasah daripada DAP Loke Siew Fook semalam kononnya kementerian itu membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menyangkal dakwaan Lok itu dengan menyatakan bahawa wang itu dibelanjakan oleh syarikat yang mendapat tender itu, Ideal Creations Sdn Bhd, untuk mewujudkan dan mengendalikan dan memantau kempen pelancongan dalam media sosial melalui iklan bagi acara-acara kementerian.

Setelah di asak bertubi-tubi dalam beberapa hari neh ng yen yen akhirnya mula mengeluarkan suara babak-babak penafian. Takpe. Citer neh macam neh. Ketika isu neh baru2 meletup. Aku ada jelajah website tourism malaysia untuk mendapat data pentender yang dapat projek neh. Sebab nyy [ng yen yen shortform] cakap tender neh tender terbuka. Ada 5 syarikat yang terpilih. Dan syarikat yang terpilih untuk tender facebook rm1.8juta ialah impact creations. Bukannya ideal creations. Ke dorang dah tukar nama syarikat pula?? Ke anak syarikat kepada impact creation? Ker aku yang salah baca? Lue fikirlah sendiri.

Kalau di ikutkan kenyataan nyy awal minggu neh dia cakap kementerian pelancongan membelanjakan rm1.8juta untuk pikat golongan belia menerusi rangkaian media social. Korang leh baca sendiri kenyataan dia kat sini.

Dalam kenyataan yang aku bagi link kat atas tue, nyy juga mengakui bahawa rm1.8juta daripada bajet 30juta wang kementerian pelancongan akan digunakan bagi tujuan ini. So disini persepsi masyarakat bahawa kerajaan akan belanjakan rm1.8juta untuk fb adalah perkara yang benar. Bukan emosi + marah semata2. Cumanya dari 1 kempen kini beralih kepada 7 kempen. 7 kempen fb = rm1.8juta. Ianya juga tidak berbaloi. 

Dalam erti kata lain ianya mahal nak mampos. Kementerian bukan nya tak boleh fikir bagi cerdik sikit. Cuma taknak fikir cerdik pasal nak main kroni. Kalau nak, memang boleh fikir cerdik. Upah orang untuk manage senndiri kempen lagi bagus pa. Bila orang tamak fikir duit ja apa2 idea cerdik pun jadi tak cerdik. Itu pasal rakyat marah

RM250,000,00 untuk 1 fb + games bodoh itu sebenarnya juga tidak berbaloi. RM100,000.00 pun tidak berbaloi. Apa yang berbaloi ialah kementerian pelancongan upah developer +  kakitangan untuk jaga dan manage fb kerajaan. Kalau boleh tubuhkan aje unit media sosial kerajaan. Biar semua kementerian bagi tugas kat unit media neh. 

Nak buat contest ke, promote fb kerajaan ke, update twitter ke, war2kan program kerajaan ke, bina game ke, apa ke, semua boleh. Kan lagi bagus bagi peluang pekerjaan kepada orang ramai daripada hanya satu syarikat je yang dapat makan besar tapi hasil yang ditunjukkan sangat sucks?

Betul tak apa yang aku cakapkan neh? Idea free je neh nyy. Kalau nak bagi kredit bagi lah, aku tak kesah dapat duit kerajaan neh.

kah kah kah

Ameno : orang cerdik yang tamak buat keputusan tak cerdik.

[ads] Main game castrol neh kalau teringin nak menang ipad2. klik sini
[ads] P1 ada buat promosi broadband, klik sini untuk baca promosi tersebut.

Share this

0 Comment to " Iklan Dalam Media Sosial: Kementerian Hanya Belanja RM250,000 Bukan RM1.8 Juta "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...