Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 12 Jun 2011

Rais yatim campak rm100 juta kat mana pula neh?

Sambil-sambil layan CSI sempatlah aku update blog neh kejap. Memang minggu lepas aku ada baca pasal neh kat akhbar. Cuma aku malas nak komen pasal tak pasti sangat dengan apa yang utusan merapu. Kalau ikut kata2 lim guan eng kat bawah neh ;

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



“Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim 

(kanan) mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.



“DAP dikejutkan oleh suatu laporanBernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini

Maksudnya si rais yatim belanja rm100 juta untuk buat majlis yang takde sambutan? Kenapa takde sambutan? Setahu aku artis paling kuat ampu kerajaan. Ke dorang pun sebenarnya dalam ahti ada benci cuma saja buat-buat sayang ka? Tengok kat bawah neh pula ;




Ikut kata-kata rais kat atas neh ;

1. Dia cakap kerajaan telah memperuntukkan hampir rm100juta untuk orang seni tanpa kira bidang..

2. Hari seniman tiada sambutan...

Macam mana aku nak tafsirkan ayat dia hah? Aku confused lah weh. Adakah dia maksudkan kerajaan telah belanjakan rm100 juta utk buat majlis seniman? Ataupun selama neh dia dah bagi [bantu] hampir rm100 juta kepada anak2 seni? Entah lah.. tunggu respon balas dari rais. Kalau dia tak balas maka sah lah persepsi lim guan eng dan aku. Kalau dia balas dan dia mengiyakan maka sah lah dia bodoh piang. Kalau dia balas dan menafikan.. urmm mungkin kita kena selidik dulu respon dia. Tengok samada dia bagi respon baik punye macam bapak si dafi ataupun sebaliknya.

kah kah kah

Ameno : Layan csi neh.. senang sket nak terjah pemimpin.. kah kah kah

Share this

0 Comment to " Rais yatim campak rm100 juta kat mana pula neh? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...