Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label tourism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tourism. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

Iklan Dalam Media Sosial: Kementerian Hanya Belanja RM250,000 Bukan RM1.8 Juta


Kementerian Pelancongan hanya membelanjakan RM250,000 daripada keseluruhan peruntukan RM1.8 juta dalam kempen pelancongannya dalam media sosial bagi kempen pelancongan permulaan melalui medium itu, kata menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
"Kita memulakan kempen itu dengan RM250,000 dan akan ditingkatkan apabila kita bersiap sedia. Jadi ia lebih daripada hanya Facebook.
"RM1.8 juta belum habis lagi. Saya telah mulakan untuk kempen pertama, saya ada enam kempen dan baru satu yang bermula, kita belum habis lagi" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Ng berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Angggota Parlimen Rasah daripada DAP Loke Siew Fook semalam kononnya kementerian itu membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menyangkal dakwaan Lok itu dengan menyatakan bahawa wang itu dibelanjakan oleh syarikat yang mendapat tender itu, Ideal Creations Sdn Bhd, untuk mewujudkan dan mengendalikan dan memantau kempen pelancongan dalam media sosial melalui iklan bagi acara-acara kementerian.

Setelah di asak bertubi-tubi dalam beberapa hari neh ng yen yen akhirnya mula mengeluarkan suara babak-babak penafian. Takpe. Citer neh macam neh. Ketika isu neh baru2 meletup. Aku ada jelajah website tourism malaysia untuk mendapat data pentender yang dapat projek neh. Sebab nyy [ng yen yen shortform] cakap tender neh tender terbuka. Ada 5 syarikat yang terpilih. Dan syarikat yang terpilih untuk tender facebook rm1.8juta ialah impact creations. Bukannya ideal creations. Ke dorang dah tukar nama syarikat pula?? Ke anak syarikat kepada impact creation? Ker aku yang salah baca? Lue fikirlah sendiri.

Kalau di ikutkan kenyataan nyy awal minggu neh dia cakap kementerian pelancongan membelanjakan rm1.8juta untuk pikat golongan belia menerusi rangkaian media social. Korang leh baca sendiri kenyataan dia kat sini.

Dalam kenyataan yang aku bagi link kat atas tue, nyy juga mengakui bahawa rm1.8juta daripada bajet 30juta wang kementerian pelancongan akan digunakan bagi tujuan ini. So disini persepsi masyarakat bahawa kerajaan akan belanjakan rm1.8juta untuk fb adalah perkara yang benar. Bukan emosi + marah semata2. Cumanya dari 1 kempen kini beralih kepada 7 kempen. 7 kempen fb = rm1.8juta. Ianya juga tidak berbaloi. 

Dalam erti kata lain ianya mahal nak mampos. Kementerian bukan nya tak boleh fikir bagi cerdik sikit. Cuma taknak fikir cerdik pasal nak main kroni. Kalau nak, memang boleh fikir cerdik. Upah orang untuk manage senndiri kempen lagi bagus pa. Bila orang tamak fikir duit ja apa2 idea cerdik pun jadi tak cerdik. Itu pasal rakyat marah

RM250,000,00 untuk 1 fb + games bodoh itu sebenarnya juga tidak berbaloi. RM100,000.00 pun tidak berbaloi. Apa yang berbaloi ialah kementerian pelancongan upah developer +  kakitangan untuk jaga dan manage fb kerajaan. Kalau boleh tubuhkan aje unit media sosial kerajaan. Biar semua kementerian bagi tugas kat unit media neh. 

Nak buat contest ke, promote fb kerajaan ke, update twitter ke, war2kan program kerajaan ke, bina game ke, apa ke, semua boleh. Kan lagi bagus bagi peluang pekerjaan kepada orang ramai daripada hanya satu syarikat je yang dapat makan besar tapi hasil yang ditunjukkan sangat sucks?

Betul tak apa yang aku cakapkan neh? Idea free je neh nyy. Kalau nak bagi kredit bagi lah, aku tak kesah dapat duit kerajaan neh.

kah kah kah

Ameno : orang cerdik yang tamak buat keputusan tak cerdik.

[ads] Main game castrol neh kalau teringin nak menang ipad2. klik sini
[ads] P1 ada buat promosi broadband, klik sini untuk baca promosi tersebut.

Selasa, 14 Jun 2011

Facebook rm1.8juta masuk CNN?


Ada orang telah menjadi reporter kepada pihak CNN. Dalam erti kata lain kisah ini akan jadi international lah jawabnya. Aku tak salahkan reporter pun pasal kalau aku jadi dia pun aku bengkek bhai. Memang haramjadah buat facebook pun bayar rm1.8juta. Dah lah tak aktif. Tak ramai fans. Maklumat pun cikai. Games pun teruk. Pendek kata tah hapa2. 

Tiru mood blogger semut dan papan kekunci jap : Gua ada lebih dari 8 fanpages di ulangi LEBIH DARI 8 FANPAGES dan semua nya gua aktifkan setiap hari dengan pelbagai cara. Dan gua tak perlu keluarkan satusen pun untuk kerja2 tue melainkan bayar bill broadband je. Pe kata lue bayar gua suku dari amount rm1.8juta tue pun jadi lah. Gua teringin gak nak jadi tamak haloba neh. 

kah kah kah

Ameno : Lue langsi sama rakyat malaysia, lue mati.

RM1.8juta : Syarikat ini dibayar untuk jaga facebook citrawarna.

Fack! Patutlah mahal nak mampos. Ingatkan kerajaan dok bayar gaji kakitangan awam sampai mencecah kos rm1.8juta untuk kos operasi update facebook tiga tahun. Itupun semata2 facebook aje weh. Rupanya dorang bagi tender kepada pihak ketiga untuk kendalikan facebook. Kebangangan apakah ini? Adakah aku bukan bermimpi? Untuk main facebook pun menteri bingai nak mampos bayar orang rm1.8juta untuk tiga tahun? Ini memang betul2 celaka nak mampos. Membazir. Buang duit. Haramjadah. Baik ko bagi aku duit tue lagi baguslah woit. Dah lah games pun tah pape2. Bangang!


rm1.8 juta / 36 = 50 ribu sebulan. rm50ribu sebulan untuk kendalikan facebook percuma. Korang rasa berbaloi ke? Aku taktahu lah apa kewajaran nya ketika menteri bingai neh buat tindakan bingai. Aku fikir dia patut sumbang duit tue kat aku sebab kalau dibandingkan dengan fans group citrawarna yang dibayar rm50ribu sebulan dengan fans group yang aku buat tanpa apa2 bayaran terbukti aku menang dari kecekapan. Heh.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. -malaysiakini-



Berbalik kepada syarikat yang dapat tender neh pula terdapat spekulasi bahawa syarikat neh ada kaitan dengan ng yen yen. Tetapi belum lagi ada bukti sahih yang boleh mengheret ng yen yen dalam kancah rasuah + penyelewengan. Ng yen yen ada buat statement bahawa syarikat ini ialah syarikat 100% bumiputera dan tiada kaitan dengan dia. Dan dalam masa yang sama aku try cari tapi tak jumpa lagi website syarikat yang dapat tender neh. Tapi biasalah beb. Taktik2 macam neh aku dah selalu nampak. 

Ko buat syarikat. Tapi ko letak nama orang lain. Then ko apply tender. Then lulus. Then untung sama2. Ceh. Taktik macam neh dah biasa di gunakan oleh menteri2 BN. Tinggal lagi bukti dokumen sukar diperolehi sebab rakyat marhaen bukan nya ada duit berjuta2 nak rasuah sana sini bagi mendedahkan bukti. 

Itu belum lagi masuk orang2 yang tak berani bercakap benar samada kena bayar ataupun di ugut segala bagai. Sebab tue aku cakap selagi mana bn memerintah selagi itulah korupsi berlaku. Cara mana nak hapuskan benda neh hanya dengan hapuskan bn. Pedulikan suara2 sumbang yang mengatakan bahawa kalau PR pegang negara pun sama juga. Itu semua dusta. Yang pasti kalau PR pegang yang rasuah akan lari lintang pukang. Cumanya.. adakah rakyat malaysia benar2 benci rasuah untuk menyokong sebuah perubahan? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : 50k utk kerja sia2. Mak menteri bodoh piang.

Nota : Untuk share di fb gunakan link ini ==>  http://gengblogger.com/v/501105
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...