Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Oktober 2018

UMNO Kalah, Kereta Jamal Pula Dirampas.

LAPORAN | Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Itulah nasib Jamal Yunos kini. 

Kekalahan UMNO bukan sahaja membuatkan Jamal kecut perut, kini beliau terpaksa berdepan dengan tuntutan hutang dari syarikat keselamatan.




Jamal dilaporkan oleh beberapa media tempatan gagal membayar hutang tertunggak berjumlah RM56,000 yang dibuatnya pada tahun 2014 selepas menggunakan khidmat syarikat keselamatan yang dikenali sebagai Anirass Gaya Security Services.

Jurucakap Anirass Gaya Security Services dilaporkan berkata, mereka mempunyai perjanjian perniagaan bersama Jamal sebelum ini, namun Jamal masih berhutang RM56,000 selepas menamatkan perkhidmatan dengan syarikat tersebut.

"Satu surat permintaan telah dikeluarkan, kemudian satu saman (oleh mahkamah). Jadi sekarang ada tempoh 14 hari untuk menyelesaikannya. 


Jika tidak, kita akan meneruskan proses melelongkan (kereta yang dirampas)," kata jurucakap selepas rampasan dibuat.

Hutang tertunggak itu bagaimanapun telah mencecah RM200,000 berserta dengan bayaran faedah dan kos.

Berikutan itu satu perintah mahkamah dikeluarkan pada 17 Oktober 2018 bagi memberikan kebenaran merampas aset-aset Jamal berupa kenderaan 4 buah.

Rampasan itu dilakukan di sebuah syarikat yang mengedar dan menjual kenderaan yang terletak di Sungai Buloh. Syarikat itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Jamal Yunos. 

Bagaimanapun jurucakap kepada syarikat itu menjelaskan, Jamal Yunos hanya mempunyai saham yang sedikit dalam syarikat berkenaan. - 18 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...