Rabu, 17 Oktober 2018

Cadangan Hak Asasi MP Batu Kawan, Adakah Membabitkan Hak Kebebasan Tukar Agama Bagi Muslim?

Khairul Azri | Perkara 153, 3, 160 terancam?

Usul dasar hala tuju dasar luar 'Malaysia Baharu' berdasarkan ucapan perdana menteri di UN telah diterima sebulat suara oleh dewan rakyat sebentar tadi.

Namun dalam keghairahan para MP berbahas memuji kepetahan dan kelantangan Tun berucap di PBB sampaikan ada yang bermadah dan sebagainya.

Satu benda yang menarik perhatian den adalah apabila mendengar perbahasan daripada YB Batu kawan yang menegaskan mengenai aspek 'Human Rights' dalam perbahasan menyokong usul dalam sesi petang.

For a while, perbahasan tersebut does create a chilling moment for myself..*meremang

Kenapa?

Berdasarkan ucapan YB Batu Kawan itu tadi, mengikut janji no 26 dalam manifesto PH, salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod 'hak asasi' manusia yang dihormati dunia adalah untuk kerajaan PH meratifikasikan semula konvensyen hak asasi antarabangsa seperti:

1. The International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR)

2. The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)

3. United Nations Convention against Torture and Other Cruel,

4. Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT)
International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families

5. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR)

6. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance(ICPPED)

7. Convention on the Rights of the Child(CRC)

8. The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)

9.

10.

Jadi kenapa den kata den 'meremang' bila dengar perbahasan tersebut adalah jika kita sebagai umat Melayu Islam sedar apakah kesan dasar meratifikasikan semula konvensyen-konvensyen antarbangsa ini kepada umat Melayu kita..

Sebab kesannya bukan 'kecil anak 'punya kesan..

Nah den simply 'tebuk' beberapa 'syor' daripada senarai konvensyen hak asasi antarabangsa yang disenaraikan oleh YB Batu kawan dalam ucapanya tadi, yang kononnya nak ratifikasikan atas alasan nak jadi negara 'contoh' dunia...

Boleh rujuk dibawah:

Exhibit 1:

- The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) PART I

Article 2

2. States Parties shall, when the circumstances so warrant, take, in the social, economic, cultural and other fields, special and concrete measures to ensure the adequate development and protection of certain racial groups or individuals belonging to them, for the purpose of guaranteeing them the full and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms. These measures shall in no case en tail as a con sequence the maintenance of unequal or separate rights for different racial groups after the objectives for which they were taken have been achieved.

Rujuk: https://www.ohchr.org/…/professionalinterest/pages/cerd.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Tidak boleh ada 'keistimewaan' mana-mana individu/kaum diatas individu/kaum yang lain.

Exhibit 2:

- The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)

Article 18.
Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.

Rujuk: http://www.un.org/en/universal-declaration-human-rights/

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Setiap manusia adalah berhak dalam hak kebebasan beragama dan menukar agamanya.

Exhibit 3:
- Convention on the Rights of the Child(CRC)

Article 14

1. States Parties shall respect the right of the child to freedom of thought, conscience and religion.

Rujuk: https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/crc.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Anak-anak mempunyai hak untuk memilih agamanya dan ibu bapa perlu hormati hak tersebut.

Nampak tak betapa bercanggahnya, 'syor-syor' diatas dengan Perkara 153, Perkara 3 ataupun perkara 160 yang meletakkan hak umat Melayu dan perkara yang berkaitan agama Islam dibawah naungannya di dalam Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya sekarang, adakah kerajaan hari ini akan mengenepikan atau meletakkan tarikh 'luput' kepada perlembagaan sedia ada hanya semata-mata untuk memenuhi dasar ataupun janji manifesto tersebut?

Nauzubillahiminzaliq, harapnya tidak begitu.

Oleh yang demikian, hari ini den pun nak bagi 'syor' juga..

Mohon kerjasama semua orang untuk tonton video ucapan YB Batu Kawan ni, den tahu ianya satu video yang panjang..walaubagaimanapun, amati dan telitilah 'isi' dan 'isu' yang cuba dibawanya.

Dan tolong rajinkan diri anda..bangkit dan semak kesemua syor-syor yang berada di dalam konvensyen hak asasi antrabangsa yang hendak diratifikasikan semula ini

Fahamilah bait-bait setiap syor-syor konvensyen tersebut agar kita faham impak daripada perubahan dasar ini.

Kerana, sekiranya dasar ini betul-betul berlaku, percayalah ianya pasti akan mengubah dinamika sosiopolitik bangsa dan negara kita buat selama-lamanya.

Jangan tunggu sampai 'nasi jadi bubur' baru nak bertindak dan memberi respon, sebab masa tu nanti baru nak menyesal, 'berputih mata' pun tak akan berguna sesen pun pada waktu itu.

Akhir kata, tolong panjangkan dan sebarkan.

Sekian. - 17 Oktober 2018.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...