Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Oktober 2018

Semakin Ramai Pemimpin Amanah Dapat Gelaran Datuk, Mat Sabu Masih Steady Tanpa Darjah Kebesaran..

Kamarul Yusoff | PEMIMPIN AMANAH DAN GELARAN ‘DATUK’

Seronok juga bila melihat berbondong-bondong pemimpin AMANAH mendapat anugerah gelaran ‘Datuk’ selepas berakhirnya PRU 14 lalu.




Ia bermula dengan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub, yang dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, bersempena Ulang Tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai lalu.

Hari ini pula, bersempena Ulang Tahun ke-80 Gabenor Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, enam lagi pemimpin AMANAH nasional serta seorang pemimpin AMANAH Melaka dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’, ‘Datuk Wira’ dan ‘Datuk’.

Pemimpin-pemimpin AMANAH nasional yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’, ‘Datuk Wira’ dan ‘Datuk’ ini adalah :


(1) Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.


(2) Pengarah Strategi AMANAH merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Selangor, merangkap Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.


(3) Naib Presiden AMANAH merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak, merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.


(4) Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Abdul Ghani Samsudin, yang dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’. 


(5) Pengarah Pilihan Raya AMANAH merangkap Ahli Parlimen Lumut, Perak, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli, yang dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’.


(6) Naib Presiden AMANAH, Senator Husam Musa, yang dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Pemimpin AMANAH Melaka yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ ini pula adalah :
 

(1) Naib Pengerusi AMANAH Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Dengan pemberian anugerah ini maka pemimpin tertinggi AMANAH yang belum mempunyai gelaran ‘Datuk’ hanyalah Presidennya, Mohamad Sabu, serta dua lagi Naib Presidennya, Dr Hasan Baharom dan Hasanuddin Mohd Yunus.

Berbanding pemimpin kerajaan PAS di Kelantan dan di Terengganu, pemimpin kerajaan AMANAH di Melaka nampaknya lebih terkehadapan di dalam mencadangkan pemberian anugerah gelaran ‘Datuk’ kepada pemimpin-pemimpin nasional mereka.

Inilah agaknya antara kelebihan konsep Islam Rahmatan lil ‘Alamin pegangan AMANAH. - 14 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...