Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Oktober 2018

Rebut Tempat Dengan Kucing, NGO Pencinta Haiwan Bidas Azmin Ali.

Kenyataan Media | ADUN BUKIT ANTARABANGSA REBUT TEMPAT DENGAN BINATANG

Apabila haiwan seperti kucing menjadi mangsa kerakusan dan permainan orang politik. Sepatutnya orang politik yang menjadi pemimpin membela dan membantu dunia haiwan. Namun sebaliknya berlaku.

Ramai rakyat pencinta haiwan - kucing telah bergembira pada asalnya mengharapkan dapat melihat hasrat terbangun dan beroperasinya Taman Rekreasi Kucing MPAJ - JKCR Animal Care namun ianya hampa.




Jika diamati kes
yang dianggap pengkhianatan terhadap haiwan dan kucing. Taman Rekreasi Kucing MPAJ - JKCR Animal Care sepatutnya telah beroperasi pada Disember 2017.




Namun ianya berkubur begitu sahaja. Menjadikan tanggapan para pencinta haiwan bahawa ahli politik di negara ini memang tiada perasaan dan hati perut terhadap nasib haiwan adalah benar.

Keputusan tersebut berubah setelah prasarana yang sepatutnya menjadi rumah dan taman yang membahagiakan kucing-kucing gelandangan bertukar menjadi pejabat peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Pada mulanya MPAJ menyatakan bahawa pembatalan menjadikan tempat ini sebagai taman kucing disebabkan bantahan orang awam dan mahukan tempat ini menjadi Dewan Masyarakat untuk kegunaan rakyat Ampang. 


Namun akhirnya tanggapan bahawa keputusan pembatalan tersebut berikutan campur tangan orang politik terbukti benar apabila papan tanda TAMAN REKREASI KUCING MPAJ - USAHASAMA JKCR ANIMAL CARE bertukar menjadi pejabat ADUN BUKIT ANTARABANGSA.

Ini bermakna bukan semua rakyat Ampang dapat menikmati tempat tersebut. Tetapi sebaliknya hanya sebagai pejabat individu bergelar ADUN BUKIT ANTARABANGSA. Adakah hanya ADUN Bukit Antarabangsa sahaja berada dalam naungan dan pentadbiran MPAJ?

Miskin sangatkah ADUN BUKIT ANTARABANGSA sehinggakan peruntukkan tempat binaan untuk kucing gelandangan pada asalnya akhirnya dirampas daripada kucing gelandangan menjadi pejabat peribadi sebagai seorang ADUN? 


Bukannya sebagai Dewan Masyarakat untuk keseluruhan rakyat Ampang? Dimana integriti sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya membantu rakyat dan membela haiwan?

Bagaimanakah nasib dunia penyelamat haiwan dan nasib haiwan nanti jika Malaysia dipimpin oleh pemimpin begini? Jika hal kecil dan perkara begini pon hendak direbut dan digunakan dan tidak mampu diselesaikan oleh seorang ADUN?

Animal Malaysia menuntut agar kebijaksanaan pemimpin ini menyelesaikan kemelut pertikaian perebutan kawasan dan tempat antara ADUN dengan BINATANG. 


Mana mungkin seorang pemimpin bijaksana yang mewakili segenap lapisan masyarakat pelbagai latar belakang pendidikan berebut dan membuli binatang dan mengetepikan kebajikan haiwan.

via GIPHY

Para pencinta haiwan seluruh Malaysia bolehlah memberi pandangan dan nasihat kepada ADUN Bukit Antarabangsa agar tidak berebut kawasan serta tidak berseteru dengan BINATANG bernama kucing.

Jangan aniaya haiwan. Jangan berebut tempat dengan BINATANG.

KASIHANKAN NASIB KUCING GELANDANGAN! - 14 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...