Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Oktober 2018

Isu Oktoberfest, Kerajaan Seperti Malu & Takut Buat Keputusan Kata Nik Abduh.

NIK ABDUH | Oktoberfest : Hak Non Muslim?

Kerajaan seperti malu dan takut untuk membuat keputusan demi kepentingan negara berdasarkan panduan agama Islam. Malah lebih teruk, mereka mendakwa bahawa kebenaran diberi untuk perayaan itu, walau bersyarat, adalah hak yang dibenarkan oleh Islam untuk rakyat bukan Islam. Itu memalukan.

Benar, non muslim berhak berurusan dengan minuman keras tersebut termasuk minum dan meniagakannya. Tetapi untuk menjadikannya sebagai festival tahunan negara adalah telah turut melanggar hak orang lain terutama hak majoriti umat Islam. Ia mengganggu perasaan, maruah, malah nyata boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat semuanya. Maka festival arak adalah terkeluar daripada menjadi hak non muslim semata-mata. Ia melanggar hak awam.
Gambar Ihsan Google
Ia hanyalah desakan dan kehendak segelintir penafsu yang berhasrat menjauhkan rakyat daripada kehidupan bertata susila dan mendorong mereka untuk mempromosi budaya buruk barat dan menerimanya sebagai budaya hidup negara. Mereka ini harus ditentang, bukan diraikan.

Sepatutnya kerajaan menyumbang kepada pendidikan dan kempen anti minuman keras. Itulah sumbangan yang terbaik dari Islam untuk rakyat Malaysia semuanya.

Apakah non muslim dalam negara kita akan sedih atau kerugian jika keluarga dan komuniti mereka berjaya keluar dari aktiviti meminum arak? Saya yakin mereka juga akan gembira.

Jika kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen anti arak, sekali kebenaran untuk festival arak adalah cukup untuk menghanguskan wang rakyat itu dan mensia-siakan kempen tersebut.

Saya menyeru rakyat untuk terus mendesak kerajaan untuk tidak lagi membenarkan budaya buruk dari barat mendapat tempat dalam negara kita. Mari bersama memelihara agama, adat, budaya dan cara hidup kita rakyat Malaysia yang murni dan penuh sopan. - 18 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...