Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Oktober 2018

PRK PD : Kita Menang Kemanisan Iman Dan Jihad Lebih Awal - Nik Abduh.

Nik Muhammad Abduh | PRK P.132 Port Dickson
 

Tahniah, Terus Berjuang Dan Bergembiralah.

Tahniah saya ucapkan kepada Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang telah berjaya memenangi PRK Port Dickson dengan majoriti yang besar sekali.

Tahniah saya ucapkan kepada calon PAS, Lt Kol (B) Haji Mohd Nazari bin Mokhtar yang telah berjaya memperolehi jumlah undi yang lebih baik berbanding PRU14 lepas walaupun dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang amat kecil.

PRK Port Dickson 2018
Nik Abduh - Gambar Nik Abduh Facebook
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pengundi di Port Dickson yang telah keluar beramai-ramai mengundi bagi melaksanakan satu tanggung jawab penting sebagai rakyat Malaysia.

Tahniah saya ucapkan kepada seluruh jentera PAS, samada jentera tempatan atau luar yang telah memberikan yang terbaik demi perjuangan menegakkan agama Allah. Semoga Allah memberkati pengorbanan semua.

Berada di medan pilihan raya dan bekerja untuknya adalah nikmat yang besar daripada Allah. Ia adalah daripada lorongan kesedaran dan keinsafan yang jelas bahawa agama Islam adalah sebuah perjuangan dan sentiasa menagih para pejuang untuknya yang sentiasa gigih dan istiqamah. 


Semua itu hidayat dan taufik daripada-Nya dan amat sayugia disyukuri. Umat Islam hanya akan bangkit daripada kelalaian dan kecuaian melalui kesedaran yang tinggi daripada kalangan mereka sendiri.

Ahli, pendukung dan penyokong PAS pastinya menikmati nikmat berada di medan perjuangan dan pilihan raya. Kita memenangi kemanisan iman dan jihad lebih awal sebelum kita atau lawan kita memenangi perlawanan di kertas undi selepas itu.

Justeru teruslah berteguh dan bersiap siagalah untuk perjuangan ini yang menjanjikan kemenangan yang pasti daripada-Nya.

Bersama Islam adalah bersama kemenangan. Tiada syak!

#Istiqamah
#SejahteraBersamaIslam
#IslamMemimpin
#UndilahPAS

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...