![]() |
TangkapLayar - Najib Razak Facebook |
PH sudahpun memperdaya pengundi mereka kerana gagal memenuhi manifesto, tetapi tak perlulah memperlekeh akal pengundi.
Ketika saya Perdana Menteri, saya berjaya menghapuskan beberapa tol pada masa ke semasa kita berupaya, membantu Sarawak menghapuskan semua tol pada 2016, menghalang sebarang kenaikan tol di lebuhraya dimiliki PLUS dan mebina lebuhraya baru bebas tol seperti Central Spine Road (CSR) dan lebuhraya Pan-Borneo. Mengapa PH tidak dapat melakukan sedemikian?
Jika kerajaan PH tak mampu tunaikan janji manifesto mereka untuk menghapuskan tol, sekurang-kurangnya mereka boleh mengurangkan kadar tol. - 18 Oktober 2018.