Berbanding menerima pujian, nampaknya lebih ramai yang mengkritik dirinya apabila gambar yang dikongsikan di Twitternya itu menerima kecaman bertubi-tubi warga internet ketika dilaporkan oleh Awani dan Sinar pada rabu.
Jimat RM11 pun nak masuk berita?
Media kurang cerdik laporkan isu tak penting sebagai berita nasional..
Ini pun jadi tajuk berita?
Masak untuk tetamu, naik Myvi, beratur di ATM, gunting rambut, ini ke kehidupan seharian Menteri Pertahanan?
Di Sinar Harian sahaja, sekurang-kurangnya 700 komen yang membidas dan mengutuk portal itu termasuklah Muhammad Sabu kerana melaporkan isu gunting rambut yang dianggap netizens adalah isu picisan, remeh dan tak membangunkan minda sama sekali.
Yang sebenarnya Muhammad Sabu mungkin berkongsikan gambar tersebut di Twitternya sebagai satu bentuk komunikasi umum antara beliau dengan pengikutnya.
MAT SABU GUNTING RAMBUT PUN MASUK BERITAAA..
Bagaimanapun oleh kerana perkara itu dipetik media, maka niat yang baik itu akhirnya disalahtanggap seolah-olahnya Menteri Pertahanan dengan sengaja mahu meraih populis apabila menayangkan gaya hidup serdahana dan berjimat cermat.
Perkara yang baik andai dilaporkan secara berlebih-lebihan memang berupaya mengundang salahfaham. Awani dan Sinar Harian bodek lebih nak dapatkan sesuatu ke? 😂😂😂 - 18 Oktober 2018.