Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Oktober 2018

Pimpinan Amanah Yang Terima Darjah Kebesaran Mukanya Tidak Tahu Malu - Nur Hadi Mohamad.

Nur Hadi Mohamad | Pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama dari Parti Amanah Negara yang menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka baru-baru ini adalah muka-muka yang tidak tahu malu. Mereka ini dengan rakus berlumba-lumba mendapatkan gelaran.


Walaupun baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara dengan memegang jawatan di peringkat pusat terutama dalam jemaah menteri dan beberapa jawatan di peringkat negeri hanya tidak sampai setengah tahun, entah apa dan setakat mana sumbangan mereka kepada negara. 


Sepatutnya mereka ini merasa malu dengan seorang tokoh UMNO yang menolak sebarang anugerah atau gelaran (sekalipun daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka) sepanjang 43 tahun berkecimpung dalam politik dengan memegang jawatan-jawatan penting di peringkat negeri Melaka dan negara.

Beliau yang dimaksudkan adalah Allahyarham Tun Datuk Seri Utama Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006).

Berikut adalah senarai jawatan Tun Ghafar Baba:-

Penglibatan Awal





Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1938 - 1945

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 - 1948

Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka 1949 - 1951

Jawatan Politik

1. Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955
2. Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973
3. Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
4. Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
5. Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
6. Ketua Perhubunhan UMNO Sabah 1991
7. Pengerusi BN Sabah 1992
8. Setiausaha Agung BN 1974 - 1993


Jawatan Kerajaan
1. Ahli Parlimen Melaka Luar/Jasin 1955 - 1999 & Batu Berendam 1999 - 2003


2. ADUN Tanjung Kling 1959 - 1967


3. Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967


4. Pengerusi MARA 1967 - 1971


5. Menteri (Tanpa Portfolio) 1968 - 1972


6. Pengerusi FAMA


7. Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar 1972 - 1974


8. Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar 1974 - 1976


9. Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993


10. Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd. dan kompleks Kewangan 1976 - 1986


11. Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Melaka


Sepanjang terlibat dengan politik dan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, beliau enggan menerima sebarang gelaran atau anugerah dan lebih selesa dipanggil 'Encik Ghafar' sahaja. Tun Ghafar Baba cuma menerima anugerah Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M) yang membawa gelaran 'Tun' pada tahun 1995 hanya selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1993.

Tun Ghafar Baba merupakan individu penting yang terlibat dalam usaha awal perundingan damai antara kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Pada tahun 1986 ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba dan Abdullah CD (Pengerusi PKM) yang pernah bersama-sama terlibat dengan PKMM telah saling berutus surat melalui seorang perantara iaitu Mokhtar Mahmud Baginda. Proses perundingan damai peringkat rendah berlangsung sebanyak tiga pusingan di mana Tun Ghafar Baba menghantar wakilnya untuk berbincang dan mendengar pandangan dari pihak PKM.

Seterusnya perundingan peringkat tinggi pula berlangsung sebanyak lima pusingan dihadiri oleh wakil rasmi dari kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM. Rundingan damai tersebut akhirnya telah dinoktahkan dengan kejayaan apabila termenterinya Perjanjian Damai Hadyai pada tahun 1989.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...