Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Oktober 2018

SJKC Dapat Peruntukan 23 Juta, Netizens Muslim Berang Di Facebook.

LAPORAN | Pentadbir halaman Penang Kini melaporkan Dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang dapat peruntukan bangunan baru sebanyak RM 23 Juta.

"Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semasa melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Permatang Tinggi Bukit Mertajam berkata, peruntukan RM10 juta sudah diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk pembinaan bangunan baru SJKC Permatang Tinggi dan RM13 juta untuk SJKC Kay Sin.

Projek pembinaan bangunan baru bagi kedua-dua sekolah berkenaan yang juga sekolah bantuan kerajaan akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai tahun depan,"
kata kenyataan itu.


Status yang dikemaskini pada 15 Oktober 2018 itu bagaimanapun menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens muslim di ruangan komen.




Tidak itu sahaja, sesetengah bloggers UMNO pula menyebarkan penulisan yang membayangkan kerajaan Pakatan Harapan hanya mengutamakan sekolah jenis cina manakala peruntukan untuk sekolah tahfiz dan masjid diabaikan.

Lihat sini : http://theunspinners.blogspot.com/2018/10/sekolah-cina-dapat-peruntukan-sekolah.html

Menteri Pendidikan dan Timbalannya sehingga kini tidak merespon kepada kritikan yang timbul. Perkara ini juga memberikan bayangan apa yang disuarakan oleh netizens adalah benar.

Satu-satu perkara jika dibiarkan tidak dijawab, ia hanya memberikan gambaran perkara yang dibahaskan di sosmed adalah benar. Fikir-fikirkanlah. - 18 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...