Maszlee sepatutnya cepat belajar bagaimana hendak membuktikan bahawa beliau seorang menteri pendidikan yang lebih baik daripada Najib Razak, kata Lim dalam satu kenyataan.
![]() |
Lim Kit Siang |
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengulas kenyataan Najib di Facebook semalam berkenaan laporan Utusan Malaysia yang memetik Maszlee sebagai berkata beliau sedang dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk menentukan warna stoking sekolah bermula tahun depan.
Sambil menyifatkan serangan Najib itu sebagai kritikan tidak adil, Lim mempertahankan Maszlee dengan berkata menteri itu jauh lebih hebat berbanding menteri-menteri dalam Kabinet Barisan Nasional.
“Sebab itulah Maszlee kena cepat belajar komunikasi moden dan menumpukan tenaganya untuk membuktikan yang beliau adalah menteri pendidikan yang lebih baik daripada Najib sendiri,” kata Lim.
Lim turut mengingatkan bahawa isu warna stokin bukan yang pertama dihadapi Maszlee, selepas yang pertama apabila orang memberi perhatian kepada soal kasut hitam ketika beliau turut bercakap mengenai pelbagai isu pendidikan negara dalam wawancara anjuran Sinar Harian pada Julai lalu.
Terdahulu, Maszlee mengkritik Utusan Malaysia dan bekas perdana menteri Najib Razak kerana terlalu cepat mensensasikan “perkara remeh”, namun mengabaikan isu yang lebih penting yang diusahakan kementerian.
Menerusi akaun Twitternya beliau berkata: “Saya cakap perkara trivial kurang satu minit @UMonline sensasikan, DS @NajibRazak pun berminat.
“Saya bincang perkara penting, hospital universiti tak ada yang nak sensasikan?” – 18 Oktober 2018.