Selasa, 16 Oktober 2018

Bangunan Hospital Akan Disenaraikan Dalam Bursa, Ini Apa Yang Anda Patut Tahu.

Khairul Azri | Bangunan Hospital akan disenaraikan di Bursa?
PUTRAJAYA : Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said the prime minister was receptive to the ministry’s proposal to form Real Estate Investment Trust (REIT), aimed to secure extra funding without relying on the government’s coffer.

Last month, Dr Dzulkefly announced the ministry’s plan to issue REIT to get additional funding of RM3 billion without relying on the government’s annual budget.

Sumber: https://www.nst.com.my/…/pm-receptive-health-ministrys-prop


Nampaknya MOH sudah mencadangkan kepada Tun M untuk menyenaraikan aset-aset MOH kepada publik dalam bentuk REIT dan dengar katanya, Tun telah menerima cadangan tersebut dan akan dibentangkan kepada MOF.

Untuk memahami apa impaknya cadangan ini kepada rakyat secara keseluruhannya, kita kena fahami apakah REIT dulu.

REIT adalah singkatan bagi 'Real Estate Investment Trust' dan secara mudah faham, ianya adalah sebuah instrumen pelaburan di bursa saham.


Di mana pemilik bangunan akan jual/apungkan pemilikan hartanah seperti bangunan/tanah mereka kepada publik dalam bentuk pegangan ekuiti, dan pada kebiasaanya pemilik bangunan akan bertindak untuk menjadi operator aset berkenaan.

Di Bursa Malaysia, kita boleh tengok ada beberapa pemilik bangunan yang menggunakan konsep REIT ini..yang besar adalah seperti KLCC, PAVILION, SUNWAY.


Manakala pemegang ekuiti akan dapat keuntungan daripada sewaan yang dikenakan samada kepada operator ataupun kepada penyewa yang menyewa daripada operator aset.

Ok sekarang, apabila MOH nak menyenaraikan/mengapungkan aset dia, tak lain tak bukan aset yang akan disenaraikan adalah sudah pastinya bangunan hospital itu sendiri.

Maka MOH akan bertindak sebagai operator bangunan berkenaan dan kemudiannya MOH akan mengenakan sewaan kepada penyewa bangunan dalam kes ini hospital yang berkenaan

Siapa pula penyewa dalam kes ni?



via GIPHY


Kita ambil sebuah contoh, katakanlah bangunan hospital di HKL akan di REIT, maka pengurusan HKL lah akan menjadi penyewa dan dalam kes ini mereka akan kena bayar sewa ke MOH dan kemudiannya pula MOH akan kena bagi keuntungan sewaan dalam bentuk dividen kepada pemegang ekuiti.

Tidak dinafikan pada awal penyenaraian/initial offering sudah tentu lah MOH akan dapat wang yang banyak dan membolehkan mereka 'selfsustainable' tapi ini adalah sesuatu yang 'one off dan bagaimana MOH manage that money afterwards' akan menentukan keberkesanan langkah ini.

Dan kalau kita nak ambil contoh yang lebih dekat dengan idea MOH ini, kita boleh tengok AL-AQAR Healthcare REIT yang mana menggunakan model yang lebih kurang sama.

AL-AQAR REIT adalah sebuah REIT yang dikendalikan oleh J-Corp myang mana mempunyai 22 bangunan hospital milik KPJ di dalam portfolio REIT tersebut.

Persoalan yang lebih besar sekarang adalah, siapakah yang akan menanggung pembayaran sewaan penyewa(kalau dalam contoh HKL, pengurusan HKL) kepada MOH yang perlu dibayar kepada pemegang ekuiti akhirnya nanti?

Kalau dalam kes AL-AQAR REIT, senang je J-Corp nak selesaikan masalah tersebut, di mana mungkin mereka boleh transfer kos tersebut kepada pelanggan hospital-hospital KPJ melalui kos perubatan mereka. Nama pun swasta, mestilah nak profit kan.

Tapi kalau di hospital kerajaan macamana pula? 



via GIPHY

Dengan 'rentak' kerajaan yang memanjang 'mengomel' mengenai kehilangan hasil cukailah, bajet 'pengorbanan' lah, hutang yang membebankanlah, subsidi kesihatan yang tinggi sampai nak kena perkenalkan insuran rakyat lah..

Agak-agaknya lah..siapa yang akan kena 'absorb' kos sewaan tersebut? 🤔

You tell me.🙂

Sekian. - 16 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...