Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Oktober 2018

Disebabkan Wak Doyok, Pro Amanah Buat Hashtag #KerajaanSepenggal, Bengang VVIP Diutamakan, Aktivis Dipinggirkan.

SOSMED | Selain dari cakap-cakap Isa Samad akan masuk PPBM, isu #KerajaanSepenggal turut menjadi perhatian sesetengah pemerhati politik. 

Isa Samad nak masuk PPBM, kau biar betul!!!
via GIPHY

Status tular di Facebook
Ini gara-gara luahan aktivis lama yang berjuang dalam kem Pakatan (samada Pakatan Rakyat, atau Pakatan Harapan atau Barisan Alternatif dan sewaktu dengannya).

Laporan itu mendakwa terdapat layanan pilih kasih diantara aktivis lama berbanding VVIP yang baru masuk ke dalam parti.



Berikut dibawah ialah luahan yang tular di sosmed itu;
Pak Faisal KS | Aku pernah dihalau dari duduk meja tetamu ketika hadir majlis Aidil Fitri Shah Alam. Ketika aku sampai aku di usha ke meja yang ada tanda VIP oleh kawan otai yang kenal aku. Aku tak mau sebab aku pakai jeans. Tapi kawan yang kenal kita siapa tahu kita siapa.

Aku akur. Sedang aku nak suap nasi ke mulut aku didatangi oleh lain orang yang aku tak kenal. Pakai macam ask. Cik ini tempat VIP. Terlepas nasi dari tangan. Aku bangkit. Tak berapa minit muncul si Doyok dan rombongan. Wahhh itu rupanya VIP. Aku terus ke depan pintu masuk. Hairan kengkawan tengok aku makan sepantas jilat.

Azli Yusof tanya dan aku terus bilang aku di suruh keluar sebab bukan VIP macam sidoyok. Kemudian Azli bawa aku masuk dengan beberapa kawan lain.

Aku memang rasa pahit dengan pengalaman itu. Terasa macam sampah seketika.

Bagaimana jika aku pakai 3 piece atau bersongket mahal dan kereta Porsche?

Ehhh Salam hidup seseorang mungkin mampu menahan ujian kesusahan dan getir, bagi ujuan kesenangan, ramai yang patah riuk.

Ya aku gembala kambing, mana mungkin duduk meja VIP.
Malu tau kita.. halau-halau macam takde nilai..
via GIPHY

Luahan itu kemudiannya ditularkan netizens pro Amanah dengan hashtag #KerajaanSepenggal.

Beberapa darinya juga meluahkan ketidakpuasan hati berikutan kemasukan Wak Doyok ke dalam Amanah dan dilayan bagaikan melakukan banyak jasa di atas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU ke 14 baru-baru ini.



Menurut sumber yang enggan dinamakan, Wak Doyok dilayan bagaikan raja ketika menyertai Amanah adalah tidak benar. 


Malahan katanya lagi, terdapat salah faham mengenai aktivis yang dihalau dari menduduki meja VVIP yang disediakan untuk Wak Doyok.

Pimpinan parti Amanah nampaknya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai ketidakpuasan hati penyokong mereka terhadap isu Wak Doyok setakat ini. - 16 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...