Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Oktober 2018

Konsert Artis Gay Di Muzium Negara Dibatalkan Serta-Merta.

SOSMED | Awal pagi ini tular beberapa dakwaan yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan memberikan laluan kepada artis gay untuk mengadakan konsert di Auditorium Muzium Negara.


"Pesta GAY di National Museum Auditorium pada 20 Oktober 2018.

Tahniah Malaysia baru!,"
tulis Mohamad Izzudin, salah seorang netizens yang mempertikaikan perkara itu.


Dakwaan yang tersebar itu tidak salah juga; 


Berdasarkan tinjauan di Instagram rasmi Krist & SingTo, terdapat poster yang mempromosikan acara berkenaan.

Pada 1 Julai 2018, tiket yang berstatus PLATINIUM telah pun habis dijual. Manakala tiket GOLD masih berbaki 30 keping.

Difahamkan harga tiket diantara rm300 hingga rm700 bagi sekeping tiket. 

Bagaimanapun poster promosi di atas telah pun dipadamkan selepas ianya tular di laman sosial.

Ini dipercayai ada kaitan dengan kenyataan media yang disiarkan menerusi Facebook rasmi Dr. Mujahid Rawa sebentar tadi;

 
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Muzium Negara mengesahkan dakwaan sesetengah netizens adalah fitnah.

Agensi itu juga mengatakan tidak akan sesekali berkompromi dengan acara yang melanggar nilai dan norma masyarakat setempat.

Kenyataan media seterusnya juga dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim.

Kenyataan itu mengesahkan acara yang pernah diluluskan itu kemudiannya dibatalkan oleh Kementerian Pelancongan.

Berikut kenyataan tersebut;

KENYATAAN MEDIA

ACARA TELAH DIBATALKAN OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA.

SESI BERTEMU PEMINAT KISSING KRIST& SIGNTO DI AUDITORIUM JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Jabatan Muzium Malaysia mengambil maklum mengenai sesi bertemu peminat Kissing Krist & Signto di Auditorium Muzium Negara pada 20 Oktober ini yang telah menjadi tular di media sosial

Untuk makluman semua Jabatan Muzium Malaysia tidak sesekali berkompromi dalam isu-isu yang melanggar nilai dan norma masyarakat. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menegaskan bahawa sesi bertemu peminat oleh Kissing Krist & Signto di Auditorium Muzium Negara sebagaimana yang sedang tular adalah TIDAK BENAR.

Pihak kami memohon kerjasama agar orang ramai tidak mudah mempercayai dan terpengaruh dengan berita dan isu yang tidak benar tanpa mendapatkan pengesahan daripada sumber sah.

YBhg Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim
Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia
Selain itu terdapat sebaran tangkaplayar yang tular di laman sosial berhubung isu yang dibangkitkan.

Menurut individu yang dikenali sebagai Sham Ahmad, Muzium Negara setelah menerima beberapa maklumat berkaitan penganjuran acara yang dimaksudkan, bersegera membuat siasatan yang akhirnya memutuskan untuk membatalkan acara berkenaan.

  
Turut dimaklumkan penganjur sebenarnya tidak memberikan maklumat khusus mengenai acara yang ingin dianjurkan pada awalnya. Ini juga membuka ruang kritikan kepada pihak Muzium Negara yang disifatkan terlalu cuai dan tidak bersikap teliti dengan setiap permohonan yang masuk. 



Bagaimanapun pihak kami ingin memaklumkan, sebaran tangkaplayar itu memerlukan pengesahan daripada pihak Muzium Negara itu sendiri. - 14 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...