Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Oktober 2018

Syed Saddiq Dah Padamkan Gambar Mandi Tak Berbaju.

SOSMED | Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi sasaran kecaman warga netizens berikutan berkongsikan gambarnya sedang mandi didalam sebuah tab di akaun media sosialnya semalam.


"Lepas score golden goal, terus kena rendam dalam ais. Good game. @dugongallstars. #HariSukanNegara," kicau Syed Saddiq di Twitter.

Sejurus selepas berkongsikan gambar tersebut, tweet Syed Saddiq kemudiannya dibanjiri dengan komen-komen negatif. Malahan sesetengahnya berkongsikan pautan kicauan tersebut ke laman sosial Facebook sekaligus membuatkan Syed Saddiq menerima kecaman yang berterusan.

Syed Saddiq kemudiannya memadamkan gambar tersebut.

Meskipun tidak memaklumkan apa-apa kepada pengikutnya di Twitter, ramai percaya Syed Saddiq memadamkan kicauan tersebut berikutan dikecam hebat warga netizens.

Berdasarkan laporan BH Plus bertarikh 30 Januari 2017, mandi ais sebenarnya merupakan satu terapi kesihatan yang baik untuk tubuh badan.


Mungkin Syed Saddiq ingin mempromosikan terapi mandian ais bagaimanapun kerana beliau tidak memakai baju didalam tab mandi itu, tindakannya mendorong salah faham netizens. - 14 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...