Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Oktober 2018

Isu Warna Stokin, Pengarah PPUM Tampil Membela Mazlee Malek, Laporan Utusan Mengelirukan Katanya.

POLITIK | Semalam Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek sekali lagi menjadi sasaran serangan di sosial media.

Ini gara-gara satu laporan berita dari Utusan yang memetik kenyataan menteri itu berkenaan warna stokin.

“Kita sedia maklum mengenai perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai,” katanya ketika ditanya media mengenai kenyataan Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin yang mahu kementerian memberi penjelasan sama ada warna stokin putih oleh murid dan pelajar sekolah terlibat akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam nanti. 

Utusan dengan tajuk besarnya : Perbincangan dengan warna stokin sedang dilakukan - Maszlee Malek

Hal itu kemudiannya membuatkan Maszlee Malek menjadi sasaran kritikan warga maya dan Najib Razak juga sempat menyindir menteri berkenaan.



"Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh. Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia.

Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna.
Sayang sekali Menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian.

Seterusnya, diharapkan Menteri akan kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga.

Insya-Allah anak-anak kita akan mendapat manfaat sepenuhnya dan berjaya di masa depan,"
katanya dalam nada menyindir.


Bagaimanapun menurut Pengarah PPUM, YM Prof Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, laporan Utusan Online itu sebenarnya mengelirukan dan tidak adil kepada Dr. Maszlee Malek.

"Saya boleh mengesahkan sepanjang masa YB Dr Maszlee Malik berada di PPUM untuk lawatan mengejut Hari ini, beliau tidak sepatah pun menyebut apatah lagi berbincang tentang “warna stokin” dengan pihak PPUM. 

Saya berada dengannya sepanjang masa beliau di sini dan apa yang dibincangkan bersama NC(UM), KP dan KSU adalah tentang potensi pengajaran dan penyelidikan yang cemerlang di PPUM dan untuk perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada rakyat Malaysia, terutama bagi mereka dari golongan yang berpendapatan rendah. 

Saya rasa perkara itulah sepatutnya ditekankan di dalam berita akhbar. 

Cara berita ini disampaikan sebaliknya menggunakan gambar dan masa lawatan beliau ke PPUM, dan memberikan tajuk akhbar ”perbincangan mengenai warna stokin” sangat mengelirukan pembaca. 

Saya harap pembaca semua ambil perhatian tentang perkara ini," katanya dalam satu kenyataan dipetik dari Facebooknya.

Ohh Utusan buat drama ye.. jaga kauu..
via GIPHY

Ini bermakna, hanya dengan menjawab soalan media mengenai warna stokin, terus isu tersebut diutamakan oleh pengamal media, seolah-olahnya Menteri Pendidikan hanya berupaya bercakap soal warna kasut dan stokin. Adilkah? - 16 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...