Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Oktober 2018

Kami Bukan 'Anak Iblis', Penyokong PH Bengang Dituduh Bersubahat Selewengkan Sejarah Parameswara.

Firdaus Azahar | Sebentar tadi saya dikejutkan oleh satu isu berkenaan pementasan teater yang berkisarkan Parameswara yang kononnya berasal dari keturunan India.

Pada mulanya saya tidak ingin mempolitikkan isu ini tetapi disebabkan ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan politik maka terpaksalah saya memberi respon balas. Siap menggelarkan kami pengundi PH ni sebagai 'anak iblis'.

Mari saya beritahu, pementasan teater ini berlangsung pada zaman Najib Razak kesayangan kalian itu berkuasa (boleh rujuk tarikh pada poster) di bawah portfolio Dato Seri Nazri Aziz. Maka tuduhan yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf teater ini merupakan satu fitnah yang jahat sama sekali.
Sumber Facebook
Saya faham ideologi kalian yang berpaksi kepada ultra konservatif yang tidak mahu sejarah melayu ini diperlekehkan apatah lagi diubah-ubah kerana saya juga seperti kalian. 


Namun itu bukanlah lesen bagi memfitnah orang yang berbeda ideologi politik dengan kalian dengan melemparkan pelbagai tuduhan mengikut sesedap rasa. 

Adakah kalian sama tahap seperti politikus-politikus yang kalian cerca diluar sana? 

Di mana prinsip kalian yang kononnya berpegang kepada kebenaran? Semasa zaman Najib Razak memerintah kalian menikus, di zaman kebebasan bersuara ini dilaksanakan kalian tiba-tiba menjadi lantang.

Dalam mendidik anak bangsa dan memartabatkan sejarah melayu ini memerlukan usaha dari pelbagai pihak. Apa yang perlu dilakukan kita sekarang adalah bekerjasama untuk melaksanakannya di pelbagai peringkat. 


Kita buang sejauh mungkin ego masing-masing yang mengatakan "Kau perlukan aku lebih daripada aku perlukan kau".

Kalian mahu membuat debat khas mengenai perbezaan di antara Rajendra Chola dengan Raja Suran? Jom kita buat. Kita panggil 'pakar sejarah' yang taksub dengan empayar Chola ini untuk 'dibasuh' oleh kalian.

Kalian mahukan pementasan teater yang memaparkan Parameswara ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam sejarah yang merupakan putera kepada Raja Palembang? Mari kita usahakan sama-sama.

Kalian mahukan siri jelajah ke seluruh pelosok tanah air bagi menyedarkan anak-anak muda tentang betapa pentingnya untuk kita mendalami sejarah melayu? Ayuh kita lakukan perbincangan.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kata kuncinya adalah bekerjasama melaksanakan tugas masing-masing. Bukannya hidup terperangkap di dalam 'paranoid' dengan kebangkitan bangsa lain jika kalian sendiri tidak mahu untuk tampil melawan dengan lebih berani di pentas realiti. Lantas kalian mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan hari ini dan memutuskan hubungan.

Ingatlah, seburuk-buruk kerajaan hari ini di mata kalian, hak kekuasaan mutlak adalah milik Allah dan Allah berkuasa memberi kepada sesiapa yang dikehendaki atau mencabut daripada sesiapa yang dikehendaki. Jika tidak kerana izin-Nya, maka tiadalah pertukaran kuasa yang berlaku.

Pengalaman 9 Mei lalu mengajar kita bahawa sesuatu yang hampir mustahil berlaku berjaya direalisasikan. Kita sekarang sedang melalui cabaran yang sama kita lalui pada tahun-tahun sebelum ini cuma pendekatan dan strategi kita kali ini berbeda. - 22 Oktober 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...