Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Julai 2018

Penjelasan Jurugambar Mengenai Gambar Rasmi Menteri Besar Perak.

Tersebar di laman sosial mengenai gambar rasmi Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu yang dikatakan lucu.

"Admin dapat ni dari PM. Tak tahulah betul atau troll. Kalau betul, janganlah begitu, ini bukan foto untuk gantung di rumah. Ini untuk gantung di pejabat kerajaan dan sekolah-sekolah. Nanti budak-budak hari-hari ketawa je kerjanya," kata kenyataan yang tular itu.


Foto lucu itu bagaimanapun disahkan tidak benar dan rupa-rupanya adalah fitnah kerana ianya telah disunting atau diedit dari foto asal. 


Dan berikut adalah penjelasan dari jurufoto yang bertugas mengambil gambar menteri-menteri dan barisan kepimpinan baru kerajaan;
 
"Salam Tuan,

Saya adalah Jurufoto di bawah Jabatan Penerangan Malaysia yang telah ditugaskan mengambil gambar Potret Menteri Besar Perak YB Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu.

Untuk pengetahuan tuan Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia telah ditugaskan untuk mengabadikan Potret Rasmi Menteri-Menteri Besar & Exco-Exco Kerajaan Negeri di seluruh negara.

Untuk makluman tuan, Gambar Potret yang telah diviralkan adalah telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu bukan daripada pihak Jabatan Penerangan Malaysia.

Justeru itu, untuk pencerahan di sini saya ingin memaklumkan bahawa Potret Rasmi Asal yang telah diambil oleh saya sendiri selaku Jurufoto Jabatan Penerangan adalah seperti di dalam gambar tersebut (Baju Merah).

Semoga dengan pencerahan ini, isu ini tidak diviralkan & dipanjangkan lagi.

Sekian, terima kasih.

Fandy Azlan
Jurufotografi
Jabatan Penerangan Malaysia,"
katanya dalam penjelasan itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...