Beberapa lelaki yang memakai songkok dan berbaju melayu itu kemudiannya didefinasikan sebagai bomoh dikalangan netizens bagi mengkritik dan mencerca bekas Perdana Menteri itu di laman sosial.
Ahza Adhwa bagaimanapun tampil menjelaskan di laman sosial bahawanya gambar yang tersebar itu sebenarnya telah diedit dan bukannya gambar sebenar.
Berikut adalah penjelasan beliau;
"Saya merujuk kepada satu dakwaan gambar Najib Razak jumpa bomoh oleh page Suara Rakyat https://bit.ly/2KKtb6d. Senang aja nak kesan gambar itu edit atau tidak. Paling mudah pergi foto forensics (http://fotoforensics.com/), tak payah download apa-apa.
Kita guna teknik Error Level Analysis (ELA). Lihat sekeliling gambar dan kenal pasti bahagian tepi kontras, pinggiran, permukaan, dan tekstur yang berbeza. Bandingkan setiap kawasan dengan ELA. ELA sepatutnya seragam dan tidak cacat.
Rujuk lampiran 1. Dalam kes Mantan Perdana Menteri difitnah ini, kita boleh lihat bahawa gambar Najib Razak & Rosmah di'crop' dan diletakkan dalam satu gambar yang lain. ELA gambar asal adalah gelap dikelilingi oleh pinggiran yang terang. Manakala ELA gambar yang yang dicrop mempunyai ELA yang terang dan tiada pinggiran (border) yang jelas.
Jika kita melihat lampiran 3 dan 4, saya menggunakan gambar Najib Razak ketika dibawa oleh pihak berkuasa tadi. Warnanya sekata, dan tiada 'kecacatan'. Jika orang-orang dibelakang Najib itu gelap, maka gelap semuanya, tidak tiba-tiba cerah. Dan orang yang berada di hadapan kamera semuanya mempunyai pinggiran yang jelas. Kepala DS Najib memang betul-betul kepala beliau, tie itu memang tali leher beliau. Pendek kata, jika dibandingkan dengan gambar pertama lampiran kedua, jauh beza lah.
Saya dapati bahawa gambar ini diambil daripada Twitter RustyBlade, sebelum di re-tweet oleh Dr. Fathul Bari, kemudian dimuat naik oleh Page Suara Rakyat. Saya juga memohon bahawa Dr. Fathul Bari dan page Suara Rakyat mengamalkan prinsip yang jelas dalam agama iaitu bersifat adil. Sekiranya ada agama, sekiranya tiada tak mengapa.
Disunting (5 Julai) : Dr. Fathul Bari menafikan bahawa beliau turut terlibat dengan dakwaan ini. Sebaliknya, beliau hanya membalas soalan yang diajukan oleh pengguna Twitter Rusty Blade sebelum dimanipulasi oleh page Suara Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Pemilik halaman Suara Rakyat bagaimanapun tampil menafikan tuduhan yang terkait ke atas mereka malahan menunjukkan bukti bagi mempertahankan tindakan menyebarkan gambar tersebut.
"Setelah kami buat semakan, situasi dalam foto itu memang berlaku di ruang solat rumah Najib di Taman Duta dan kami sudah menjumpai buktinya yang mana ia berlaku di rumah Najib sendiri.
Sekian..," jelas pentadbir halaman Suara Rakyat dalam satu kenyataan bagi membalas respon pengikut di ruangan komen.
Apabila ditunjukkan penjelasan oleh Ahza Adhwa ini jawapan mereka,"Sekurang-kurangnya jika si tuan badan mana-mana yang ada di dalam gambar itu boleh beri komen di sini menceritakan keadaan sebenar. Itu yg kami mahukan...," kata pentadbir halaman Suara Rakyat lagi. - 7 Julai 2018.