Sabtu, 28 April 2018

Anak Nik Omar Luah Perasaan, Dikecam Bertubi-Tubi Di Laman Sosial Kerana Ayah Sertai #PakatanHarapan.. #GE14

Antara kejutan yang berlaku di pusat penamaan calon hari ini apabila Nik Omar Nik Aziz, anak kedua Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz mengisytiharkan diri bertanding di Dun Chempaka atas tiket Pakatan Harapan.
Nik Omar Nik Aziz
Nik Omar sebelum ini dispekulasikan akan menyertai Amanah dan bertanding mewakili parti itu di Kelantan bagaimanapun beberapa hari sebelum penamaan calon beliau mengeluarkan kenyataan menafikan hal tersebut.

Namun pagi tadi di Pusat Penamaan Calon Pengkalan Chepa, Nik Omar dilihat hadirkan diri untuk serahkan borang calon kepada SPR bagi membolehkan beliau bertanding di Chempaka atas tiket PKR - Pakatan Harapan.

Tindakan Nik Omar itu kemudiannya dikecam oleh netizens pro PAS yang melabelnya sebagai anak derhaka, iman tak boleh diwarisi, lupa perjuangan dan pelbagai lagi sindiran tajam dikeluarkan ke atasnya.

Anak kepada Nik Omar, Nik Ahmad Muhajir juga mengulas perkara yang sama menerusi akaun Facebook miliknya.



"Hebat juga ya tempias politik. Bukan biasa-biasa. Nak join politik hati kena kuat. Semangat kena jitu. Kalau lemah mmg rebah sahaja begitu.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak henti menyokong dan memberi kata semangat saat aku dihentam dan dikecam.

'bakpo ayah mu jadi gitu'
'bakpo ayah mu pan'
'bodo ayah mu'
'anak derhaka'
'bohh mu lapa nak jadi MB ko'

Dan pelbagai lagi sajian kuih muih berbentuk cacian untuk sarapan pagi ini. Nikmatinya dengan tenang.

Apa jua wadah yang dipilih ayah moga tetap mendapat berkat dan rahmat dariNYA Amenn,"
katanya di Facebook.

Walaupun dikritik netizens pro PAS yang mempertikaikan tindakan Nik Omar yang membuat pusingan U disaat akhir apabila tiba-tiba sahaja masuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 14, netizens pro Amanah mempertahankan calon Chempaka itu.

Menurut mereka apa yang dilakukan oleh Nik Omar itu merupakan satu strategi dan dalam politik, strategi memainkan peranan yang cukup penting bagi mencapai kemenangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Omar juga dipecat keahlian PASnya serta merta seperti diumumkan oleh Setiausaha Agung parti itu siang tadi. - 28 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...