Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 April 2018

Selepas Fitnah PAS Calonkan Bangladesh, Penyokong PH Minta Maaf Main-Main..

Siva Rathnam yang menfitnah calon PAS di Parlimen Ampang, Nurul Mohamed Yusoff ialah orang Bangladesh dipertikaikan netizens kerana dianggap meminta maaf secara main-main ataupun tidak serius.

Sebelum ini post Siva Rathnam yang menfitnah PAS mencalonkan orang Bangladesh tular di laman sosial termasuklah di Facebook dan WhatsApp.

Siva ialah penyokong Pakatan Harapan dan post itu tular dan disebarkan oleh ramai penyokong Pakatan Harapan kemudiannya samada di Facebook ataupun lain-lain platform media sosial sehingga diperkatakan ramai pihak.






Antara post Siva yang marah-marah kepada PAS selepas menfitnah PAS..

Selepas post Siva itu menjadi tular dan menjadi perhatian ramai termasuklah wakil media, Siva kemudiannya bersegera memadamkan post itu lalu membuat permohonan maaf di Facebooknya.


Permohonan maaf Siva itu dilihat acuh tak acuh dan ramai netizens mempertikaikan ia di ruangan komen.

Reaksi netizens


Ini adalah bukan kali pertama penyokong Pakatan Harapan menyebarkan fitnah dan #FakeNews yang membuka ruang kepada kerajaan Barisan Nasional menguatkuasakan akta yang mencengkam medias, bloggers dan trollers, dan menjelangnya pilihanraya umum ke 14, semakin banyak fake news disebarkan oleh mereka. 

Diharapkan, penyokong parti politik berjaga-jaga semasa menyebarkan sesuatu isu. Semak sebelum sebar, jangan kerana nak memenangkan parti dan pemimpin/calon tertentu, kita meringkuk dalam penjara. - 24 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...