Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 April 2018

Info Mengenai Pengundian Pos dan Pengundian Awal #PRU14‬.

Oleh : Abd Malek Hussin

i) Pengundian Pos dan Pengundian Awal PRU14‬

‪Sistem pilihan raya Malaysia membenarkan pengundian pos dan pengundian awal.‬

‪Di bawah Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], SPR mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan penjalanan pilihan raya.‬


Melalui kuasa di bawah Seksyen 16(2)(n) Akta 19 itu, SPR boleh menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan bagi pengundian melalui pos dan orang yang berhak mengundi melalui pos‬

Siapa Berhak Menjadi Pemilih Pos?‬

‪Mereka yang boleh menjadi pemilih pos adalah yang terdiri daripada pemilih berdaftar yang layak memohon sebagai pemilih pos.‬

Ada tiga kategori pemilih pos bagi PRU14:‬

🔴Kategori 1A:‬


⚫️Anggota tentera yang tidak dapat hadir pada hari mengundi awal kerana diarah oleh pihak berkuasa ATM menjalankan tugas‬


⚫️Anggota polis yang tidak dapat hadir pada hari mengundi awal kerana diarah oleh pihak berkuasa PDRM menjalankan tugas‬


⚫️Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


⚫️Pegawai dan petugas pilihan raya yang dilantik SPR seperti Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus, Ketua Tempat Mengundi, Penyelia Pusat Mengundi, Kerani Pengundian dan lain-lain lagi‬


⚫️Pekerja media yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR‬

🔴Kategori 1B:‬


⚫️Warganegara Malaysia yang berada di luar negara ‬KECUALI mereka yang tinggal di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia ‬

🔴Kategori 1C:‬


‪Anggota yang diperakui sahih oleh jabatannya akan menjalankan tugas tertentu pada hari mengundi daripada 9 jabatan berikut:‬


⚫️Jabatan Penjara Malaysia‬
⚫️Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia‬
⚫️Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia‬
⚫️Jabatan Kesihatan‬
⚫️Sukarelawan Simpanan Polis‬
⚫️Jabatan Imigresen Malaysia‬
⚫️Angkatan Pertahanan Awam Malaysia‬
⚫️Agensi Pengurusan Bencana Negara‬
⚫️Jabatan Pendaftaran Negara‬

‪Setiap pemilih pos adalah diluluskan dengan permohonan dengan mengisi borang Permohonan Kertas Undi Pos tertentu yang dikeluarkan oleh SPR dan mengemukakan borang tersebut sebelum tarikh tutup yang telah ditentukan.‬

‪Kecuali bagi Kategori Undi Pos Luar Negara, kategori permohonan kertas undi pos dalam negara masih dibuka.‬

‪Tarikh Tutup Permohonan Undi Pos : ‬


10 April 2018 - Kategori Borang 1B (Luar Negara)‬
‪23 April 2018 - Kategori Borang 1C (Dalam Negara)‬
‪28 April 2018 - Kategori Borang 1A (Dalam Negara)‬


‪Pada 10 April 2018 SPR telah mengumumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 yang akan digunakan untuk PRU14 adalah sehingga Suku Keempat Tahun 2017.‬

‪Daftar Pemilih tersebut mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada:‬

⚫️Pemilih Biasa: 14,636,716‬
⚫️Pemilih Awal (Tentera & Pasangan / Polis): 300,255‬
⚫️Pengundi Tidak Hadir Luar Negara: 3,653‬


‪SPR belum lagi memuktamadkan bilangan sebenar pemilih pos PRU14 kerana permohonan kertas undi pos bagi Kategori 1A dan 1C belum ditutup.‬

✔️Adalah disarankan kepada semua anggota tentera dan anggota polis supaya KEKAL sebagai PEMILIH AWAL dan sedaya upaya TIDAK MENJADI PEMILIH POS.‬

✔️Adalah juga disarankan kepada anggota daripada sembilan jabatan yang diwartakan boleh memohon sebagai pemilih pos supaya KEKAL sebagai PEMILIH BIASA dan sedaya upaya TIDAK MENJADI PEMILIH POS.‬

✔️Kepada petugas-petugas parti sebagai Ejen-ejen Tempat Mengundi, sila ambil perhatian bahawa Hari Mengundi Awal PRU14 ialah pada Sabtu, 5 Mei 2018.‬

ii) Pengundian Awal dan Pengundian Pos PRU14‬

‪Ada perbezaan ketara antara proses Pengundian Awal dan Pengundian Pos, khasnya dari aspek pematuhan kepada penjalanan pilihan raya yang adil, bebas, telus dan berintegriti.‬

⚫️ Pengundian Awal‬

‪Dalam proses pengundian awal, pemilih itu akan mengundi di pusat pengundian awal dan pada waktu yang diwartakan. Hari Mengundi Awal ialah pada Sabtu, 5 Mei 2018, iaitu empat hari lebih awal dari Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14. ‬

‪Menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Seksyen 13, SPR wajib menyediakan kemudahan yang munasabah di tempat mengundi pengundian awal itu.‬

‪Tempat mengundi diuntukkan tempat menanda undi yang terlindung dari pandangan.‬

‪Pengundi akan hendaklah secara rahsia menandakan kertas undi.‬

‪Hanya pemilih yang berkenaan itu sahaja yang berhak diberikan kertas undi.‬

‪Ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal dan seterusnya ketua tempat mengundi hendaklah mengeluarkan kertas undi kepada pengundi itu.‬

‪Calon, ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundinya dibenarkan masuk ke tempat mengundi bagi memerhati proses semasa pengundian dijalankan sehingga selesai pengundian.‬

‪Proses pengundian awal dijalankan sama seperti proses pengundian biasa pada Hari Mengundi yang boleh diperhatikan oleh calon, ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi.‬

🔴 Pengundian Pos‬

‪Dalam proses pengundian pos, calon atau ejen pilihan raya atau wakil yang dilantiknya cuma boleh menghadiri proses sewaktu sampul kertas undi pos dikeluarkan dan dikembalikan kepada pengurus pilihan raya.‬

‪Tiada sesiapa boleh menjamin bahawa sampul kertas undi pos itu benar-benar diterima oleh pemilih pos yang berkenaan.‬

‪Tiada cara untuk memastikan bahawa pemilih pos yang berkenaan yang sebenarnya menanda kertas undinya.‬

‪Tiada cara untuk menyemak bagi memastikan tandatangan pada dokumen Borang 2 Kertas Undi Pos itu adalah tandatangan sebenar pemilih pos berkenaan.‬

‪Kesimpulannya, pengundian pos terdedah kepada penipuan dan manipulasi.‬

‪SPR mesti mewujudkan mekanisma bagi memastikan proses pengundian undi pos telus dan benar, dan membolehkan pemilih pos membuat aduan sesegera mungkin jika sampul kertas undi posnya tidak sampai kepadanya dan tidak ditandakan olehnya sendiri.‬

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...