Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 April 2018

Bukan PAS Yang Bolot Semua Kerusi Dalam GS Tapi IKATAN Yang Tolak Sebenarnya..

Oleh : Harakah Daily

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, PAS menawarkan beberapa kerusi kepada parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Katanya, mereka bersetuju menerima beberapa kerusi dan menolak beberapa kerusi atas alasan tidak bersedia.



Beliau juga menjelaskan tiada sebarang pertelingkahan yang berlaku di antara parti komponen dalam Gagasan Sejahtera.

“Ringkasnya saya tahu dalam Gagasan Sejahtera ini kami tidak ada sebarang masalah dari segi rebutan kerusi dan sebagainya. Kami bersatu hatilah dalam Gagasan Sejahtera.

“Saya terbaca jugak dalam Youtube bahawa Ikatan keluar dari Gagasan Sejahtera kerana berebut kerusi dan sebagainya. Semuanya tak betul, tak betul ya. Kadang-kadang benda tu jadi tersebar luas jadi saya terpaksa menafikan la,”
ujarnya dalam sidang media selepas program Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan dan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad serta Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...