Sabtu, 28 April 2018

Rara Dedah Cerita Penipuan Calon BN Yang Ada Masalah Kad Pengenalan..

Oleh : Young Syefura / Rara calon #PakatanHarapan DUN Ketari
 

Jadi apa jadi di Bentong?

Semasa proses penamaan calon, segala proses seakan-akan sengaja diperlahankan. Kemudian, kami mendapat maklumat bahawa ada kemungkinan bahawa calon Barisan Nasional untuk N.34 DUN Ketari, Lau Hoi Keong ada isu dengan maklumat kad pengenalan. 



Pihak kami terus melakukan bantahan namun pegawai SPR menolak dan memberi jawapan bahawa bantahan boleh dilakukan selepas pengumuman. 

Kami terus mendesak calon BN tersebut untuk menunjukkan kad pengenalan dia kepada kami namun tidak dihiraukan oleh beliau. 

Berlaku sedikit kekecohan dan penangguhan pengumuman calon kerana kami terus mendesak beliau menunjukkan kad pengenalan beliau. 

Kami terus mencuba utk membuat bantahan tetapi kemudiannya pegawai SPR memberitahu bahawa tiada isu kerana alamat dlm chip kad pengenalan sudah ditukar. 

Alamat dalam chip sudah tukar, tetapi masih ada kad pengenalan lama dan masih guna alamat lama di atas kad pengenalan? 

Siapa yang pernah tukar alamat di kad pengenalan mesti tahu perkara ini mengarut! Untuk pengetahuan semua, untuk bertanding di kerusi DUN, alamat kad pengenalan wajib menggunakan alamat di dalam negeri DUN tersebut.

Kalau nak guna alamat dalam chip dan sebagainya, baik buat penamaan calon online je. Tak perlu nak fotostat segala benda ni.


Kemudian tiba 2 pegawai dari JPN membawa salinan kad pengenalan calon tersebut.Ejen pilihanraya saya melihat dgn mata sendiri bahawa alamat kad pengenalan beliau adalah di Kuala Lumpur.Ejen saya cuba mendapatkan salinan kad pengenalan itu tapi dinafikan oleh pegawai JPN dan SPR.


Pegawai JPN tu siap lipat salinan kad pengenalan itu sekecil mungkin dan menyerahkannya kepada pegawai SPR. Kami terus meminta untuk melihat salinan kad pengenalan beliau namun tidak dilayan. Pegawai SPR memberi alasan ia adalah maklumat peribadi yang rahsia.


Kami terus bantah dan bantah namun pegawai SPR terus dengan pengumuman calon kerana katanya pengarah SPR telah membenarkannya. Jadi calon BN ni telah sah menjadi calon.

Gambar - Young Syefura Twitter
Ada yang mengatakan saya takut untuk berlawan dengan BN? Mengarut!

Belum mula perlawanan sudah ada penipuan.

Kali ini bukan sahaja SPR namun JPN juga telah dipergunakan oleh BN.


Jelas betapa perlunya kita lakukan reformasi kepada semua institusi negara ini.

Lainlah kalau JPN sekarang memang ada prosedur sedemikian dan ada khidmat tukar kad pengenalan terus ke rumah, dihantar oleh pegawai sendiri!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...