Khamis, 26 April 2018

Antara Tak Puas Hati Dengan Calon PH Dan Masa Depan Negara - Zulhazmi Shariff.

Oleh : Zulhazmi Shariff

ANTARA TAK PUAS HATI DENGAN MASA DEPAN
3 hari sebelum penamaan calon bagi menghadapi PRU14 sana sini terdengar berbagai bunyi. Ada rungutan, ada tidak puashati, ada suka, ada duka, ada geram dan macam-macam.




Ada yang tidak tersenarai sebagai calon, ada yang digugurkan sebagai calon, ada yang bakal calon mereka tidak dicalonkan, ada lobi, ada ugut.... arghhhhh serabut.

Semuanya melenyapkan tujuan dan matlamat asal kita semua menghadapi PRU14. Apa tujuan dan matlamat kita menghadapi PRU14? Tiada yang lain melainkan menguburkan pentadbiran BN. Semua kita mahu BN menjadi pembangkang bermula 10/05/2018. Semua kita mahu Najib walau pun menang di Pekan, akan menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Semuanya ini kita gerakkan bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan! Semuanya ini telah lama kita idamkan. Semua ini telah lama kita gerakkan. Najib dan BN wajib diundurkan. Tidak perlu lagi diulang semua kerosakan yang dilakukan Najib dan BN. Semuanya sudah lumat dihadam. Najib dan BN adalah faktor utama Malaysia merana. Najib dan BN wajib dinyahkan dari pentadbiran Malaysia demi Malaysia yang lebih baik. INILAH tujuan dan matlamat kita dalam PRU14 ini.

Rata-rata jika kita amati "mood" masyarakat awam khususnya pengundi mahukan perubahan daripada BN kepada PH. Sana sini bercakap berbincang tentang kemaraan PH.

Jangan hancurkan harapan ramai hanya kerana rasa tidak puashati kita dengan calon. Calon kita tidak tersenarai. Kita tidak dicalonkan. Kawan kita tidak menjadi calon. Jangan sia-siakan kerja kita selama ini menjatuhkan BN hanya kerana tidak puashati dalam diri kita sendiri.

Kita boleh tidak puashati dengan calon yang dicalonkan. Itu hak kita yang tiada siapa boleh nafikan, tetapi kita juga perlu memikirkan akibat dan natijah perasaan kita kepada orang lain termasuk kita.

Pejam sebelah mata, lupakan calon yang disenaraikan. UNDILAH PAKATAN HARAPAN berlogo KeADILan.

Jika kita tidak puashati dengan calon maka kita boikot, bukan calon itu saja rugi, kita juga rugi malah semua orang akan rugi hanya kerana tidak puashati kita.

Aku tidak suka sangat dengan calon PH bagi Parlimen tempat aku mengundi. Kalau ikutkan hati dan rasa, aku tak akan balik mengundi sebab tak suka calon. Jika aku tak balik mengundi, yang akan mendapat untung ialah calon lawan iaitu BN. Jika BN menang di Parlimen aku, ia akan menyumbang 1 kerusi bagi BN. Bayangkan dengan 1 kerusi itu PH gagal menjatuhkan BN. Siapa yang rugi? Aku? Calon? Yang rugi bukannya calon sbb dia kalah tapi yang rugi itu aku, seluruh keluarga aku dan seluruh masyarakat Malaysia kerana dengan kemenangan BN di Parlimen aku, BN masih mentadbir.

Arghhhh... kalau aku undi PH jugak nanti calon yang aku tak suka tu menang, lagi besar kepala dia. Lagi egolah dia. Lagi bongkak lah dia. Itu dia punya pasal. Aku bukan hidup mengharapkan dia seorang. Bukan dia seorang yang mencorakkan pentadbiran PH apabila PH menjadi kerajaan pada 10/05/2018.

Jika dia terus bongkak dan tidak pedulikan nasib pengundi selama menjadi Ahli Parlimen, kita berhak memastikan dia bukan lagi calonnya pada PRU15. Jika dia masih calon, waktu itu kita boleh tidak undi dia kerana kita sudah selesa dengan Kerajaan Malaysia baru. Bukan dia saja! Jika PH yang mentadbir Malaysia bermula 10/05/2018 tidak menunaikan segala janjinya pada kita, kita undurkan mereka dalam PRU15 nanti. Itu hak kita.

Kawan-kawan.....

InsyaAllah dengan mengundi PH berlogokan KeADILan di Parlimen kita pada 09/05/2018 nanti, pada 10/05/2018 undi kita menyumbang kejatuhan BN. Menyumbang kejatuhan BN bermakna kita melakar sejarah bahawa kita juga bertanggungjawab membina semula Malaysia untuk memenuhi harapan kita bersama.

Layanlah rasa tidak puashati kita sehari dua ini tetapi pastikan pada 09/05/2018 nanti, tiada logo lain yang akan diundi melainkan logo KeADILan.

Ini rayuan aku pada kawan-kawan.
Inilah sumbangan kita.
Inilah tanggungjawab kita untuk masa depan kita dan keluarga kita.

UNDILAH PAKATAN HARAPAN BERLOGO KEADILAN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...