Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 April 2018

Mahathir Trojan Horse Dalam Pakatan Harapan - Herman Samsudeen.

Oleh : Herman Samsudeen

BUKTI MAHATHIR "TROJAN HORSE" DALAM PAKATAN
Bergoncang geng Ponorogo dan Kartel bila saya tulis artikel "FAHAMI PERCATURAN POLITIK RAFIZI DAN MAHATHIR DISEBALIK SABOTAJ KE ATAS TIAN CHUA"




Saya tak nak ulas panjang tentang keputusan PKR akhirnya letak Tian Chua kekal di Batu kerana artikel itu jelas bukan cerita pasal batang tubuh beliau sahaja. Yang pasti pergerakan Ponorogo dan Kartel dalam artikel itu sudah terbongkar dan Denial Syndrome penyokong PKR gagal halang penyingkiran Gan Pei Nei dan Yaakob Sapari oleh Ponorogo.

Kali ini saya nak sambung cerita seterusnya tentang bukti Mahathir ini sememangnya "Trojan Horse".

Perkara ini disahkan oleh artikel Malaysiakini bertajuk "Dr M: Ramai bakal didakwa kalau BN kalah" bertarikh 12 April 2015. Dalam artikel tersebut Mahathir memberikan gambaran jelas bahawa BN ini bagai telur dihujung tanduk dan akan tumbang selepas isu 1MDB terbongkar.

Lihat artikel disini:
https://m.malaysiakini.com/news/295039

Tanpa isu 1MDB pada PRU13 Pakatan sudah berjaya memintas undi popular BN dengan menguasai 51.8% undian dari 10.8 juta pengundi. Mahathir memberikan amaran pada pemimpin Umno agar segera menurunkan Najib jika tidak mahu diheret sama ke Mahkamah jika BN kalah. Mahathir berkata:

"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itulah ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya. Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, kita kalah, parti lawan tak ada simpati.

Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah. Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar,"

Kata-kata ini dicatat oleh seorang blogger yang rapat dengan Mahathir iaitu Din Turtle atau Shaifudin Mahmud dilaman blognya pada 10 April 2018 selepas menghadiri sesi khas bersama Mahathir.

Dari situ kita jelas lihat ketakutan Mahathir jika BN benar-benar jatuh. Silap haribulan sel penjara dia bersebelahan dengan Najib.

Oleh itu beliau mengatur langkah berdasarkan pengalaman Ponorogo memasuki PKR yang sangat mudah. Begitu juga beliau melihat bagaimana sambutan PAS dan DAP terhadap Anwar pada tahun 1998 ketika beliau memecatnya.

Inilah kelemahan pembangkang yang sangat baik dan terlalu appologetic menerima musuh politik menyertai mereka. Kita lihat layanan yang diberikan pada Anwar, Tengku Razaliegh, Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim dan lain-lain ketika bersama pembangkang. Semua dosa mereka disucikan dan pembangkang fokus musuh baru.

Lagipun Ponorogo gagal memecahkan sepenuhnya Pakatan dalam fasa Langkah Kajang dan MB Selangor. Lebih merisaukan Mahathir adalah hubungan Kartel Azmin dengan PAS yang masih bertarik tali. Keadaan itu sama macam situasi sebelum PRU 2008 dimana DAP memutuskan hubungan dengan PAS tetapi PKR menjadi jambatannya. Akhirnya BA yang ditinggalkan DAP diganti dengan Pakatan Rakyat pada 2008. PAS, PKR dan DAP kembali bergabung menjadi lebih kuat pada 2013.

Jadi pilihan terbaik Mahathir adalah dengan dia sendiri masuk ke kubu pembangkang untuk memotong terus tali yang dimainkan oleh Kartel Azmin dan PAS serta meletakkan parti yang lain dibawah telunjuknya.

Selepas keluar dari Umno beliau tubuh Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan menjadi Pengerusi iaitu jawatan yang setaraf dengan Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Berikut timeline kemasukan Mahathir sebagai "Trojan Horse" ke dalam PH:

29.02.2016 - Mahathir keluar Umno
08.09.2016 - Parti Bersatu Ditubuhkan
14.03.2017 - Bersatu sertai PH
14.07.2017 - Mahathir dilantik Sebagai Pengerusi PH
07.01.2018 - Mahathir jadi Calon PM PH

*Hanya dalam 2 tahun sahaja.

Yang pasti selepas Mahathir memasuki Pakatan semua dosanya disucikan dengan kata-kata keramat Anwar iaitu "Luka kecil". Ponorogo memainkan peranan penting dalam proses penyucian ini dengan ingatkan ahli PKR supaya tidak lagi mengungkit dosa-dosa Mahathir kerana Anwar telah beri cop mohor "dosa kecil" pada matanya yang lebam.

DAP pada mulanya sukar menerima Mahathir. Tetapi akhirnya mereka terima juga atas konsensus dan melihat peluang untuk tumbangkan Najib lebih mudah bersama Mahathir. Tinggal Kartel Azmin sahaja yang berusaha melawan dari belakang dengan membantah perlantikkan Mahathir sebagai calon PM ganti Anwar.

Melihat keadaan ini, dengan pantas Mahathir menyerang PAS dengan mengatakan PAS jadi tongkat Umno kerana tidak mahu sertai PH.

Dalam masa yang sama Ponorogo mainkan isu Kartel Azmin mesra PAS dan jadi musuh dalam selimut. Ini memberikan tekanan pada Kartel kerana mereka kini bersendiri dan tiada pilihan melainkan akur Mahathir sebagai PM dan putuskan hubungan dengan PAS bagi membuktikan kesetiaan pada PH.

Ponorogo yang mengunakan dana INVOKE menaja ramai pemimpin utama PAN seperti Mat Sabu, Salahuddin, Khalid, Hanipa, Mahfuz dan ramai lagi juga berjaya memastikan yang Bersatu memiliki kerusi yang banyak dalam pembahagian kerusi PRU berbanding PAN. Ya! PAN Dikorbankan walau mereka asalnya bermimpi mengambil semua kerusi PAS. Sampai ada ahli PAN yang menangis, namun Mat Sabu tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua sudah diatur. Beliau jelas jadi khadam Mahathir sahaja.

Walaupun Bersatu parti paling junior Ponorogo berjaya membantu Mahathir untuk memastikan partinya memilik kerusi yang hampir sama banyak dengan PKR.

Berbalik pada tujuan Mahathir sertai PH. Ternyata teori "penyucian dosa" bukanlah sekadar cerita dongeng. Satu pun dosa Mahathir tidak diungkit. Malah mereka sibuk puja dan puji. Mereka cerita segala kejayaan Mahathir ketika jadi PM. Padahal dulu mereka kata projek-projek Mahathir itu untuk kayakan kroni dan anak beranaknya, membazir dan membebankan rakyat dengan hutang Negara berbillion.

Kini penyelewengan Mahathir disorok. Dulu bukan main mereka kata Mahathir ini Mahafiraun, Perompak Negara, Mahazalim dan mahu mengheretnya ke mahkamah.

Ya! HERET MAHATHIR KE MAHKAMAH. Suatu ikrar yang sangat ditakuti Mahathir yang diakui beliau dalam catatan Din Turtle pada 2015.

Akhirnya, kini tiada lagi suara kutukan dari Mat Sabu, Lim Kit Siang, Wan Azizah, Like Guan Eng dan lain-lain. Malah semua kini duduk dibawah cengkaman beliau. Setiap kali sidang media hanya Mahathir sahaja bercakap. Yang lain jadi "backdrop" sahaja.

Mahathir cukup lega keadaan sekarang kerana beliau berjaya memperdayakan DAP, PKR dan PAN yang tamak untuk berkuasa. Mahathir sedar yang mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk bekerja dengan beliau untuk ke putrajaya.

Yang terkini semalam Mahkamah lulus permohonan Bersatu tangguh arahan pengantungan parti itu oleh ROS. Secara dasarnya dengan penangguhan ini Bersatu boleh guna bendera mereka sendiri untuk PRU14. Tapi Muhyiddin pantas umumkan yang mereka akan guna bendera PKR sahaja. So mereka memang tidak serius untuk bertanding atas tiket Bersatu, tapi sasaran mereka mahu guna bendera PKR. Sekiranya berlaku masalah seperti lompat parti, khianat semua orang akan salahkan PKR.

Tunggulah kehancuran seterusnya yang Mahathir akan lakukan. Orang tamak akan selalu rugi. Mereka fikir Mahathir benar-benar ikhlas nak bawa mereka ke Putrajaya. Matlamat Mahathir jelas. Musnahkan Pakatan Pembangkang dan tumbangkan Najib.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...