Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 April 2018

Mohon Permit 10 Hari Lebih Awal, Hanya Calon Je Dibenarkan Ceramah - Ini Jawapan Untuk SPR

Oleh : Zulhazmi Shariff

Ceramah Semasa Kempen

Ada terbaca di facebook sahabat aku bakal calon Pakatan Harapan Parlimen Kangar Amin Ahmad. Katanya :

"PRU14 | Tadi dimaklum oleh Pengerusi MPN Perlis katanya SPR syaratkan hanya calon dan wakil calon saja untuk ceramah. Jika ada penceramah lain permit kena mohon 10 hari awal."

Untuk makluman semua, keperluan permit bagi mengadakan ceramah semasa kempen pilihanraya diperuntukkan di Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 [Akta 5].



Seksyen 24B (3) memperuntukkan seperti berikut :

(3) Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen—

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka; atau

(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka,

di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

Syaratnya jelas. Mana-mana calon di dalam suatu kawasan pilihanraya atau ejennya boleh mengadakan apa-apa ceramah, perjumpaan awam, memberikan ucarapan atau syarahan termasuk hiburan terbuka asalkan mendapat permit dari Ketua Polis Daerah tersebut.

Tidak ada sebarang keperluan untuk mohon permit 10 hari lebih awal. Tindakan mengenakan syarat 10 hari lebih awal TIDAK MUNASABAH dan TIDAK MENGIKUT PERATURAN.

Tempoh kempen hanya bermula selepas nama-nama calon diumumkan secara sah oleh Pengurus Pilihanraya di kawasan terbabit. Dalam konteks PRU14 ini, hanya bermula pada 28/04/2018 sehingga jam 12:00 mlm 08/05/2018.

Bagaimana calon-calon yang hendak bertanding hendak memohon 10 hari lebih awal sedangkan mereka belum sah sebagai calon?

Contoh, Sdr Amin Ahmad akan bertanding di Parlimen Kangar. 28/04/2018 barulah Sdr Amin disahkan sebagai calon yang bertanding oleh SPR selepas borang pencalonan diterima dan nama diumumkan sebagai calon. Jika Sdr Amin mohon permit hari ini, Sdr Amin belum menjadi calon, jadi permohonan Sdr Amin tidak sah.

Permohonan permit mengadakan ceramah, perjumpaan, syarahan hanya bermula dengan sah apabila seseorang sah sebagai calon.

Jika bermula 28/04/2018 baru boleh minta permit, dikira 28/04/2018 sebagai hari pertama untuk 10 hari tempoh untuk mohon, maka ceramah kempen hanya baru boleh mula pada 07/05/2018. Gila jenis apa ni?

Jika SPR menggunakan 10 hari notis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, lagi tidak masuk akal kerana Seksyen 1 (3)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan Akta Perhimpunan Aman 2012 TIDAK TERPAKAI semasa kempen pilihanraya.

Jika SPR hendak membuat peraturan baru, ianya jugak TIDAK SAH kerana segala peraturan pilihanraya hanya boleh dikuatkuasa oleh SPR setelah dibentangkan di Dewan Rakyat. Ini jelas diperuntukkan di dalam Seksyen 17 Akta Pilihanraya 1958 [Akta 19].

Seksyen 17 Akta 19 memperuntukkan seperti berikut :

Semua peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas peraturan-peraturan itu dibuat, dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, dan jika dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikut selepas mana-mana peraturan dibentangkan di dalamnya suatu ketetapan diluluskan membatalkan peraturan itu atau mana-mana bahagiannya, keseluruhan peraturan itu terbatal mulai dari masa itu, tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan dahulunya di bawah peraturan itu atau tanpa menyentuh pembuatan mana-mana peraturan baru.

SPR jangan dok buat serabut sesuka hati. Bukan semua orang tak ketahwan macam pemimpin BN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...