Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 April 2018

Fitnah Kapal Selam #Scorpene Tersadai Di Melaka, Ini Jawapan Tentera Laut Untuk Penyokong PH.

Angkatan Tentera Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menafikan dakwaan kononnya kapal selam Scorpene tersadai di Muzium Melaka.

Dakwaan yang tersebar pada semalam itu dikesan ditulis oleh seorang penyokong Pakatan Harapan yang menggunakan nama Elangovan Annamalai di Facebooknya.

"Duit rakyat tersadai di Melaka," tulisnya dalam satu kenyataan sambil berkongsikan empat gambar yang didakwanya sebagai Scorpene.

Gambar - FOBN
Posting itu kemudiannya tular dan disebarkan oleh ramai pihak sehingga memaksa Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia tampil bagi menjelaskan perkara sebenar.

"#TLDM Selar Fitnah Kapal Selam Negara 🇲🇾

Kapal selam yang dipamerkan di Muzium Melaka ialah kapal selam dari kelas Agosta 90 yang terpakai bernama OUESSANT. Kapal selam ini telah digunakan oleh warga kapal selam TLDM hanya sewaktu latihan di Perancis. Kapal selam OUESSANT ini diberikan secara percuma oleh Kerajaan Perancis untuk dijadikan muzium.

Kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) pula merupakan kapal selam dari kelas yang berbeza iaitu jenis SCORPENE. KD TAR dan KD TUN RAZAK kedua-duanya sedang beroperasi dalam Armada TLDM. Kedua2 kapal selam ini tiada kena mengena langsung dengan kapal selam yang dipamerkan di Melaka. Kapal selam di Melaka itu hanyalah sejarah dalam penubuhan Angkatan Kapal Selam TLDM.

Kami #NavyPeople amat sedih terhadap fitnah yang mengelirukan rakyat,"
kata TLDM dalam satu kenyataan di Facebook mereka petang ini.


Menurut Tentera Laut, kapal selam yang dipamerkan di Muzium Melaka adalah kapal selam dari jenis Agosta 90 yang diberi nama OUESSANT. OUESSANT adalah kapal selam yang dihadiahkan kepada kerajaan Malaysia oleh kerajaan Perancis untuk dijadikan Muzium.

Manakala KD Tar dan KD Tun Razak kedua-duanya masih dalam operasi di armada TLDM. 

TLDM juga kesal dengan penyebaran #fakenews oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, individu yang menyebarkan #fakenews telah menarik semula postingnya itu dan meminta maaf menerusi akaun Facebooknya.

"Yang pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak iaitu TLDM, rakan-rakan, pengikut saya dan facebookers atas satu posting yang saya tuliskan pada malam tadi.

Ia bukanlah niat saya mahu menyebarkan fitnah yang mana saya seringkali bertindak memeriksa dan menyemak kesahihan satu-satu berita selama ini.

Saya tulis mengenai kapal selam dengan kapsyen "membazir wang rakyat," nampaknya ia merupakan #fakenews..

Saya ingin memanjangkan rasa maaf saya kepada semua pihak yang terjejas dalam post tersebut.

Saya janji, perkara seperti itu (menyebarkan #fakenews) tidak akan berlaku lagi.

Saya tidak dipaksa oleh sesiapa ketika melakukan permohonan maaf ini," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. - 25 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...