"BACUL Mat Hassan & RO manipulasi dengan menggunakan @PDRMsia halang calon PH kemukakan borang pencalonan. Mat Hassan diumum menang tanpa bertanding kerana calon PH dihalang. Kita akan tetap lawan sampai BN tumbang. @Khairykj juga bertanggungjawab," kata Rafizi di Twitternya pagi tadi.
Menurut Rafizi, Pakatan Harapan tidak akan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja sebaliknya akan membawa kes berkenaan ke mahkamah.
"Saya bincang dengan calon PH Dr. S. Streram, beliau akan cabar keputusan RO di mahkamah. Di kerusi-kerusi lain, calon dibenarkan masuk tanpa ada keperluan PAS bila dah ada borang, deposit dan lain-lain. Pas SPR ini untuk mengurus org ramai, bukan peraturan pilihanraya," jelas Rafizi dalam satu kenyataan.
Rafizi turut memberikan beberapa contoh kes yang mana calon dibenarkan masuk untuk menyerahkan borang malahan tiada dalam peraturan SPR bahawanya satu-satu calon perlu membawa pas SPR andai mahu memasuki pusat penamaan calon.
"Calon-calon PH yang dibenar masuk tanpa ada pas kerana tidak sempat ambik pas SPR :
👉 calon PH di Bukit Naning, Muar
👉 calon PH di Tampin
Bukan SPR yang buat peraturan kena ada pas baru boleh masuk. Ada borang boleh masuk. RO & polis di Rantau yang bersekongkol halang calon PH masuk," katanya.
Peraturan SPR yang disebarkan netizens
Najib bidas Rafizi
Najib kemudiannya mempertikaikan dakwaan Rafizi dan menyifatkan ia sebagai Tsunami Fitnah.
"Memang kerja menghasut, calon sendiri yang tak bersedia salahkan PDRM pula. Sudahlah Rafizi. #TsunamiPHitnah," kata Najib dalam satu kenyataan di Twitternya siang tadi.
Khairy Jamaluddin turut membidas pemimpin kanan PKR itu apabila namanya dipetik dan dipersalahkan Rafizi.
"Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihanraya (pas SPR). I don’t think MB or I have to answer for your own candidate’s mistake," katanya pada awal.
Namun apabila Rafizi berterusan menyalahkan pihak lain di atas kegagalan calon PH membawa pas SPR dan berkempen menyeru orang india untuk memangkah PH bagi mengajar BN, Khairy kemudiannya mempersoalkan tindakan Rafizi itu.
Menurut KJ, Rafizi suka menyebarkan fitnah dan Rafizi seharusnya menjaga mulutnya itu.
"Dah lah kalah sebab kesilapan Calon PKR sendiri. Sekarang nak main isu perkauman pula. Nak datang Rembau, datang lah. Cuma mulut yang suka fitnah tu jaga sikit," katanya yang membidas kenyataan Rafizi di Twitter petang tadi. - 28 April 2018.