Menurut Datuk Seri Johari Abdul Ghani, keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mengambil kira tekanan yang akan dihadapi rakyat, terutama bebanan golongan bawahan.
“Oleh kerana kerajaan masih tidak ada lagi formula untuk menyelesaikan perkara ini (pengukuhan harga minyak dunia) maka Perdana Menteri meminta kita tangguhkan sementara peningkatan harga minyak ini. Jadi saya mahu beritahu kepada orang ramai keputusan ini diambil Perdana Menteri untuk manfaat rakyat,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan oleh Berita Harian.
Beliau turut mengulas tentang tindakan segelintir pihak memviralkan tanda harga minyak yang dikekalkan di pasaran tempatan dengan mengaitkannya kepada kawalan kerajaan ke atas bahan api itu.
“Jadi tak perlu merungut, takkan benda baik yang orang bagi kita merungut, cukup jangan politikkan benda seperti ini untuk kebaikan rakyat,” katanya sambil menegaskan keputusan itu diambil untuk kebaikan rakyat justeru ia tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak berkepentingan.
Pautan laporan asal : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/417390/kerajaan-tangguh-sementara-kenaikan-harga-minyak
Apa yang netizens nampak?
Gambar Oleh Anwar Ibrahim FB Page |
Tetapi betul ke?
Sebenarnya, harga minyak di Malaysia memang ikut harga pasaran - ini disahkan oleh Rafizi yang selalu rajin menggira tentang harga minyak semasa ia naik/turun dalam masa sebulan. Sekarang harga minyak naik/turun (dikira secara purata) seminggu sekali.
Rafizi kira harga minyak ikut MOPS : https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/1374757132558790:0
Tapi apa yang berlaku?
Musim pilihanraya. Harga minyak ditentukan secara MOPS + campurtangan politik. Najib pernah berkata minyak sepatutnya naik 20 sen tapi disebabkan keputusan beliau minyak pada November 2016 naik 15 sen jer (jer.. okay, jer.. 😅😅😅).
Rujukan pautan : https://www.malaysiakini.com/news/361249
Ini bermaksud dalam sesetengah keadaan dengan campurtangan politik, harga minyak boleh direndahkan, ditinggikan ataupun dikekalkan bergantung pada keputusan pemerintah ketika itu.
Contoh i : jika harga minyak pasaran dunia naik, kerajaan kekalkan harga (mungkin ada kos tambahan yang perlu dikeluarkan).
Contoh ii : jika harga minyak pasaran dunia rendah, kerajaan kekalkan harga (masa neh lebihan mungkin dikembalikan kepada kerajaan yang dah keluarkan kos sebelumnya untuk pastikan harga kekal).
Situasi macam ini boleh berlaku.
Contoh iii : jika harga minyak naik atau turun kerajaan langsung taknak ambil port dan biarkan MOPS yang tentukan harga tanpa mengambilkira sentimen, runggutan, keluhan dan pandangan sesiapa pun.
Situasi seperti ini juga boleh berlaku.
Kesimpulannya?
Harga minyak memang ikut MOPS tetapi kerajaan ada kuasa untuk campurtangan bagi tentukan harga jualan di pasaran Malaysia.
Sesiapa pun yang memerintah akan ada kuasa yang sama.
Baik PAS, PSM, Pakatan Harapan mahupun BN jika mengekalkan SOP dan POLISI yang sama dalam menentukan harga minyak.
Tindakan Najib yang menggunakan kuasa politik dalam menentukan harga minyak adalah kerana MUSIM PILIHANRAYA. Ini semua orang boleh baca dan nampak.
Bukan kerana Najib dan Barisan Nasional prihatin kepada beban dan tanggungan rakyat.
Ini adalah sejenis gula-gula ataupun kata-kata manis yang memujuk sang kekasih untuk terus kekal bersamanya.
Ahli politik kini adalah bagaikan kucing yang sedang mengiau-ngiau manja minta perhatikan pada kita yang sedang memandangnya, dan selepas mereka menang mereka akan menjadi harimau sampai kita pun mereka akan makan tanpa ragu-ragu sesaat pun.
Selepas kantoi
Selepas dipersoalkan ramai pihak dan menyedari laporan itu mengundang pelbagai tafsiran dan imej yang tidak baik ke atas Najib dan Barisan Nasional, maka laporan di Berita Harian itu tidak lagi boleh diakses.
Semakan di Twitter Berita Harian yang turut berkongsikan pautan yang sama telah dipadamkan sama sekali.
Lihat bukti disini : https://twitter.com/bharianmy/status/989462489782861825
Di Facebook pun begitu juga. Manakala di portal paparan halaman yang dimaksudkan hanyalah kosong. Tiada apa-apa laporan dan kenyataan. Ianya putih. Tiada error 404 pun.
Namun sebelum dipadamkan sepenuhnya oleh Berita Harian beberapa pihak ada tangkaplayar dan Paultan sempat berkongsikan berita yang sama di portal mereka.
Laporan Paultan : https://paultan.org/2018/04/27/kerajaan-tangguh-sementara-kenaikan-harga-minyak/
Solusi
Oleh kerana Datuk Seri Johari Abdul Ghani sendiri berkata kerajaan belum ada solusi terbaik bagi mengatasi harga minyak dunia (yang tidak menentu) yang tidak begitu kukuh makanya penulis mencadangkan untuk kembali menilai semula cadangan Rafizi dengan memperkenalkan harga siling dan lantai petrol.
Kerajaan perlu tetapkan harga lantai dan siling untuk diesel dan ron 95 sekurang-kurangnya dan membiarkan ron 97 ikut harga pasaran dunia.
Ini kerana majoriti pengguna di Malaysia membeli minyak jenis ron 95 manakala diesel banyak digunakan dalam industri.
Mekanisme untuk menjaga hak penjual dan pembeli petrol di Malaysia sudah ada, tinggal lagi langkah untuk melaksanakan sahaja. Jika kerajaan boleh terima cadangan Rafizi tentang harga minyak mingguan kenapa nak berbolak balik dengan cadangan Rafizi tentang idea harga siling dan lantai. Betul tak? - 27 April 2018.