Rabu, 25 April 2018

Rangkuman #FakeNews Yang Penyokong Parti Perlu Henti Sebar..

Selepas Najib membubarkan Parlimen pada 7 April 2018, semakin banyak #fakenews disebarkan oleh pihak tertentu. Tujuan menyebarkan #fakenews adalah untuk mencipta propaganda murahan bagi mendatangkan sesuatu persepsi.

Perkara ini jelasnya tidak sihat dalam membudayakan politik yang matang dan bebas fitnah.

Apa yang lebih malang lagi, sebilangan netizens yang berusaha untuk mendapatkan maklumat benar mungkin terjebak dan terpedaya andai mereka tercuai sedikit atau tersilap faham pada ketika itu. Dan akhirnya tak pasal-pasal berakhir di pintu penjara.

Diharapkan netizens 'take note' individu yang berkenderungan menyebarkan #fakenews bagi mengelak daripada menjadi mangsa seterusnya.

Dan berikut adalah rangkuman #fakenews yang harus dihentikan penyebaran dengan segera;

Pesawat bawa masuk Bangladesh, pengundi Bangladesh, ramai Bangladesh di Airport nak mengundi..




Beberapa pihak dikesan menyebarkan dakwaan kemasukan Bangladesh setiap hari beramai-ramai menggunakan pesawat besar bagi memenangkan kerajaan Barisan Nasional..


Beberapa cerita mengenai warga Bangladesh juga turut disebarkan susulan dari penyebaran pautan di atas. Ada yang mengambil rakaman kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia sebagai bakal pengundi dan disebarkan secara meluas di laman sosial..

Untuk pengetahuan semua, setiap parti politik akan bekerjasama dengan sukarelawan seperti PACA bagi melakukan pemantauan dan memerhatikan proses perjalanan pilihanraya agar dijalankan secara telus..

Meskipun proses perjalanan pilihanraya di Malaysia sangat boleh dipertikaikan dan mempunyai pelbagai kepincangan di sana sini, namun tidak mudah untuk menyeludup kemasukan Bangladesh beramai-ramai ke tempat mengundi dan melakukan undi.. tolong realistik sikit sebelum melakukan tuduhan..

Wajah-wajah Bangladesh yang menjadi bahan cerita penyokong parti tertentu tersebar meluas dan dicop sebagai pengundi BN tanpa diberikan hak untuk membela diri.. 

Wang tunai..



Satu lagi cerita, wang tunai ditemui dalam kemalangan maut yang membabitkan pemimpin UMNO Sabah. Gambar-gambar kejadian yang benar digabungkan dengan gambar-gambar lama lalu dijadikan sebuah kisah politik..

Lalu ramai terpedaya dan tersebar.. 

Bantuan wang tunai kepada pemandu teksi


Sungguh pun kita tidak menyenangi amalan Najib yang mengumumkan bantuan ekpress berupa wang tunai kepada pemandu/bakal pengundi tetapi tidaklah boleh sampai kita menyebarkan cerita yang sama sekali tidak benar.

Dalam rakaman video yang tersebar, jelas kedengaran ada arahan ataupun kata-kata dari seseorang yang menyuruh pemandu teksi untuk beratur dengan segera bagi mendapatkan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang mendorong mereka yang berada dalam dewan untuk keluar beramai-ramai lalu berebut-rebut..

Masalah sikap individu tidaklah patut dikaitkan secara politik bagi tujuan menyalahkan pihak tertentu..

Apa yang berlaku pada hari kejadian ialah sekumpulan pihak yang tidak mematuhi arahan (dengan beratur dan ikut giliran) lalu melanggar penghadang sehingga terjadinya kejadian merusuh dan saling pijak memijak.. mungkin sesetengah pemandu teksi beranggapan bantuan wang tunai itu mempunyai limitasi kuota..

Jari palsu
Kisah jari palsu ini telah disebarkan 3 atau 4 kali sebelum ini dan masih tersebar lagi. Setiap kali disebarkan pasti ada yang percaya dan berkongsikan cerita tentangnya di akaun sosial media masing-masing.

Isu ini disentuh oleh Najib Razak pada semalam.

"Ini bukan kali pertama saya post perkara ini, tapi di musim pilihan raya ini semakin teruk fitnah-fitnah dilontarkan pembangkang, bagaikan #TsunamiPHitnah. 

Jadi saya ingin ingatkan sekali lagi, usahlah kita jadi tali barut dan kuda tunggangan golongan tak bertanggungjawab ini. 

Jangan jadi ejen kerosakan dengan menyebarkan fitnah. #TsunamiPHitnah ini boleh memporak perandakan hubungan persahabatan, kekeluargaan malah lebih teruk lagi mampu bawa kehancuran dan kebinasaan kepada negara," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Najib juga sempat menyindir pembangkang dengan perkataan Tsunami Fitnah, berlawanan dengan Tsunami Melayu seperti yang sering dilaung-laungkan oleh Pakatan Harapan..

Jangan buka ruang, jangan beri peluang

Sesiapa sahaja berkecenderungan menyebarkan #fakenews andai tersilap mempercayai 'sumber berita' masing-masing.

Contohnya peguam dan aktivis Siti Kassim yang tersebar #fakenews baru-baru ini.



Beliau menyebarkan dari satu pautan yang disangkanya sebagai sahih tetapi rupa-rupanya #fakenews. Pelbagai cara dan propaganda digunakan bagi memastikan netizens mempercayai seterusnya menyebarkan #fakenews dan situasi ini sepertinya mahu mendorong membentuk persepsi negatif ke atas pihak tertentu dan sudah semestinya situasi ini tidak bagus.

Menyebarkan #fakenews seumpama memberikan modal percuma kepada pihak lawan untuk mempertikaikan kredibliti dan perjuangan kita. 

Mari hanya menyebarkan berita yang telah disahihkan pada masa-masa akan datang. - 25 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...