Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Januari 2019

Satu Mesin ATM, Jawapan Untuk Manogaran.

SOSMED | Semalam calon Pakatan Harapan di Cameron Highlands, Manogaran mempertikaikan Barisan Nasional kerana selama memerintah, hanya meletakkan satu mesin ATM di kawasan Jelai dan Koyan.


"Selepas 61 tahun, hanya ada 1 mesin ATM di kawasan Jelai dan Koyan. Susah untuk penduduk mengeluarkan duit dan menguruskan kewangan mereka. Jelas BN telah gagal menyediakan kemudahan asas yang sangat penting kepada pengundi di sini," katanya. 

Menurut Manogaran lagi, tindakan mempersoalkan mesin ATM itu adalah kerana atas permintaan penduduk sendiri.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Azri kemudiannya tampil menjawab kempen Manogaran itu.

KHAIRUL AZRI | "ATM.

1. ATM mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1967 dan diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1983.

Jadinya 61 tahun celah mana kalau sampai Malaysia pun pada 1983?

2. Katakanlah nak kira 61 tahun juga,

Daripada 61 tahun BN memerintah, lebih 1/3 daripadanya iaitu 22 tahun telah diketuai oleh orang no 1 PH, iaitu Tun M.

Nota kaki: Tun M berada di dalam UMNO sejak tahun 1946 sehinggalah 2016.

3. Secara amnya, tanggungjawab penyediaan mesin ATM adalah tanggungjawab bank berdasarkan kajian penggunaan mereka, bukan tanggungjawab kerajaan.

Untuk letak satu ATM, bank kena tengok akan jangkaan penggunaannya samada nak letak atau tidak ATM di kawasan itu, sebuah atau dua buah? menguntungkan atau tidak nak letak situ?

Selain itu, aspek keselamatan juga menjadi penyebab untuk penempatan mesin ATM oleh pihak bank. Penempatan bukanlah dilakukan secara semberono, untuk mengelakkan insurans tidak cover.

Akhir sekali, adalah bagaimana penggunaan ATM di kawasan berhampiran, di bandar atau kawasan terdekat sudah ada ATM ke belum? Penggunaannya macamana? banyak atau sikit?

Kesemua ini akan menentukan bank untuk membuat keputusan.

4. Kebanyakan penduduk yang duduk di Jelai dan Sungai Koyan adalah terdiri daripada peneroka FELDA, kalau ada Mesin ATM berpuluh-puluh buah pun, tapi orang FELDA tengah sakit harga buah sawit jatuh sampai bawah RM400/tan, BMT kena potong, elaun kena potong, nak cucuk bawak keluar apa kat ATM tu wahai encik Manogaran yang bijak bestari?

Nak keluar resit tengok baki yang tak bertambah-tambah ke mende?

Kalau Inilah level pemimpin PH yang dipertandingkan di CH, jenis pemimpin yang tidak ada economic sense, susun prioriti pun kelaut..

Abstrak lah senang cerita bak kata cikgu Zainulfaqar Yaacob, rasanya adalah sangai tak berbaloi untuk diangkat menjadi pemimpin mereka yang duduk di CH.

Sekian,"
katanya bagi membidas kempen Manogaran itu. - 24 Januari 2019.

NAFAS Bukan GLC, Lantikan Politik Wajar Supaya Selari Dengan Dasar Kerajaan.

Shahbudin Husin | NAFAS UMUM PELANTIKAN PENGURUS BESAR, PENGERUSI & AHLI JEMAAH PENGARAH YANG BAHARU

Alhamdulillah, selepas tamat tempoh penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan - NAFAS, pagi tadi saya telah mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pengurusan yang baharu.

Saya berharap pengurusan NAFAS telah distruktur semula ini dapat memastikan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

Kerajaan bersikap proaktif dan positif terhadap NAFAS bagi memastikan ia kembali kepada fungsi asal - memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya.

Adalah diharap dengan pemilihan saf kepemimpinan baharu ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin berintegriti bagi menjamin keperluan golongan sasar.

YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi telah diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Kedah.

Pagi tadi saya turut mengumumkan pelantikan enam orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP NAFAS pada tahun 2016 bagi penggal 2016-2019.

Barisan AJP NAFAS yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim, Mohd. Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof, YB Senator Dr. Yaakob Sapari dan YB Muhamad Said Jonit yang merupakan AJP lantikan Menteri.

Lima lagi AJP NAFAS ialah YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, YBhg. Dato' Haji Ahmad Bhari Abd Rahman, YM Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Salahuhuddin Ayub

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 





Komen Blog - Ini adalah satu lagi tindakan terpuji daripada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


Sebelum ini, beliau juga membuat beberapa perlantikan daripada kalangan orang politik mengetuai agensi di bawah kementeriannya, antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Agensi di bawah kementerian bukanlah GLC. Oleh itu perlantikan ini sama sekali tidak bercanggah dengan manifesto PRU14. Agensi kerajaan memang perlu diterajui oleh orang politik dengan tujuan membawa suara dan kepentingan politik dalam agensi berkenaan.

Ia malah selari dengan kedudukan menteri sendiri sebagai orang politik. Hanya orang politik yang duduk di agensi yang boleh memudahkan lagi perlaksanaan agenda membantu rakyat sebagaimana kehendak menterinya berbanding jika diserahkan kepada golongan profesional.

Golongan profesional boleh diletakkan di peringkat perlaksanaan seperti Ketua Pengarah, Pengarah dan sebagainya.

Saya telah menulis sebelum ini berkenaan isu yang sama di sini - http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/ingatah-kepada-tun-mahathir-jangan-tak.html

Juga di sini - http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/jangan-sampai-orang-politik-jadi-mangsa.html

Selain itu, dengan memberi penghargaan kepada orang politik mengetuai agensi kerajaan juga mampu menguatkan lagi parti politik untuk berdepan cabaran lawan dalam pilihanray akan datang.

Orang profesional tidak terlibat dengan pilihanraya, kadangkala tidak peduli pun dengan remeh-temeh pilihanraya. Hanya orang politik yang bertungkus lumus dan bersusah payah memegangkan parti sehingga berjaya membentuk kerajaan.

Tiada salahnya memberi penghargaan kepada mereka.

Berbanding menteri-menteri lain, Salahuddin nampaknya paling ke depan dalam memberi penghargaan kepada orang-orang politik yang berkelayakan dan berkemampuan mengetuai agensi-agensi di bawah kementeriannya.

Syabas, tahniah serta pujian kepada beliau dan semoga menteri-menteri yang lain juga tidak takut melakukan perkara yang sama selepas ini, itu pun jika masing-masing mahu ada hati melihat Pakatan Harapan ini menang lagi dalam PRU15 akan datang.

Memahami Maksud Sepupu Altantuya Sahkan Melihat Gambar Mendiang Bersama Najib Razak.

SEMAKAN FAKTA | Nampaknya kedua-dua kem pro kerajaan dan pro pembangkang tidak memahami maksud sebenar laporan yang tersiar di portal-portal mengenai kenyataan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg yang dilaporkan telah mengesahkan melihat gambar mendiang bersama Najib Razak dan Razak Baginda.

Penjelasan ini hanya menyentuh mengenai salahfaham yang berlaku berikutan kegagalan sesetengah pihak memahami laporan berita yang tersiar dan tidak berniat untuk menyebelahi sesiapa.

Semalam, ini situasi yang berlaku.

Pro kerajaan : Akhirnya sah, Najib kenal dan pernah jumpa Altantuya, gambar tu dah dibuktikan benar di mahkamah. Najib memang terlibat. Siapa kantoi menipu sekarang.

Pro pembangkang : Mula-mula cakap dah sahkan gambar lepas tu bila ditanya, dalam gambar tu Burmaa Oyunchimeg cakap bukan Altantuya pula, apa bodoh sangat berita neh? Kalau betul ada gambar tunjukla kat semua. Kenapa nak sorok-sorok?

HURAIAN.

1. Pertama sekali, laporan berita perlu dibaca sehingga habis dan dengan pemahaman yang betul.

2. Oleh kerana yang tular semalam ialah laporan dari Malaysiakini, maka petikan tangkaplayar hanya akan menfocuskan Malaysiakini sebagai sumber primer dalam penjelasan ini.

3. Lihat tangkaplayar;



- Burmaa memberitahu kepada mahkamah yang beliau pernah melihat gambar mendiang bersama Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, yakni Najib Razak.

- Burmaa tidak mempunyai gambar itu dalam simpanannya. Jika ada, pasti beliau akan membawa gambar itu bersama dan tunjukkan ke mahkamah.

- Apa yang berlaku ialah Burmaa pernah tengok gambar tu, Altantuya yang tunjukkan padanya, itu yang beliau katakan semalam. Samada kenyataan Burmaa itu fakta atau sebaliknya, itu mahkamah yang akan tentukan.

- Gambar itu dikatakan ditunjukkan kepada Burmaa ketika mendiang dan Burmaa berada di Mongolia. Altantuya memberitahu kepada Burmaa beliau ke Paris dengan Razak Baginda. 

- Dalam gambar itu ada tiga orang keseluruhannya, iaitu Altantuya, dan dua orang lelaki.

- Ketika ditanyakan siapa kedua-dua lelaki tersebut, mendiang menjelaskan seorang lagi ialah ahli perniagaan dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri (dengan menyebut kedua-dua nama mereka), dan Burmaa kemudiannya bertanya adakah kedua-duanya adik beradik kerana memiliki nama yang sama, Altantuya kemudiannya berkata tidak dan memberitahu mereka adalah rakan baik dan bekerja sama-sama. 

4. Lihat tangkaplayar yang seterusnya;




- Dalam keterangan seterusnya, ia merujuk kepada dua gambar yang berbeza.

- Gambar yang dilihat Burmaa tiada dalam mahkamah, ia hanyalah keterangan Burmaa semata-mata sebagai saksi pembelaan.

- Gambar yang lain ditunjukkan kepada Burmaa, gambar tersebut merujuk kepada gambar dibawah ini;


- Gambar di atas ini adalah gambar edit dan disahkan palsu dalam satu perbicaraan mahkamah yang melibatkan Tian Chua.

- Burmaa berkata wanita di dalam gambar itu bukanlah Altantuya.

- Beliau tidak mengatakan gambar yang ditunjukkan kepadanya fake ataupun sebaliknya. Hanya menjelaskan wanita yang berada dalam gambar tersebut, bukanlah Altantuya.

Kesimpulannya, 

- Cerita ini mengenai dua gambar yang berbeza.

- Burmaa tidak menunjukkan gambar yang pernah dilihatnya kepada mahkamah jauh sekali ada mengakui mempunyai gambar tersebut dalam simpanannya.

- Gambar yang dikatakan palsu itu adalah gambar yang pernah tular dahulu, bukanlah gambar yang Burmaa akui pernah melihatnya.

Ulasan.

Pada tahun 2013, kedua-dua suspek utama Azilah dan Sirul pernah dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.


Ia adalah sesuatu yang paling tidak masuk akal sama sekali. Seseorang telah dibunuh dengan kejam, dan suspek utama dibebaskan atas alasan kekurangan bukti.

Disebabkan ia mencetuskan kemarahan orang ramai, rayuan dibuat sekali lagi dan akhirnya kedua-duanya dihukum gantung sampai mati.


Bagaimanapun Sirul berjaya melarikan diri ke luar negara semasa hukuman dijatuhkan dan Azilah kembali ke penjara semula. Untuk rekod, Sirul kini dalam tahanan pihak kerajaan Australia dan tidak boleh dibawa pulang kerana Australia tidak menyokong ektradisi pesalah yang dihukum gantung sampai mati.

Kes ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi liar. Macam-macam yang orang kata.

Oleh kerana Razak Baginda dikaitkan mempunyai hubungan erat dengan Najib Razak, maka siasatan pembunuhan Altantuya dianggap telah tercemar.

Ia diburukkan dengan dakwaan;

Rekod kemasukan Altantuya yang dipadamkan,
Motif pembunuhan tidak dinyatakan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan baru membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya dengan memastikan siasatan kali ini adalah benar-benar bersih dari tangan-tangan politikus dan campurtangan kerajaan.

Rakyat perlu tahu dari motif pembunuhan kepada apa hubungan sebenar mangsa dengan Razak Baginda dan bagaimana Najib boleh terkait dalam kes tersebut.

Sampai bila kita nak bergantung pada spekulasi-spekulasi sebagai hujah?

Mendiang perlu mendapatkan keadilan yang selayaknya, keluarganya perlu mendapatkan pembelaan yang sewajarnya dan rakyat Malaysia, mereka pun nak tahu apa yang betul dan apa yang tak betul. Rakyat juga perlu dihentikan dari bersembang merapu sepanjang masa. Sampai bila Altantuya ini perlu dijaja sebagai modal politik? Tidakkah 13 tahun sudah lebih dari mencukupi menyeksa (menjual) mangsa yang terkorban itu?

Kesemua pihak yang terlibat dalam kes perbicaraan itu masih hidup, belum terlewat untuk kerajaan menjalankan siasatan semula sekali lagi. Biar kali ini, kita bercakap berdasarkan fakta semata-mata. Kisah pembunuhan ini perlu ada garis penamatnya. - 24 Januari 2019.

Rujukan :  https://www.youtube.com/watch?v=BWMlgmXw3_A

https://www.malaysiakini.com/news/461330

Polis Serbu Firma Selepas Peguam Enggan Serah Dokumen Berkaitan Siasatan 1MDB.

LAPORAN | Polis hari ini dilaporkan mengeledah sebuah firma guaman Rahmat Lim & Patners kerana enggan bekerjasama dalam menyerahkan tiga buah dokumen berkaitan siasatan 1MDB ketika diminta berbuat demikian lapor The Edge.


Rahmat Lim dikatakan mewakili Goldman Sachs ketika bon dikeluarkan pada tahun 2012 dan 2013, dimana jumlah keseluruhan bon bernilai AS$ 6.5b.

"Polis berada disana sekarang selepas berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk tujuan pengeledahan selepas firma tersebut enggan menyerahkan dokumen berkaitan meskipun telah diminta oleh pihak polis," memetik sumber The Edge.

Sumber turut memberitahu, sebuah lagi firma guaman, Wong & Patners, yang mewakili syarikat pelaburan 1MDB telah menyerahkan dokumen seperti yang diarahkan oleh pihak polis. 

"Peguam tak seharusnya berfikir mereka layak untuk menahan dokumen berkaitan kes jenayah yang sedang disiasat," kata sumber itu lagi.

Untuk rekod, bulan lepas Goldman Sachs dan dua kakitangannya telah dihadapkan dengan pertuduhan jenayah berkaitan penyelewengan dana 1MDB. - 24 Januari 2019. 

Setelah Bertahun-Tahun, Akhirnya Najib Buka Cerita Isu Guan Eng Bela Mangsa Kes Rogol..

NAJIB RAZAK | Antara satu-satu propaganda yang sering diulang oleh MenHEN sebagai "bukti" bahawa anaknya bukan rasis ialah propaganda Guan Eng pernah "merentasi batasan kaum dan agama demi mempertahankan maruah seorang anak gadis Melayu Islam yang didakwa telah dirogol, sehingga akhirnya menyebabkan Guan Eng dipenjarakan selama setahun.



Sebenarnya, Guan Eng telah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan masa PM ke-4 berhubung dengan kesalahan mencetak dan mengedarkan berita palsu di bawah Akta Akhbar dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948.


Pada ketika Guan Eng didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, dia hanya didenda sebanyak RM 15,000 dan tidak perlu dipenjarakan.

Namun Guan Eng memfailkan rayuan tetapi pada masa yang sama dia berulang-kali mempersoalkan keputusan hakim-hakim tersebut di luar mahkamah.

Mahkamah Rayuan akhirnya memutuskan hukuman penjara ke atas dia.

Hakim masa itu ialah Gopal Sri Ram yang juga merupakan pendakwa raya terhadap kes-kes saya kini.

Gopal dpetik telah mengeluarkan kenyataan ini masa hukuman penjara diputuskan:


"It is time that the court sends a clear message that it cannot tolerate any attack on the judiciary"

Jika diperhatikan, apabila Kit Siang mengulangi propaganda ini mengenai Guan Eng, Kit Siang tidak pernah menamakan siapa yang mereka tuduh sebagai perogol.

Ini ialah kerana lelaki yang dituduh sebagai perogol itu telah menyaman DAP atas fitnah tersebut sehingga menyebabkan DAP mengaku di mahkamah bahawa kesemua tuduhan tersebut tidak berasas. https://dapmalaysia.org/…/English/2003/oct03/bul/bul2287.htm

Saya rasa sekiranya orang yang Guan Eng tuduh sebagai perogol pada masa itu bukan pemimpin UMNO, sudah tentu isu ini tidak akan dibesar-besarkan oleh DAP ketika itu kerana ianya bukan lagi modal politik.

Cuba tanya Kit Siang, selain kes yang satu itu berapa lagi gadis Melayu Islam ataupun gadis-gadis muda dari apa jua bangsa dan agama yang juga dibela oleh Guan Eng selama ini?

Siapa lagi? MenHEN boleh jawab?

Dalam ingatan saya, tidak ada.

DAP tidak akan membuat sesuatu jika ianya tidak menguntungkan mereka dari segi politik ataupun propaganda.

Inilah permainan setiap hari MenHEN itu sejak 60 tahun dahulu. - 23 Januari 2019.


** Untuk rekod, MenHen ialah gelaran Najib kepada Lim Kit Siang yang membawa maksud Menteri Hal Ehwal Najib singkatannya ialau MenHen.

Rabu, 23 Januari 2019

Menteri PH Sekarang Boleh Batalkan Projek Tanpa Tahu Lokasi Kat Mana Ye..?

SOSMED | Itulah sindiran terbaru Najib Razak kepada kerajaan Pakatan Harapan.

"Baru tadi, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari DAP, mengumumkan projek Empangan Telom di Cameron Highlands telah dibatalkan.

Sudah tentu berita ini disambut baik oleh sebilangan pengundi-pengundi di sana yang membantah projek pembangunan ini yang menjanakan elektrik murah dan mengawal banjir.

Menteri juga dipetik bahawa kementeriannya membuat keputusan itu pada Oktober tahun lalu.

“Pada 30 Oktober, kita sudah ada satu mesyuarat [...] Dalam mesyuarat itu kita sudah putuskan Empangan Telom tidak dimasukkan dalam perancangan. Maksudnya kerajaan tidak akan membina empangan ini."

“Ini bukan kerana PRK sudah sampai, saya pun tidak tahu empangan ini di Cameron Highlands,”kata Yeo yang disambut tepukan gemuruh daripada kira 200 hadirin di perkampungan Orang Asli itu.

Menteri boleh batalkan projek untuk rakyat tanpa tahu lokasi di mana?

Ini batalkan projek sambil potong bawang ka?

Dan lebih "menyakinkan" lagi bahawa Menteri ini bukan menipu ialah beliau bisu mengenai pembatalan projek ini selama 3 bulan sebelum mengumumkan keputusan ini semasa di acara pengundi semasa kempen PRK.

Kebetulan teramat sangat.

Ada juga rakyat yang akan percaya DAP,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Kami mengambil inisiatif dengan menyemak kenyataan yang dilaporkan Najib Razak.

Semakan mendapati portal Malaysiakini yang melaporkan kenyataan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkenaan hal pembatalan projek empangan itu.


Pautan asal : https://www.malaysiakini.com/news/461371


Bagaimanakah satu-satu projek dibatalkan tanpa mengetahui lokasi asal ia dirancangkan?


Tidakkah menteri melakukan semakan dan pengesahan dengan meneliti kertas kerja dan melawat ke lokasi yang dinyatakan terlebih dahulu? Bagi memastikan keputusan membatalkan ia adalah perkara yang tepat dan bukannya sekadar 'hearsay' ataupun desakan oleh pihak tertentu.

Samada kerajaan membuat keputusan meneruskan atau membatalkan projek empangan tersebut, itu bukan isunya tetapi satu-satu menteri itu jika berbuat keputusan untuk membatalkan atau meneruskan mana-mana projek hendaklah ia mengetahui lokasi asal projek sedang/akan dijalankan dan tidaklah boleh sambil lewa membuat apa-apa keputusan tanpa mengetahui fakta asas seperti LOKASI. - 23 Januari 2019.

Bekas ADUN DAP Ditahan SPRM Kerana Buat Tuntutan Palsu.

MALAYSIAKINI | Seorang bekas wakil rakyat DAP di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dan dijangka didakwa di mahkamah esok.

Menurut sumber bekas wakil rakyat itu ditahan berhubung dua kes tuntutan palsu melibatkan nilai kira-kira RM30,000.

Katanya terdahulu suspek yang berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam sebelum ditahan kira-kira jam 3 petang tadi.





"Kemungkinan dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok," katanya.

Difahamkan, bekas Adun terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana dipercayai membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan pada 2015.

Program tersebut dikatakan tidak pernah dilaksanakan.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim, mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut. - 23 Januari 2019.

Propaganda Guan Eng Mengenai Defisit Pahang Terbongkar.

ABDUL RAHIM HILMI | DEFISIT : BIDASAN KE ATAS MENTERI KEWANGAN

Tengah hari semalam (22 Januari 2019), Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menyerang kedudukan kewangan Negeri Pahang di ambang PRK Cameron Highlands.[1] Secara prinsipnya, tindakan menggunakan medium suara kementerian bagi tujuan politik adalah sesuatu yang tidak dialu alukan di negara ini.


Pertama sekali yang perlu difahami, konsep belanjawan defisit ini tidak boleh dipandang dari sudut negatif semata mata. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Prof Jomo Kwame Sundaram pernah menulis bahawa dalam keadaan meleset, kerajaan mesti berani menggunakan rizab tunai yang ada bagi meransang ekonomi melalui bajet defisit. Kerajaan tidak boleh terlalu terikat untuk mencapai bajet berimbang sahaja.

Kedua, hujah Kementerian Kewangan adalah sangat simplistik apabila mengatakan kerajaan Pahang tidak mampu membangunkan negeri kerana mengalami defisit terkumpul negatif RM228.37 juta bagi tempoh 4 tahun (2014 - 2017).[2]

Apakah YB Menteri tidak tahu bahawa defisit belanjawan Pulau Pinang bagi tahun 2019 sahaja adalah sebanyak RM 352.8 juta sementara defisit bagi tahun 2018 pula ketika YB masih bergelar Ketua Menteri adalah sebanyak RM 748.5 juta?[3]

Jumlah defisit terkumpul selama 2 tahun ini adalah kira kira 5 kali ganda daripada defisit terkumpul Pahang dalam tempoh 4 tahun.

Begitu juga dengan negeri Selangor. Bajet negeri Selangor pada 2019 dijangka mengalami defisit sebanyak RM360 juta [4] sementara defisit bagi tahun 2018 pula adalah sekitar RM820 juta. [5]

Bila Selangor dan Pulau Pinang nak bangkrap? Bagaimana Selangor dan Pulau Pinang nak membangunkan negeri kalau jumlah defisit bagi 2 tahun terakhir ini melebihi RM1 bilion?

Bagaimana?

Melalui kerajaan Persekutuan lah YB. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab dari segi perlembagaan untuk sama sama membangunkan negeri negeri sebagai ganti pemerolehan persekutuan dari segi pungutan cukai daripada rakyat di negeri tersebut.

Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab penuh daripada segi perlembagaan dalam apa apa isu melibatkan perdagangan, industri, kewangan, pengangkutan, perkapalan, kebajikan orang asli dan kerjaraya persekutuan / tenaga. Disamping itu kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab bersama dengan kerajaan negeri apabila terdapat isu melibatkan perancangan bandar / desa, pengaliran/ pengairan dan pemulihan tanah lombong.

Dan berbanding dengan negeri negeri lain, Pahang telah berjaya mencatatkan bajet surplus (lebihan) bagi tempoh dua tahun berturut turut. Iaitu RM600 ribu untuk tahun 2018 [6] dan RM24.38 juta bagi tahun 2019 [7].

Kerajaan Persekutuan bagaimana pula? Berapa defisit bajet Persekutuan untuk tahun 2019 sahaja?

Ya RM52.7 bilion.[8]

Rujukan:

[1] Siaran media Kementerian Kewangan, 22 Januari 2019

[2] https://www.freemalaysiatoday.com/…/guan-eng-serang-rekod-…/

[3] https://www.bharian.com.my/…/pulau-pinang-bentang-belanjawa…

[4] http://www.astroawani.com/…/peruntukan-rm2-56-bilion-untuk-…

[5] https://www.freemalaysiatoday.com/…/azmin-umum-belanjawan-…/

[6] https://www.nst.com.my/node/305749/amp

[7] http://m.utusan.com.my/…/pahang-umum-belanjawan-lebihan-rm2…

[8] https://www.bharian.com.my/…/peruntukan-lebih-tinggi-untuk-…

Walaupun SPR Dah Ingatkan Jangan Berkempen Hari Bekerja, Tapi TPM Masih Tak Ikut Arahan.

POLITIK | Tersindir diri sendiri. Begitulah yang berlaku ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini.


Di Facebooknya, Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan ceria apabila berkongsikan satu gambar ketika berkempen di PRK Cameron Highlands.



"Apa khabar rakyat Cameron Highlands? Saya turun menggunakan kenderaan sendiri 😉

Oh belakang itu gambar calon BN, kami tak potong gambar muka calon macam kerajaan dulu dulu,"
katanya dalam kenyataan itu.


Turun menggunakan kenderaan sendiri membayangkan TPM ke Cameron Highlands untuk tujuan berkempen dan bukannya atas lawatan kerja rasmi yang membabitkan kementerian dan kerajaan.

Senang kata, beliau sedang melakukan kerja-kerja politiklah!

Tapi meskipun beliau dilihat tidak menggunakan aset dan jentera kerajaan ketika berkempen, Wan Azizah tetap terkantoi kerana SPR menerusi kenyataan oleh Pengerusinya, Azhar Azizan Harun telah mengingatkan anggota kabinet berkali-kali sebelum ini iaitu, jangan sesekali turun berkempen KETIKA WAKTU BEKERJA. 

Kenyataan tersebut diulangi lebih tegas ketika PRK Port Dickson pada tahun lepas.

Hari ini adalah hari rabu dan hari rabu adalah hari bekerja di Putrajaya melainkan cuti am.


"Aktiviti berkempen dalam waktu bekerja merupakan satu penyalahgunaan masa bekerja. Mereka (anggota kabinet) harus peka dengan perbezaan di antara tugas-tugas mereka sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan sebagai anggota ataupun pemimpin parti," katanya dalam kenyataan itu.

Menerusi Facebook Timbalan Perdana Menteri itu, Wan Azizah dibayangkan sedang berkempen di Cameron Highlands pada hari ini.


 
Selain larangan berkempen hari bekerja anggota kabinet, SPR turut mengingatkan calon ataupun parti tidak menjanjikan apa-apa projek pembangunan kerana itu boleh membawa kepada pembatalan sekiranya calon tersebut memenangi pilihanraya dan petisyen difailkan kemudiannya bagi mencabar kemenangan tersebut.

Terdahulu Lim Guan Eng pernah dilaporkan menjanjikan pembangunan di PRK Cameron Highlands meskipun beliau menafikan perkara itu ketika ditegur BERSIH. - 23 Januari 2019.

Netizens Kecam Guan Eng, Minta Hentikan Propaganda Politik Menggunakan FB Kerajaan..

LAPORAN | Tindakan Menteri Kewangan menjawab isu hutang Pahang terhadap kerajaan persekutuan dikecam netizens kerana dianggap 'terlalu berpolitik sehingga menjejaskan etika keprofesionalan seorang pegawai tinggi kerajaan'.


Ketika membidas kerajaan Pahang mengenai isu hutang di Facebook rasmi Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng yang menjelaskan mengenai hutang negeri Pahang telah menerima kecaman bertubi-tubi berbanding pujian dan sokongan.


Tak pro, sepatutnya kenyataan berbaur politik di halaman Facebook sendiri, YB!



Ini dah macam ugutan..



Tinjauan setakat ini lebih dari 2,000 komen yang menghentam Menteri Kewangan itu berbanding pujian. Bahkan ramai juga netizens yang menyebarkan semula bidasan dari pihak tertentu terhadap Guan Eng di ruangan komen.

Gambar troll
Antara lain mereka menyebarkan bidasan dari KJ yang menjawab penjelasan Guan Eng itu sebenarnya adalah propaganda bagi menutup perkara lain.

KHAIRY JAMALUDDIN | "Saya telah semak hutang Pahang kepada kerajaan pusat, yang dipolitikkan oleh Lim Guan Eng, dalam Laporan Ketua Audit Negara. Rupa-rupanya sebahagian besar (70%) hutang Pahang berkaitan dengan air. Inilah hutang sama yang diselesaikan oleh kerajaan pusat untuk Pulau Pinang dulu.

Lim Guan Eng menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan mengeluarkan kenyataan media untuk menyerang kedudukan hutang kerajaan negeri Pahang kepada kerajaan Persekutuan. Mengikut kenyataan terbaru Lim Guan Eng, kerajaan Pahang mmpunyai tunggakan hutang kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.18 bilion.

Mengikut semakan Laporan Ketua Audit Negara 2017, daripada keseluruhan hutang kerajaan negeri Pahang kepada kerajaan Persekutuan, RM2.2 bilion darinya adalah berkaitan dengan bayaran untuk bekalan air.

Sebagaimana negeri-negeri lain, hutang berkaitan bekalan air merupakan sebahagian besar jumlah hutang mereka kepada kerajaan Persekutuan dan hutang ini boleh dihapuskan apabila penstrukturan semula syarikat air dilaksanakan dengan memberi pajakan kepada kerajaan Persekutuan.

Sehingga akhir tahun 2018, kerajaan negeri Pahang masih lagi dalam proses rundingan bersama kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan penstrukturan syarikat bekalan air di negeri tersebut. Sehingga kini, penstrukturan semula ini masih belum lagi dimuktamadkan.

Lim Guan Eng juga janganlah buat-buat lupa tentang bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinannya pada tahun 2012 turut telah menghapuskan hutang RM 655 juta kepada kerajaan Persekutuan menerusi cara dan kaedah yang sama.

Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat Lim Guan Eng ini adalah jelas bermotifkan politik bersempena kempen PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung ketika ini,"
katanya dalam kenyataan itu.


Guan Eng bagaimanapun belum memberikan apa-apa maklum balas mengenai pendedahan oleh KJ itu. - 23 Januari 2019.

Jika PH Menang Di PRK CH, Kerakyatan Penuh Untuk OA Kata Lim Kit Siang.

SOSMED | Lim Kit Siang hari ini menjadi sasaran kritikan netizens berikutan membayangkan Orang Asli bukanlah warganegara.



 
Dalam satu status yang dikemaskininya di Facebook, Lim dipetik sebagai berkata, "Andai Pakatan Harapan memenangi pilihan raya kecil di Cameron Highlands Sabtu ini, saya akan mengadakan satu persidangan yang mana Orang Asli Cameron Highlands turut diberikan peranan bagi merangka blueprint supaya orang asli dibenarkan untuk mendapat kerakyatan penuh," katanya dalam kenyataan itu.


Bagaimanapun status itu mengundang polemik apabila rata-rata netizens mempertikaikan kenyataan Lim Kit Siang mengenai kerakyatan orang asli.



Ini kerana kata mereka;



- Jika orang asli bukanlah warganegara, bagaimana mungkin mereka mengundi?



- Oleh kerana Pakatan Harapan ialah kerajaan persekutuan, blueprint untuk membela nasib orang asli sudah boleh dirangka di peringkat pusat kerana kerajaan hari ini ialah Pakatan Harapan, tidak perlu tunggu memenangi PRK CH.


- Tambahan pula, OA tidak hanya berada di CH semata-mata. Kenapa begitu penting untuk memenangi PRK ini supaya PH boleh menjaga kepentingan OA, apakah OA di tempat lain tidak penting?? Apakah dengan menang satu kerusi di PRK CH barulah boleh buat kerja-kerja untuk bantu OA?



- OA ditakrifkan bumiputera, meskipun perlembagaan tidak menyatakan dengan jelas, tetapi peruntukan supaya OA ditakrifkan sebagai bumiputera di Semenanjung memang telah lama berlaku. 








Lim bagaimanapun dilihat tidak membalas komen-komen yang mempertikaikan beliau di status tersebut setakat ini. - 23 Januari 2019.

Selasa, 22 Januari 2019

TPM Nafi Setuju Dengan Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi EM-IGG, Dakwa Ucapan Direka..

BERNAMA | Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah meluluskan teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek jalur lebar berkelajuan tinggi Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Dipertingkat (EM-IIG), hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata Dr Wan Azizah juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.


Menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG.

"Laporan berita yang memetik ucapan daripada timbalan perdana menteri berkaitan projek EM-IIG yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd adalah tidak benar," katanya.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri turut memberi amaran kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran.

"Menggunakan nama timbalan perdana menteri tanpa kebenaran beliau adalah perkara yang serius,"
kata Pejabat Timbalan Perdana Menteri, sambil menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil jika situasi seperti itu berulang.

Menurut laporan media, teks ucapan timbalan perdana menteri dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon pada majlis pelancaran projek EM-IIG di sebuah hotel di Shah Alam hari ini.

Menurut laporan, projek bernilai RM5.45 bilion itu merangkumi pemasangan fiber gentian optik terbesar dunia melibatkan jajaran sepanjang 110,000 kilometer, yang membolehkan Malaysia bakal memiliki akses kelajuan internet terpantas yang menyediakan platform 5G pertama di Asia Tenggara. - 22 Januari 2019.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada AS$101.7b.

UTUSAN | Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$101.7 bilion (RM420.48 bilion) pada 15 Januari 2019, lebih tinggi sedikit daripada AS$101.4 bilion (RM419.24 bilion) pada 31 Disember 2018.


Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing pada AS$95.8 bilion (RM396.09 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$900 juta, (RM3.72 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.1 bilion (RM4.55 bilion), emas AS$1.6 bilion (RM6.62 bilion) dan lain-lain aset rizab AS$2.3 bilion (RM9.51 bilion). - 22 Januari 2019

Isu Guna Jentera Kerajaan : Minta Maaf Atau Bersedia Disaman Kata Fuziah Kepada Penulis Blog.

BERNAMA | Pengerusi PKR Pahang Fuziah Salleh memberi tempoh 24 jam kepada seorang pemilik blog agar membuat permohonan maaf atau berhadapan tindakan saman kerana mengaitkannya dengan kegiatan salah guna kenderaan milik kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.


Tindakan individu yang menggunakan nama Yusman Zahari Zakaria itu secara jelas menuduhnya selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggunakan kenderaan Jabatan Hutan Daerah Raub dalam artikel di blognya yang disiarkan semalam bertajuk ‘Fuziah Salleh bercakap depan cermin, terbukti beliau salah guna aset kerajaan’.

“Saya dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mencabar beliau (individu terbabit) agar tampil dengan berani tanpa berselindung dengan blog dan Facebook yang menyembunyikan tentang biodata dirinya.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Saya juga telah mengarahkan peguam saya bertindak dengan sewajarnya di dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.​​​​​​​

Katanya fitnah yang disiarkan menerusi laman blog itu juga telah ditularkan di media-media sosial termasuk di dalam facebook.

Fuziah turut memaklumkan sepanjang kempen pilihan raya itu beliau telah mengambil cuti dengan mengisi borang cuti secara rasmi selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menggunakan kenderaan sendiri sepanjang tempoh berkenaan.​​​​​​​

Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua pengundi di Cameron Highlands jangan mudah terpedaya dengan propaganda dan fitnah yang semakin hebat yang dimainkan menjelang hari pengundian pada 26 Jan ini.

PRK itu diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov tahun lepas membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C.Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum ke 14 setelah didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

PRK Cameron Highlands pada 26 Jan ini menyaksikan pertandingan 4 penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan iaitu M.Manogaran, Ramli Mohd Nor (BN) serta dua calon bebas iaitu bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani, Wong Seng Yee.

Isnin, 21 Januari 2019

Video Timbalan Menteri Mengamuk Kaw-Kaw Kerana Isu Guna Aset Kerajaan Tersebar..

LAPORAN | Nampaknya tindakan menegur Pakatan Harapan yang kantoi menggunakan aset kerajaan Jabatan Perhutanan Daerah tidak berakhir dengan baik.



Ini susulan tindakan Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang mempertikaikan pihak yang dianggapnya telah menyerang pasukan kempen Pakatan Harapan semasa mendedahkan jentera kerajaan itu disalahguna.

Menurut beberapa rakaman yang tular kini, Timbalan Menteri itu dilihat begitu marah ketika berjumpa dengan kumpulan yang mendedahkan penyalahgunaan aset kerajaan itu.

"Kurang ajar, kurang ajar, kurang ajar", katanya dalam nada yang marah.

"Awak tak boleh buat begitu. Negara ini ada undang-undang. Dalam dewan dah cakap kita nak tolong buat kerja-kerja sosial," luah Timbalan Menteri itu. 

Menurut Tengku Zulpuri kumpulan yang membongkarkan penyalahgunaan aset kerajaan untuk tujuan berkempen telah menggunakan cara yang salah ketika membuat pendedahan dan itu adalah kurang ajar. 

"Kalau tak puas hati pun takpe, ambil gambar takpe, jangan sampai siat macam tu. Buat kurang ajar. Macam gangster!," katanya ketika memarahi kumpulan berkenaan.


"Kalau saya tak koyak, mana ada bukti," bidas salah seorang kumpulan yang mendedahkan hal itu. Kumpulan itu dilihat memakai baju Barisan Nasional.


"Tapi jangan buat kurang ajar. Awak boleh ambil nombor plat," tengking Timbalan Menteri itu kepada pihak yang berlawan cakap dengannya.

Kedua-dua kumpulan itu pula kemudiannya dilihat seperti mahu menumbuk dan bergaduh namun cuba ditenangkan oleh beberapa orang yang terdapat disitu.

Insiden tolak menolak juga berlaku ketika kedua-dua pihak saling bertengkar.

Dalam perkembangan berkaitan, calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor membuat laporan polis berhubung apa yang didakwanya sebagai insiden serangan.


Menurut laporan polis itu, kumpulan Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli telah menahan kenderaan yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke Kampung Dayok.

Kumpulan itu kemudiannya menyapa secara agresif dan meminta pembantunya menyerahkan telefon bimbit. Bagi meredakan keadaan, Ramli kemudiannya turun dari kenderaan namun beliau melihat Tengku Zulpuri memanjat kenderaannya bagi tujuan merampas telefon bimbit milik pembantunya.

Timbalan Menteri itu juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat semasa insiden itu berlaku.

Setakat ini Tengku Zulpuri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab rakaman yang tersebar itu. - 21 Januari 2019.
 

Pelajar Singapura Terdiam Disekolahkan PM? Maaf, Saya Tak Bersetuju, Sebaliknya Tun Mahathir Lah Yang Tak Jawab Soalan..

Khairul Azri | PERSPEKTIF.

Semalam heboh dimedia-media utama memperkatakan mengenai kepetahan Tun M 'mengajar' seorang pelajar Oxford dari Singapura mengenai isu air yang sedang diperkatakan di antara kedua negara.

Maka banyaklah media menggunakan tajuk 'click-bait' seperti, 'pelajar tersebut terdiam', 'pelajar berani sudahnya..'





Malah berita tersebut turut diangkat di media kaca TV seperti TV3, RTM sebagai 'prime time news' mereka. Seolah-olah menggambarkan ke'serius'an berita berkenaan.

Malangnya kalau kita tonton sendiri video majlis di Oxford berkenaan kita akan dapati sebenarnya Tun M agak lari daripada soalan sebenar yang ditanya oleh pelajar yang berasal dari Singapura berkenaan.

Pelajar berkenaan telah bertanya dua soalan:

1. Mengenai isu sempadan maritim yang kembali hangat berikutan lawatan menteri besar Johor ke atas kapal Malaysia yang berada dikawasan dispute menggunakan nama menteri luar Malaysia beberapa hari lepas, yang telah dinafikan kemudiannya oleh Wisma Putra, seolah-olah tidak menghormati persetujuan yang dilakukan oleh menteri luar Malaysia dan Singapura beberapa hari sebelum itu. Jadi apakah Tun(kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan ke atas MB Johor?dan apakah langkah yang akan diambil untuk mengelakkan sesuatu seperti ini daripada berulang lagi?

2. Adakah dengan tindakan sebegini akan menguatkan lagi persepsi bahawa kerajaan Malaysia dibawah Tun adalah sebuah kerajaan yang tidak jujur, bad faith dan menggunakan perkataan Najib Razak bahawa Malaysia ketika zaman Tun dulu menggunakan diplomasi konfrantasi 'barbed' retorik.

Bila masuk ke soalan kedua ini yang menyebabkan Tun berkata kepada pelajar berkenaan bahawa anda dipersilakan untuk memilih Najib tapi malangnya anda bukan rakyat Malaysia untuk memilih beliau.

Yang kemudiannya dicelah semula oleh pelajar berkenaan bahawa soalanya bukanlah mengenai Najib atau Tun akan tetapi mengenai dasar luar Malaysia dengan Singapura sebagai contoh isu keretapi laju, ruang udara, jambatan bengkok, sempadan maritim, penetapan harga air adakah Tun mahu kembali ke zaman diplomasi buruk dengan Singapura seperti ketika waktu PM ke 4 dahulu atau Tun nak berubah daripada keadaan tersebut.

Jadi soalannya mengenai polisi luar Malaysia terhadap Singapura.

Tapi daripada menjawab apa dasar luar baru yang akan Tun laksanakan dengan Singapura, Tun sebaliknya fokus bercerita mengenai harga air 3sen per 1000 gelen, dan juga bagaimana Singapura buat untung jual air di sesetengah tempat di Singapura secara domestik pada harga $60(sebenarnya RM60) per 1000gelen di Singapura.

Bagaimana Singapura buat duit dari Malaysia sekian-sekian.

Pelajar tersebut cuba berhujah dengan mengatakan bahawa Malaysia mempunyai peluang untuk berunding harga air (pada 1987-zaman PM-4) namun tidak melakukannya, malah Singapura juga telah memberikan timbal balas dengan membekalkan air rawatan bersubsidi kepada Johor sebanyak 11 juta gelen sehari walhal perjanjian 1962 hanya memerlukan Singapura membekalkan 5 juta gelen sehari sahaja.

Tun bertanya semula adakah jumlah 3sen sejak 1926 itu patut? (dibetulkan semula oleh pelajar berkenaaan kepada 1962 kemudiannya)

Pelajar berkenaan mengulangi mengenai air rawatan bersubsidi dan menyebut mengenai good wills yang kemudiannya digelakkan oleh orang ramai. Dan mempersoalkan kenapa Tun tidak mengambil peluang berunding harga air yang Malaysia boleh buat ketika tahun 1987 tersebut.

Namun Tun meneruskan jawapan bahawa Singapura sememangnya buat duit dengan air Malaysia sekian-sekian.

Nota kaki : Mungkin ramai yang tidak tahu, Singapura memberikan air rawatan bersubsidi sebanyak 22 juta gelen sehari kepada Johor walhal perjanjian 1962 hanya memerlukan Singapura membekalkan 5 juta gelen sehari sahaja, dengan harga RM0.50(harga asal RM2.40) per1000 gelen dan kemudiannya menjual semula air terawat berkenaan dengan harga RM3.95 per 1000 gelen secara domestik.

Melihatkan yang Tun semakin melalut, pelajar berkenaan akhirnya mengulangi soalan beliau mengenai tindakan menteri besar dan apakah tindakan yang akan diambil keatasnya.

Barulah Tun memberikan jawapan mengenai isu tersebut yang mana pada akhirnya Tun memberikan sokongan kepada MB johor dan seolahnya memberikan msej bahawa sememangnya diplomasi konfrontasi Malaysia-Singapura telah bermula.

Secara jujurnya, rasanya adalah agak kurang tepat untuk mengatakan bahawa Tun telah 'mengajar' pelajar Singapura tersebut jika kita melihat dari perspektif dan konteks bagi keseluruhan soalan berkenaan.

Malah adalah sesuatu yang tidak pelik jika ada dikalangan kita untuk berpendapat bahawa perkara sebaliknya yang mungkin telah berlaku. :)

Sekian.

Nota Kaki : Bacaan lain yang berkaitan dengan pelarasan harga air Malaysia-Singapura

Malaysia lost its right to review price of water - Singapore
http://english.astroawani.com/…/malaysia-lost-its-right-rev…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...