Sabtu, 28 Julai 2018

Penyokong PAS Diseru Undi Calon PKR Di Sungai Kandis Sebagai Tanda Protes..

Oleh : Hasbie Muda
 

PRK Sungai Kandis
1. Nasib PAS Selangor dalam PRU14 ibarat padang jarak padang terkukur. Hampir semua calonnya sama ada di peringkat parlimen mahupun DUN tewas teruk. Hanya DUN Sijangkang berjaya dimenangi PAS itupun dengan majoriti tipis.

 
2. Pada penggal 2008 - 2013 dan penggal 2013 -2018, PAS Selangor merupakan anggota kerajaan negeri. PAS Selangor ada ahli-ahli Exco, barisan ADUN, ahli-ahli majlis, lantikan-lantikan politik di agensi kerajaan sehinggalah ke peringkat kampung, masjid dan surau. Dengan kuasa yang ada, PAS Selangor berjaya mencorakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dengan berkesan. PAS Selangor berpeluang melaksanakan agenda Islamnya dengan lebih baik.

3. Malangnya, ijtihad-ijtihad politik PAS yang didominasi oleh para pemimpin dari Terengganu telah memusnahkan PAS Selangor dalam PRU14. Halatuju PAS yang mengambil sikap baru selepas meninggalkan Pakatan Rakyat sememangnya menguntungkan PAS di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tetapi di negeri di Pantai Barat, PAS tewas teruk. Sebahagian besar calon PAS hilang deposit.

4. PAS Selangor bukan ahli kelas kedua. PAS bukan milik pemimpin mereka tetapi PAS adalah milik semua.

5. Pemimpin dan ahli-ahli PAS Selangor sepatutnya bijak. PRK Sungai Kandis seharusnya menjadi referendum mereka terhadap pimpinan PAS yang hanya memikirkan keuntungan politik untuk negeri mereka tetapi mengabaikan negeri lain seperti Selangor.

6. Undilah calon PKR sebagai tanda protes.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...