Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Julai 2018

Kos LRT3 Melambung, Presiden Prasarana Pula Letak Jawatan.

Oleh : Malaysiakini

Presiden Prasarana Malaysia Berhad dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Masnizam Hisham dilaporkan akan melepaskan jawatannya lebih awal daripada firma berkenaan berikutan kos tinggi bagi projek LRT3.

 
Masnizam mengambil alih jawatan itu pada Januari dan menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Bagaimanapun, The Edge memetik sumber mengatakan peletakan jawatannya "tidak dapat dielakkan" apabila Prasarana meminta dana tambahan sebanyak RM22 bilion dari Putrajaya untuk projek LRT3.

"Dijangkakan beliau akan meninggalkannya tidak lama lagi. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif ketika Prasarana meminta lebih banyak wang (untuk LRT3) dan ia bukan jumlah yang kecil, sesetengah orang juga mengatakan bahawa beliau telah diarahkan untuk melakukannya - untuk mendapatkan wang," sumber dipetik sebagai berkata.

Pentadbiran BN sebelum ini mengatakan projek LRT3 akan menanggung kos RM9 bilion dan tambahan RM1 bilion untuk pengambilalihan tanah.

Namun, kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini mengumumkan bahawa kos landasan kereta api sepanjang 37 kilometer itu melambung kepada RM31.65 bilion.

Kementerian Pengangkutan menyatakan pengurusan Prasarana mengarahkan spesifikasi LRT melebihi keperluan dan unjuran penumpang.

Ia menyebabkan Prasarana meminta pembiayaan dana RM22 bilion, melebihi pembiayaan awal RM10 bilion yang diluluskan pada 2015.

Kerajaan kemudian mengumumkan bahawa projek LRT3 akan diteruskan selepas mengurangkan jumlah kos kepada RM16.63 bilion.

Masnizam sebelum telah berkhidmat dengan Prasarana selama 12 tahun.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...