Rabu, 25 Julai 2018

Ini Perkembangan Terkini 20 Manifesto PAS Terengganu - Ahmad Fahmi Mokhtar.

Oleh : Ahmad Fahmi Mokhtar
 

PERKEMBANGAN 20 MANIFESTO PAS TERENGGANU
Muqaddimah

Mengambil masa sedikit hari ini, melihat perkembangan 20 manifesto PAS Terengganu menuju 100 hari pentadbiran kerajaan negeri.

 
Satu keuntungan kepada PAS kerana tidak meletakkan had masa seperti 100 hari untuk melaksanakan janji manifestonya, jika tidak, kekalutan akan terjadi seperti yang dihadapi oleh Pakatan Harapan sekarang ini.

Jika kita puratakan 20 manifesto ini dalam 5 tahun sebelum menuju PRU-15, maka secara puratanya PAS Terengganu mesti menunaikan 4 atau 5 manifesto dalam masa setahun.

Maka, 2018 ini sekurang-kurangnya PAS Terengganu perlu laksanakan 2 atau 3 manifesto kerana mereka mula mentadbir dipertengahan tahun 2018.

Perkembangan ini diambil berdasarkan laporan berita dan sidang DUN yang baru berlalu beberapa minggu lepas. Terdapat 4 kategori perkembangan manifesto PAS Terengganu, 1] Telah dan Sedang Dilaksanakan 2] Dalam proses terakhir 3] Sudah bermula dan dibincangkan 4] Tiada maklumat/masih belum bermula.

TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN

Terdapat 5 manifesto yang telah dan sedang dijalankan iaitu

1.Mengembalikan tanah-tanah yang dirampas BN selepas pemerintahan PAS Tahun 2004 & membuka permohonan tanah baru dengan terus beri GERAN KEKAL. Kerajaan Terengganu telah menyerahkan kembali tanah rumah mayat kaum cina yang dirampas pada 2004 [http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1474344], Menteri Besar menyatakan komitmen tersebut dalam sidang DUN [http://www.teganukita.net/…/sidang-dun-lot-tanah-dirampas.h…]

2.Setiap rakyat terengganu berumur 21 tahun ke atas yang layak berhak mendapat 1 lot tanah rumah kediaman atau 1 unit rumah kediaman. Permohonan untuk mendapatkan 1 unit rumah ini telah dibuka [http://www.harakahdaily.net/…/6815-k-jaan-terengganu-buka-p…]

3.Karnival Kahwin kali pertama Percuma di setiap DUN. Telah dilaksanakan pada Julai dan akan dilaksanakan lagi pada November 2018 di semua 32 DUN [http://www.teganukita.net/…/pelawa-orang-bukan-islam-sertai…]

4.Memberi bekalan air percuma 20 meterpadu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Ini merupakan manifesto paling awal dilaksanakan [http://www.teganukita.net/…/golongan-berpendapatan-rendah-m…]

5.Membuka Pusat Nurseri di setiap Jabatan Kerajaan Negeri. Perkara ini telah dimaklumkan oleh exco dalam Sidang DUN permohonan dibuka kepada agensi yang mempunyai premis [ rujuk minit 3.23.40 https://www.youtube.com/watch?v=arbZyfgaVqc]

Ini lima manifesto yang sepatutnya dilaksanakan dalam masa setahun tapi telah dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu dalam masa kurang dari 100 hari.

DALAM PROSES AKHIR

Bahkan lebih mengujakan terdapat tiga manifesto di peringkat akhir untuk diluluskan dan dilaksanakan, iaitu

1.Peruntukan Caj Wad Kelas 3 Percuma di semua hospital kerajaan. Dokumen akhir telah siap menunggu saat untuk dibentangkan dalam mesyuarat AMMKN [http://www.teganukita.net/…/sidang-dun-pesakit-wad-kelas-ti…]

2.Mengurniakan pencen rakyat RM 50.00 sebulan bagi warga emas yang layak. Perkara ini juga dimaklumkan oleh exco dalam sidnag DUN, sudah berada diperingkat akhir kertas kerja untuk dibawa masuk dalam mesyuarat AMMKN [ rujuk minit 3.17.40 https://www.youtube.com/watch?v=arbZyfgaVqc ]

3.Menyediakan Kad Sejahtera bernilai RM 500 setahun untuk golongan berpendapatan rendah setiap keluarga. Perkara ini dijangka akan mula dilaksanakan pada hujung tahun ini [ http://www.teganukita.net/…/sidang-dun-pesakit-wad-kelas-ti…]

SUDAH BERMULA PROSES DAN RESPON

Terdapat juga manifesto yang telah dimulakan perjalanannya, lima manifesto iaitu

1.Pemberian RM 300 untuk pemuda/pemudi mendapatkan lesen motosikal. Perkara ini sudah dibawa masuk dalam perbincangan meja bulat oleh Exco yang terbabit [https://buletinonline.net/…/manifesto-lesen-motor-percuma-…/]

2.Menyediakan 20 000 peluang pekerjaan dalam tempoh 4 tahun. Perkara ini telah direspon oleh Menteri Besar dalam penggulungan ucapan dalam sidang DUN berkenaan 7 600 peluang pekerjaan dari Indusri Silika [ http://www.harakahdaily.net/…/7206-lembah-silika-7-600-pelu…]

3.Mengadakan Tabung Biasiswa Pelajar cemerlang sebanyak rm 5 juta untuk anak Terengganu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Perkara ini telah direspon oleh exco terbabit dalam sidang DUN [ rujuk minit 1.09.30 https://www.youtube.com/watch?v=OZ-WsI1KchI ]

4.Mewujudkan semula Institut Pengajian Tinggi Islam menggantikan Kusza. Exco berkenaan ada memuatkan di pagenya lawatan ke satu bekas tapak KIST yang mungkin boleh dijadikan tapak untuk melaksanakan manifesto ini [ https://www.facebook.com/search/top/…]

5.Menambah sekolah menengah agama setiap parlimen dan sekolah rendah agama setiap DUN serta memberi geran tahunan kepada sekolah agama rakyat dan pondok. Perkara ini telah direspon oleh exco berkenaan dalam sidang DUN [rujuk minit 1.06.50 https://www.youtube.com/watch?v=OZ-WsI1KchI]

TIADA PERKEMBANGAN

Daripada 20 manifesto ini, terdapat tujuh yang tidak ditemui maklumat dalam media atau masih belum dimulakan :

1.Menyediakan Tabung Pinjaman Usahawan RM 10 Juta Setahun


2.Menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah secara holistik


3.Memperuntukkan RM 50 juta setahun untuk Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat


4.Memberi cuti 30 hari bagi isteri kematian suami


5.Mewujudkan Bandar Baharu Lestari di setiap daerah
6.Mengecualikan cukai pintu rumah kediaman


7.Menambah keluasan tanah rezab melayu dari 118 hektar kepada 1000 hektar


Jika kawan-kawan ada maklumat tentang perkembangan tujuh manifesto ini boleh maklum ye. Nanti kita edit balik.

Walaubagaimanapun, ini satu perkembangan yang sangat menarik dan agak laju dijalankan oleh kerajaan negeri Terengganu menunaikan manifesto. Walaupun dalam ucap negeri Menteri Besar ada menyebut 60 hari pertama ini adalah fasa untuk meneliti dan membuat kajian, dan selepas itu barulah perlaksanaan manifesto agak digiatkan.

Lebih membanggakan adalah, kerajaan negeri melalui Ucap Negeri Menteri Besar juga telah membentangkan blueprint Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) sebagai pelan pembangunan kerajaan negeri Terengganu. Boleh dikatakan Terengganu adalah negeri pertama dari negeri-negeri lain yang membentangkan blueprint sedemikian.

Selaku orang luar yang baru duduk di Terengganu lebih kurang setahun lapan bulan. Aku rasa excited melihat aksi-aksi kerajaan Terengganu untuk masa-masa berikutnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...