Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Julai 2018

Merepek, Mengarut, Melalut, Jawapan Khalid Samad Sebagai Menteri Terlalu Memalukan Kritik Netizens.

Laman sosial sensasi dengan cerita Khalid Samad selaku Menteri Wilayah yang tidak menjawab soalan yang dikemukakan pembangkang BN menerusi Wee Ka Siong mengenai projek-projek pengangkutan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Khalid, dalam ulasan oleh pengguna Facebook dikritik kerana tidak serius menjawab soalan dan menghabiskan masa menjawab dengan menyebut perkara yang merepek.

Lebih dari seribu komen yang mengkritik Khalid di atas post tersebut yang viral sejak selasa.

Oleh : Nabeel Naqie
   
INIKAH KUALITI MENTERI MALAYSIA?

1. Soalan yang ditanya oleh Wee Ka Siong sangat relevan. Negara perlukan sistem pengangkutan yang efisyen untuk menjadi sebuah negara maju. Apakah perancangan kerajaan agar melihat negara memiliki sebuah sistem pengangkutan yang terbaik dunia. Adakah dengan membina nasional car yang ke-tiga membantu?


2. Malang sekali, Khalid tidak menjawab soalan. Dia hanya menyalahkan Wee Ka Siong kerana bertanyakan soalan yang panjang. Menurut beliau, tak perlu meleret sampai ke PM yang inginkan kereta ke 3 negara.

3. Nabeel tonton video ini. 5 minit 43 saat panjangnya.
WKS tanya hanya 1 minit 27 saat. Yang si Khalid merepek 4 minit 16 saat. Lebih teruk, apa yang dia merepekkan tu langsung tidak menjawab soalan WKS. Tiada jawapan. Yang dia buat.. bla bla bla.. he he he he.. bla bla bla...

4. Khalid marah bila WKS kaitkan PM. Katanya tiada keperluan. Walaupun Nabeel rasa ada significantnya. Yang dia kaitkan dengan abang dia boleh pulak? Langsung tak ada sangkut paut dengan persoalan yang ditanya.

5. Lebih pelik, Malaysiakini menulis : Wee Ka Siong kena sekolah dengan Khalid Samad. Link : https://m.kinitv.com/video/63709O8

6. Yang sepatutnyanya, MalaysiaKini tulis adalah : Khalid ni tak pergi sekolah ka dulu?


7. Percayalah, apabila individu itu lebih gemar menyerang secara personal seseorang apabila ditanya soalan, itulah tandanya dia tidak mempunyai jawapan.



Wee Ka Siong.. you winnn.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...