Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Julai 2018

Kejap Nak Hapuskan Monopoli Beras, Kejap Nak Berunding Dengan BERNAS..

Oleh : Azim Mohammad

Aku dok follow juga lah pasal isu padi/beras dekat page Padi Rescue. Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi Beras ni. Dari dulu depa ni konsisten dengan perjuangan depa nak hapuskan segala bentuk monopoli dalam industri padi selain memartabatkan golongan pesawah di Malaysia ni.


Para pesawah di Malaysia hari ini dibelenggu kemiskinan dan tiada peningkatan taraf hidup, padahal kebergantungan rakyat Malaysia terhadap beras ni tinggi. Ini bagi aku tak logiklah.

Dan setelah tampuk pemerintahan bertukar ni jugaklah menyedarkan aku bahawa, walau kerajaan apa sekali pun yang naik di Malaysia ni, akan ada 'pintu belakang' khas untuk para syarikat korporat ni deal secara terus dengan kerajaan demi kepentingan depa. Dalam kes ni, Bernas la. Negara akan sentiasa dibayangi golongan pemodal.

Hang pergi beratur mengundi tukar kerajaan kerana hang percaya akan pelaksanaan polisi yang akan menguntungkan hang, alih-alih kapitalis rilek senyap-senyap deal direct dengan kerajaan buat polisi yang menguntungkan depa.

Boleh tengoklah menteri pertanian punya kenyataan yang flip flop ni. Kejap nak hapuskan monopoli Bernas, hari lain keluar statement nak berunding dengan Bernas pulak. Apa yang payah sangat nak mansuhkan Bernas ni tak tahulah. Sampai sekarang ni tak ada lagi tuntutan Padi Rescue ni dilaksanakan, walaupun tuntutan depa ni dimasukkan dalam manifesto kerajaan sekarang.

Semalam pun ada isu ni dibangkitkan di parlimen, jawapan dari timbalan menteri yang keluar adalah jawapan recycle kerajaan sebelum ni.

(Boleh refer sini 14 tuntutan Padi Rescue :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=835094960030130&id=623738181165810&_rdr)

Kalau refer pada tuntutan depa ni pun very objective punya tuntutan. Sangat relevan dan boleh dilaksanakan.

Depan-depan depa ni gebang demi rakyat, balik ofis pergi comolot dengan kapitalis. Sama ja lah diperingkat mana pun. Negeri ka negara ka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...