Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Julai 2018

Tak Bertanding Sg. Kandis, Terima Kasih PAS - Lokman Adam.

Oleh : Sinar Harian

Calon BN bagi PRK Dun Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pas kerana tidak meletakkan calon bagi merebut kerusi berkenaan, 4 Ogos nanti.

Tindakan Pas itu, menurut Lokman, adalah tanda solidariti bersama BN dalam mencapai tujuan untuk merampas kerusi Sungai Kandis daripada PH.

"Saya secara rasminya mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana bersolidariti bersama kita dengan tidak meletakkan calon untuk membantu kita merampas kerusi Sungai Kandis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon dan Penyerahan Anak Angkat Bahagian Negeri Selangor di Pusat Gerakan PRK N49 Sungai Kandis, sebentar tadi.

Selain itu, Lokman menegaskan rakyat akan menjadikan tarikh 4 Ogos ini sebagai hukuman kepada kerajaan PH.

"Rakyat akan hukum kerajaan Harapan pada 4 Ogos ini, rakyat akan hukum kerajaan yang dibina di atas fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan mencuri duit 1MDB.

"Walaupun ramai yang katakan peluang kita tipis, namun saya yakin jika kita berjuang atas dasar menegakkan kebenaran, maka ia tidak mustahil boleh dilakukan,"
katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...