Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Julai 2018

Malaysiakini Biadap, Siar Kartun Menghina - Ini Reaksi Penyokong PAS.

Malaysiakini dan kartunis Amin Landak menerusi karya Yok Bok Te menjadi sasaran kecaman PAS dan para penyokongnya berikutan menyiarkan kartun satira yang menyindir parti itu.

Kartun itu merujuk kepada situasi pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Sungai Kandis. PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon dari partinya sebaliknya memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional.

Nasruddin Hassan juga turut memperkenalkan slogan ABAH - Asal Bukan Pakatan Harapan bagi menghantar mesej jelas mengenai pendirian PAS dalam pertandingan tiga penjuru di Sungai Kandis.

Di laman sosial, beberapa page kendalian PAS menyebarkan semula karya satiran itu dengan memasukkan perkataan : Malaysiakini BIADAB, RUDE bagi membalas balik sindiran tersebut.

Bagaimanapun ejaan biadap yang salah itu telah menjadi ejekan sebilangan netizens pro Pakatan Harapan.

Manakala halaman kendalian penyokong tegar PAS - Tentera Hijau Kebangsaan Malaysia pula memuatkan semula karya satiran itu dengan memasukkan gambar kedua dan mesej Persepsi dan Realiti.


Bagi penyokong PAS, karya satira hasil Amin Landak itu sebenarnya menghina bukan sahaja PAS malahan dianggap menghina Islam.

Berikut beberapa koleksi komen yang dipetik dari halaman Facebook pro PAS iaitu - Parti Islam Se-Malaysia Pusat;

Tuan Azizi Tuan Hassan : Orang-orang kafir dan org islam yang memusuhi Islam tidak akan redha selagimana kita tak mengikuti mereka. Oleh itu brsabar dan bristifarlah penyokong-penyokong pas. Islam akhir zaman akan kembali dagang. Bergembiralah selagi kita ikut islam.
Mohd Kamal : BiaDAP!!! Ph menang besar dulu dengan cara phitnah pun takut lagi ka dengan bn. Pas tak masuk bertanding bukan sokong mana-mana pun...kalau bertanding dikatakan pengacau...cukuplah dengan phitnah. Takutlah siksaan Allah.

Izzat Zulfazdli Wairon : Ramainya melayu liberal dalam nie. Hidup DAP, kata melayu liberal. Lepas tuh ko cakap la azan subuh dalam selimut, azan maghrib depan tv, azan isyak atas katil. Pala bana ko. ko cakap tok diri ko ker Pe? Macam tahu-tahu kan.. ko nampak semua setiap gerak geri orang ker ape? Memang suka fitnah ea? Geng-geng liberal nie takde kerja ker?.

Mohd Ezad : Kartun ni seperti memerli PAS dan seolah-olah kalau PAS bekerjasama dengan Umno, PAS akan jadi kuli sedangkan bekerjasama dengan UMNO adalah semata-mata untuk memartabatkan islam di negara.. hati-hati dengan portal MalaysiaKini ni.  


Khairul Fahmi Bin Sobirin : Sudah sedia maklum, ada pihak yang sangat sakit hati dan tidak mahu orang Melayu bersatu. Buka mata wahai saudara sekalian. Demi agama, bangsa dan negara! 🇲🇾 

Dija Faizah : Dorang memang biadap fitnah orang sesuka hati.. Menjatuhkan air muka orang dengan rasa tak bersalahnya.. Sebenarnya depa takut pas dengan umno bergabung tu yang dok fitnah macam-macam. PH dah goyang ke.. Terang-terang kuda tunggangan dap.

Rojulon Ain : Betul..semenjak PH menang pru14 macam-macam berlaku perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti islam melayu, sebelum ni wlaupun BN banyak menyusahkan rakyat tapi masalah orang islam dan melayu tidak diusik hatta DAP sekalipun. Sekarang mereka rasa mereka kuat, mereka sudah naik tocang..sudah ada bunga-bunga kebencian kepada islam & melayu.

Kamal Azman Yusoff : Alhamdulilah semoga Allah kuatkan barisan islam celaan mereka tidak ada makna disisi Allah hanya celaan Allah yang kita takot!!! Sabar pejuang islam jika anda betul dengsn jalan Allah..  

Nasir Yusoff : Buktikan PH betul-betul kuat lawan BN, tak payah nak salahkan PAS, cari dosa kering je.

Sawit Man : Sengaja nak melagakan pas dengan umno, puak-puak ni takut sebenarnya kalau pas dan umno bergabung. Mereka sangat takuttt.

Attirmidzie Rahman : Diorang sebenarnya takut kerjasama PAS UMNO jadi kenyataan satu hari nanti.. sebab tu sekarang mereka dah mula sebarkan propaganda/fitnah supaya orang melayu termakan dan membenci dua parti yang ada pngaruh Melayu Islam ramai ni.

Kamarulzaman Jamaludin : PAS PARTI ISLAM... TUNJUKKAN PADA KAMI UMAT ISLAM, PERJUANGAN SUCI ISLAM. JANGAN TUNDUK PADA PARTI LAIN WALAUPUN DIPIMPIN OLEH ISLAM KERANA PAS DIPIMPIN OLEH ISLAM YANG BERPANDUKAN AL-QURAN DAN HADIS!!!!! 

Sanggoro Keturanan Nabi Adam : Nampok sangat kena awak jadi hamba pok-pok MELAYU PENGIKUT KAFIRLANATTULLAH Allahhurabbi.. 

O'in : Sebenarnya PH takut lawan dua penjuru sebab dia tau undi susah nak pecah kalau lawan tiga penjuru peluang PH untuk menang ada. Kalau dua pnjuru memabg peluang untuk PH menang tipis. Terima la hakikat yang sebenarnya PH takut kalah.
 

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Amin Landak dilaporkan mempertahankan karyanya meskipun mendapat kritikan keras dari PAS berikutan dianggap biadap.

“Lukisan itu pada saya tak ada apa pun sebenarnya.

"Kalau mereka bertenang seketika dan tengok lukisan itu mereka akan faham maksudnya,”
katanya, memetik laporan Malaysiakini. - 26 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...