Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Julai 2018

Gambar-Gambar Jemaah Haji Jadi Gelandangan Kerana Penginapan Percuma Dihapuskan.

Tular beberapa gambar yang mendakwa jemaah haji Malaysia dilayan bagaikan gelandangan apabila perkhidmatan penginapan percuma untuk jemaah transit dihapuskan bermula tahun ini.







Perkara itu dibangkitkan oleh Muhammad Ridzwan yang berkongsikan beberapa gambar yang dipercayai merujuk kepada bakal haji di Facebooknya malam tadi.

Najib Razak yang diminta untuk mengulas tindakan Tabung Haji itu juga menuntut servis dan penginapan percuma untuk jemaah haji transit dikembalikan semula.


"Sepanjang pentadbiran saya tidak sama sekali saya perlakukan jemaah haji saya sebegini rupa setelah bertahun-tahun menyediakan perkhidmatan dan penginapan percuma


Perkara ini akan mengakibatkan jemaah-jemaah haji transit perlu mengeluarkan kos sendiri bagi penginapan mereka sedangkan tidak semua jemaah haji tersebut ada yang berkemampuan. 


Saya minta TH untuk mengembalikan perkhidmatan penginapan percuma kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal BNBBC pada isnin.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan kenyataan, Pengamal Undang-undang, Datuk Abu Baker Sidek. Datuk Abu Bakar Sidek dipetik sebagai berkata, ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, penginapan percuma kepada jemaah haji dihapuskan dan dikenakan bayaran yang dianggap mahal kepada jemaah.


Katanya, sedangkan bakal jemaah haji selaku pendeposit wajar mendapat layanan terutamanya dalam pemberian penginapan percuma sebelum berlepas ke Tanah Suci.

“Selama bertahun-tahun, bakal jemaah haji daripada Kedah, Perak dan lain-lain negeri diberi penginapan secara percuma selama satu hari sebelum ke Tanah Suci tetapi tidak lagi bermula musim ini,” katanya yang mendapat aduan daripada jemaah haji.

Jadi beliau berkata, TH wajar memberi penjelasan berhubung ketiadaan penginapan percuma yang disediakan sebelum ini.

“Saya menggesa dan meminta pihak TH supaya mengubah keputusan berkenaan dan memberikan penginapan percuma di seluruh negara kepada bakal jemaah haji yang memerlukan untuk transit sebagaimana yang dilakukan selama 35 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, jika TH gagal berbuat demikian, beliau akan memfailkan satu permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah mandatori dan menghalang TH serta ejen-ejennya daripada mengenakan apa-apa bayaran kepada bakal jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan penginapan di bawah badan pengurusan haji berkenaan.

Abu Baker berkata, bermula musim ini, semua urusan berkaitan haji di Kompleks TH Kelana Jaya berpindah ke premis baharu iaitu di Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sinar Harian turut melaporkan bahagian perkhidmatan awam TH, mengakui sebelum ini, TH ada menyediakan tempat penginapan iaitu asrama kepada bakal jemaah haji di Kompleks TH, Kelana Jaya.

Kakitangan TH itu berkata, bermula tahun ini, bakal jemaah haji dari negeri-negeri akan melaporkan diri di cawangan TH di negeri masing-masing dan akan transit di KLIA sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci.

“Tempoh menunggu untuk ke Tanah Suci tidaklah mengambil masa yang lama sehinggakan bakal jemaah perlu menginap,”
katanya.

Difahamkan, bakal jemaah dan waris yang mahu menginap, TH menyediakan bilik di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) di Sepang tetapi kos penginapan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah yang mana kebanyakan jemaah biasa tidak mampu menanggung kos tersebut. - 24 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...