Rabu, 25 Julai 2018

"Salah Ke PAS Bekerjasama Dengan BN, Kamu Takut Ke," - Ustaz Mokhtar Senik.

AJK PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik pada ahad melontarkan pertanyaan di Facebooknya adakah pihak tertentu sedang ketakutan berikutan menuduh PAS memberikan laluan kepada BN bertanding di Sungai Kandis sebagai bukti PAS adalah tongkat UMNO.



Menurut Ustaz Mokhtar Senik sekalipun ada kerjasama diantara PAS dan UMNO, adakah ianya salah? Jika ianya tidak salah, mengapakah pihak yang menuduh itu membuat bising? Adakah kerana mereka ketakutan, tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook.

"Saya duk perhati dah mula ada suara-suara yang nak tuduh Pas beri laluan kepada BN bertanding di Sg Kandis sebagai bukti Pas tongkat UMNO.

Saya malas nak bahas panjang-panjang. Cuma nak tanya.." kalau lah betul" PAS bekerjasama dengan UMNO untuk kalahkan PH, salah ke? 


Lebih-lebih lagi dalam keadaan PH lebih teruk dari BN. Sama ada dari sudut kebajikan rakyat dan Islam. Salah kah memilih mudharat yang lebih ringan diantara dua kemudharatan? Tak salahkan? Habis tu kenapa bising-bising. Kamu takut yeaaa...," katanya.

Terdahulu Ustaz Mokhtar Senik pernah dikecam hebat oleh netizens pro Pakatan Harapan kerana menggariskan 8 ciri-ciri penting yang menurutnya penting bagi menjadi penyokong Pakatan Harapan.

"Untuk menjadi penyokong PH yg sebenar anda perlu;


1. Jangan bantah apa jua kehendak DAP.


2. Mesti berfikiran liberal dan jangan terlalu terikat dengan Islam.


3. Mesti pekakkan telinga jika terdengar cemuhan terhadap Islam. Kalau boleh pertahankan statement tersebut jika ada yang membangkangnya.


4. Anggaplah tertangguhnya kerajaan PH menunaikan janji itu sebagai jihad kesabaran yang tinggi nilainya.


5. Tidak mengapa meneruskan kezaliman BN asalkan yang melakukan kezaliman itu bukan Najib dan BN.


6. Biarkan jika ulamak dihina. Kalau boleh tambah-tambah sikit lagi penghinaan itu. Kerana hina ulamak bermakna hina Pas.


7. Mesti berani buat fitnah. Terutamanya terhadap PAS. Itu adalah keberanian yang dipuji.


8. Paling tidak mesti berdiam diri dalam isu LGBT, Liberalisme dan pluralisme. Kalau terlalu berfikiran Islam anda dikira masih ada sakibaki Pas dalam diri.

Pas bukan Islam. Tapi jangan terlalu menampakkan diri anda membela Islam nanti anda akan dilihat sebagai penyokong Pas. Hairan...,"
tulisnya dalam satu kenyataan.



Post itu kemudiannya membuatkan ustaz itu dikecam kerana dianggap menyebarkan fitnah dengan membayangkan seolah-olah semua penyokong Pakatan Harapan yang beragama Islam menyokong LGBT, Pluralisme dan Liberalisme dan pentaksub DAP. - 25 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...